Saturday 29 December 2012

KHALID GAGAP BEKAL AIR PADA PESERTA MOGOK LAPAR



Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun untuk menyelesaikan isu air di Selangor sebagai angkuh dan mementingkan diri.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid dilihat menganggapnya sebagai satu mainan politik untuk mengekalkan kuasa Pakatan rakyat (PR) menjelang pilihan raya umun ke 13 (PRU13).

“GPRS kesal kerana ada pemimpin (Abdul Khalid) yang sering mengeluarkan kenyataan sempit dan mengelirukan rakyat berkenaan isu air.

“Sebelum ini, GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang dijanjikan oleh PR kepada rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya lalu tetapi Abdul Khalid tetap mengatakan ia bukan janji yang perlu dilunaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sebagai respons kepada kenyataan Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun bagi menyelesaikan isu air walaupun Selangor dijangka akan diancam krisis air menjelang 2015 .

Sohaimi berkata, sehingga semalam sebanyak 6,000 saman telah difailkan rakyat Selangor yang mahu menuntut janji-janji pakatan rakyat yang masih belum dilaksanakan.

“Kami percaya banyak lagi akan memfailkan saman dan jumlahnya boleh mencecah 50,000,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri masih berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi sedangkan GPRS telah membuat pendedahan mengenai kekurangan sumber air terawat terutama di beberapa kawasan akibat pertambahan penduduk.

“Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada lojiloji rawatan sedia ada,” katanya.

Sohaimi berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada kenyataan yang dikeluarkan PR yang hanya melaungkan janji palsu semata-mata ingin menang pada pilihan raya dan bukannya mahu memperjuangkan nasib bersama.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...