Friday 1 February 2013

VIDEO : Mahfuz Omar Edar Surat Palsu



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan surat arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kad pengenalan dan MyKid  merupakan surat palsu.

Menurut Hishammuddin, tuduhan yang dibuat terhadap JPN merupakan landskap politik hari ini dan meminta agar orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan tersebut.

"Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas yang menggesa JPN menjelaskan isi kandungan surat jabatan itu berhubung arahan mengembalikan semua kad pengenalan dan MyKid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Keningau sebelum dihantar ke agensi tersebut.

Semalam, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata telah menerima sendiri surat tersebut daripada pihak-pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said hari ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...