Sunday 27 January 2013

Kalimah Allah: PAS Dah Hilang Akal. Adeehh!!!


Apa cerita ni der! Tiba-tiba je PAS suruh Mufti-Mufti buat muzakarah la pulak. Muzakarah apa lagi. PAs dah buat muzakarah sendiri-sendiri. PAS sendiri tak iktiraf Mufti-Mufti yagng didakwa Mufti UMNO. Nak suruh mufti buat muzakarah pulak. Adeehhh! Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam. Polemik Kalimah Allah menjadi topik yang digesa bincang dalam Muzakarah tersebut.

Teman pun tak tau la, siapa yang mengelabah ni. Yang teman nampak, PAS yang tengah menggelebah. Demi mahu mempertahankan Guan Eng dan DAP, sanggup menyalahkan orang lain. Rakan sekutu DAP buat diam je. Sengaja mahu menimbulkan polemik Kalimah Allah untuk memecahbelahkan umat Islam. Sampai hari ini Guan Eng sendiri mengelak untuk memberi sebarang komen. Sepatutnya PAS mendesak Guan Eng tarik balik kenyataan dan tuntutan pengunaan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Ini terbalik pulak. Salah UMNO jugak. Adeess! Dah tak ada modal la tu bila kena muka sendiri. Ahli-ahli PAs dah mula menolak kepimpinan PAS yang melacurkan Islam, mula dah mengelabah tak tentu arah cari salah UMNO. ptuiii!!!!..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...