Showing posts with label Politik PAS Syiah Khawarij. Show all posts
Showing posts with label Politik PAS Syiah Khawarij. Show all posts

Monday, 31 December 2012

HADI AWANG MUKA DUA TALAM


Hah! Dah ada pencabar Hj Hadi Awang. Berani ke nak debat! Tapi pada teman tak payah la nak berdebat-debat dengan puak-puak PAS ni. Buang masa je. Bila deme dah salah, macam-macam la deme nak spin. Sekejap kata begini, sekejap kata begitu. Akhirnya deme akan salahkan UMNO pulak. Deme yang buat fatwa merapu, orang lain pulak yang salah.

Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.

Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.

Sumber
-

Saturday, 29 December 2012

PAS MESTI PANAS BILA BACA BERITA NI



Bak kata orang, PAS tak boleh ditegur.eh!eh!.  Tapi kalau DAP tengking sekali, tercirit-cirit PAS ubah kenyataan.  Itulah hakikat sebenar Parti PAS yang didakwa sebagai parti Islam tapi gagal mempertahan Islam walaupun seinci.  Hanya pandai melalak mencaci fitnah UMNO/BN.

Penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, atas sebab itu, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, bagi penganut agama lain boleh menggunakan perkataan lain selain daripada ALLAH.

“Dia (agama lain) boleh menggunakan kalimah lain iaitu Tuhan dan sebagainya. Itu pegangan kita, sebab itu hak mutlak tentu tidak boleh orang lain gunakan.

“Perkara ini nak kaji apa, kerana kajian itu untuk benda yang tidak ada, tidak diisytiharkan dan benda yang tiada hukum, tidak jelas dalam al-Quran.

‘Perkara ini (penggunaan kalimah ALLAH) adalah jelas, terang nak kaji apa?” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Operasi Pusat Perlindungan Wanita Maij, di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Sinar Harian
-

PANAS: KALENDAR 2013 HINA HUDUD, PAS JADI PANAS


Jadi bahan lawak le pulak. Tak gitu? Tiba-tiba je Pemuda PAS melenting.  Apasal?  Angin tak ada, dah tumbang ke? Kecoh cerita kalendar 2013 dibawa oleh Ketua Pemuda PAS Selangor.  Petikan dari Sinar HarianDewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013. Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.

Uiks! Kenapa ni? Kecoh-kecoh sangat ni? Tambah Ketua Pemuda PAS Selangor lagi, tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini. Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah.

Weh! Sejak bila pulak kome pandai cakap pasal penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong ni? Dulu bila UMNO cakap macam tu, kome balas apa? Kome balas dengan tuba je. Salah UMNO.eh!eh! Tapi yang tak tahan statement yang akhir tu, nak tuduh UMNO la tu. Biasa la puak-puak ni dah tak ada modal dan jalan mudah nak tuduh UMNO. Betul la kome parti sesat. Siasat tak, bincang tak, ke mahkamah pun tak, terus jatuh hukum. oppss lupa pulak, Nabi PAS ada kan.  Layak dah jatuh hukum orang masuk neraka ke syurga ke! ye tak?
-

Friday, 28 December 2012

LAGI AHLI PAS TINGGALKAN PARTI SEBAB DAH MELUAT



Ahli PAS elok tinggal parti.  Buat apa duduk dalam parti sesat tu lagi.  Syiah pun dah masuk, apatah lagi golongan-golongan Khawarij.  Nampak Golongan Syiah dan Khawarij menguasai PAS.  Ahli-ahli PAS tak larat nak betulkan keadaan lagi dah. Golongan-golongan ni dah jadi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.  Tak boleh buat apa-apa.  Deme dah menguasai.  Tambah pulak Amanat Hj Hadi memang dah menyeleweng.  Kristian pun deme bagi guna Kalimah Allah. Sesat kome. Bukan syurga kome dapat, tapi neraka.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota PAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya.

Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, Jumaat.

Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota PAS supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya,golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang. - BERNAMA
-

BUKTI PAS ITU SYIAH DIDEDAH



Teman nak mengutip sedikit petikan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, CEO ILMU mengulas isu syiah dalm PAS dan sejauhmana boleh mengancam akidah. Teman rasa semua kome dah tau ancaman syiah ni bagaimana. Hj Hadi Awang sendiri mengakui menerima golongan syiah dan khawarij masuk ke dalam PAS. Cuba bayangkan kalau PAS akan memerintah negara, confirm golongan sunni akan disembelih hidup-hidup sebagaimana berlaku di Syria. Cuba amati dengan hati terbuka dan berlapang dada.  

