Thursday 27 December 2012

PANAS: PAS TERIMA SYIAH, APA NAK JADI



Umno secara tegas dan terang-terangan menolak Syiah sedangkan Pas didakwa berdolak-dalik dengan menerima golongan itu di dalam parti mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas secara jelas dilihat tidak istiqamah dan celaru dalam mengeluarkan kenyataan yang suatu ketika dahulu sekitar  90-an Presidennya, Datuk Seri

Abdul Hadi Awang secara terang menyatakan Pas tidak menerima Syiah.

“Kemudian baru-baru ini Abdul Hadi menyebut secara terang juga dalam kenyataannya bahawa Syiah dibenarkan masuk Pas. Ini  bermakna Pas membuka ruang kepada Syiah. Bahkan dia kata secara terang kalau khawarij nak masuk Pas masuk dan pernah memuji Presiden Syiria, Bashar al-assad secara terbuka.

“Ini jelas menunjukkan kecelaruan dalam kenyataan mereka (Pas) dan sering bertembung dengan kenyataan yang dikeluarkan. Sekejap tolak sekejap terima,” katanya semalam.

Beliau turut mendesak pimpinan tertinggi Pas membersihkan terlebih dahulu keahlian Pas sebelum mempersoal keanggotaan Umno.

“Sebelum Nik Aziz beri hukuman, fatwa bahawa sertai Umno itu haram, adakah sertai Pas itu boleh? Adakah Pas bawa kebenaran secara keseluruhannya dalam parti mereka sedangkan isu Syiah pun mereka masih tidak berterus terang.

“Sebelum hukum orang lain mungkar, bicara dulu siapa di dalam Pas. Keluarkan dulu fatwa orang Melayu yang masuk DAP dan PKR,” katanya.

Fathul turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput Abdul Hadi bermuzakarah untuk membentangkan kewajaran sama ada amanat beliau itu perlu diteruskan atau ditarik balik.

"Amanat Hadi ini memberi implikasi besar dan ianya negatif sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam. Hasil dan kesan amanat  ini menonjolkan perbuatan kafir mengkafirkan sesama umat Islam.

"Sebagai contoh wujud situasi di mana pernikahan dengan orang Umno tidak sah. Makan daging sembelihan orang Umno haram, solat berimamkan orang Umno tidak sah  serta ziarah jenazah orang Umno tidak sah. Malah pimpinan Pas tahu hal ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...