Saturday 2 February 2013

Selamat Berbahagia Liyana Jasmay-Fathuddin!



Hari ini, tanggal 2 Februari 2013 mengukir satu sejarah baru dalam hidup Liyana Binti Jasmay atau lebih dikenali dengan Liyana Jasmay, 24 apabila dia sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 usai majlis pernikahan mereka berdua, sebentar tadi.

Bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, majlis penyatuan dua hati ini telah disempurnakan oleh bapanya, Dato' Hj Jasmay Md Shah yang menikahkan sendiri anak perempuan bongsunya itu dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan.

Dengan 2 kali lafaz, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin pada tepat jam 10.26 pagi dengan mas kahwin dalam bentuk gelang emas bernilai RM 5500 dan wang hantaran berjumlah RM 28, 388 dalam bentuk cek.

Majlis pada pagi ini turut diindahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan selebriti serta media sempena hari bahagia penyanyi lagu Cinta Bersatu ini.

Kedua-dua ahli keluarga pengantin iaitu Dato' Hj Jasmay Md Shah dan Datin Hjh Habsah Simpon berserta Hj Mazlan Zakaria antara ahli keluarga terdekat yang hadir mewakili pasangan pengantin baru itu.

Pada majlis pernikahan ini, Liyana telah menerima 5 dulang hantaran manakala pihak lelaki pula menerima balasan 7 dulang hantaran.

Liyana tampil dalam busana indah berona putih dan pink ilham daripada pereka tersohor Jovian Mandagie. Tatarias diri pula telah disempurnakan oleh jurusolek kegemarannya, Tiar Zainal.

Majlis pernikahan ini diacarakan oleh Farish Aziz telah dimulakan dengan istiadat perbincangan diantara kedua-dua wakil pengantin mengikut cara tradisi lama lengkap berpantun sebelum kedua pengantin dibawa masuk ke dalam dewan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...