Tuesday 25 December 2012

HOT: BUDAK SEKOLAH KENA ROGOL



Tindakan seorang pelajar tidak terus pulang ke rumah sebaik tamat bekerja sambilan sebaliknya mengikut tiga rakan lelaki ke rumah sewa mereka mengundang padah apabila dirogol di PJ Oldtown, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, pelajar berusia 16 tahun dan bekerja di restoran makanan segera pada mulanya dipelawa tiga rakan lelaki ke kafe siber sebaik tamat kerja jam 11 malam.

“Kira-kira jam 5 pagi, seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengajak mangsa pulang ke rumah sewa mereka dengan alasan untuk mengambil barang.

“Sebaik tiba, mangsa dibawa masuk ke sebuah bilik tidur dan lelaki terbabit meminta mangsa berehat dalam bilik itu,” katanya.

Katanya, ketika sedang berehat, mangsa didatangi lelaki terbabit yang kemudian mencabul mangsa sebelum merogolnya.

“Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya dan selepas dirogol, seorang lagi rakan lelakinya masuk ke dalam bilik dan mahu melakukan perbuatan sama.

“Kali ini mangsa melawan sebelum meminta dihantar ke tempat kerja,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba tempat kerja, mangsa mengadu kepada pengurus restoran sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya untuk membuat laporan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...