Petikan ini adalah hasil dari rakaman Youtube berikut:

Syiah bukan masalah khilaf yang kecil. Ini bukan masalah furu’ (cabang) agama. Populariti syiah dalam negara kita ini lebih di dalam bab jama’ shalat, nikah mut’ah (kahwin kontrak). Itu sahaja walaupun itu bukan juga isu kecil, tetapi isu yang paling besar adalah perkara yang membabitkan pendirian dan prinsip akidah, isu kafir mengkafir. Ini adalah pendirian Syiah.

Syiah membawa teori kafir mengkafir. Sebab itu mereka sanggup mengkafirkan sahabat Nabi. Kalau Khawarij, mereka mengkafirkan pemimpin dan pelaku dosa besar. Adapun Syiah, sahabat Nabi, Amirul Mukminin Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Utsman bin ‘Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan, Aisyah RA, dikafirkan semuanya. Sedangkan mereka yang dikafirkan oleh Syiah ini adalah sumber agama kita.

Dari mana hadis diambil kalau bukan daripada keturunan dan keluarga Umar Al-Khatthab? Bagaimana Al-Quran sampai kepada kita pada hari ini kalau bukan kerana idea yang dicadangkan Umar kepada Abu Bakar agar menyusun Al-Quran? Disistematikkan penyusunannya oleh Utsman. Bagaimana kita hendak membaca Al-Quran pada hari ini kalau tanpa idea-idea mereka?

Tiba-tiba Syiah mengkafirkan mereka semua. Dan salah satu akidah syiah yang terpenting adalah al-wilaayah yakni kekuasaan. Tanpa kuasa bererti tidak sah pemerintahan menurut akidah mereka. Atas sebab itu syiah apabila masuk ke mana-mana negara, mereka akan cuba mengganggu kestabilan politik dalam negara tersebut.

Di Bahrain, Iraq, Lubnan, dan Syria pada hari ini mereka telah berjaya. Syiah di Syria hanya 10%, tetapi oleh kerana mereka memegang kuasa melalui pemimpinnya Bashar Asad, mereka berjaya menekan dan melakukan pembunuhan ke atas Ahlus Sunnah wal Jama’ah di sana. Itu secara jelas dipaparkan dan umum mengetahuinya.

Begitu juga di Dammam, Saudi pada hari ini, mereka cuba mengganggu gugat kestabilan politik dan institusi raja di Saudi sendiri pada hari ini. Ini adalah agenda mereka.

Mereka masuk ke dalam PAS sekalipun pada hari ini, mereka akan lakukan kucar kacir dan pertembungan. Bahkan beberapa siri perhimpunan demonstrasi yang lalu, dan baru-baru ini demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims, tiba-tiba mereka mengangkat sepanduk gambar Khomeini (Imam Syiah). Begitu juga dengan Bersih. Apa kaitan kita dengan Khomeini? Tidak ada kaitannya kita dengan pemimpin-pemimpin syiah yang seperti ini.

Pas perlu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu menuduh. Saya katakan Pas perlu membincangkan tentang syiah yang diterima masuk ke dalam PAS oleh presidennya sendiri yakni TG Haji Abdul Hadi Awang.

Umno lebih tegas dalam isu ini seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin; Umno tidak menerima Syiah.

Ini kerana kita membawa akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam negara ini. Sebab itu kita menghalang dan menyekat perkembangan syiah dalam negara ini, seperti mana usaha yang dilakukan oleh JAIS yang sangat bersungguh-sungguh di dalam isu ini. kita berikan pujian kepada JAIS yang menyekat Syiah di Gombak, JAIM yang membuat tangkapan terhadap syiah dan menyekat penyebaran buku-buku mereka di Melaka, begitu juga Panel Akidah JAKIM dengan fatwa-fatwanya, begitu juga jabatan-jabatan agama yang lain di seluruh negara.

Isu syiah merupakan satu isu yang serius dan perlu diberikan perhatian dan perlu disekat daripada berkembang terus di dalam PAS.

Sumber
-

Thursday, 27 December 2012

Bodoh Punya Pencacai, Guan Eng Kristiankan Pencacai PR


Teman pun pelik jugak.  Itulah namanya bodoh biul.  Suruh sekolah tak nak.  Masuk universiti bukannya nak belajar, tapi nak berdemo.  Apa punya bingung.  Isu Kalimah Allah yang dituntut oleh Guan Eng untuk guna dalam Bible Bahasa Melayu pun jadi salah UMNO jugak.  Itu le teman namakan pencacai bodoh biul.  Tak ada pakai otak.

Pencacai Pakatan Rakyat bergegar-gegar kat komen-komen di media-media online mempertahankan DAP mengenai isu Kalimah Allah.  Yang teman tak tahan tu, UMNO pulak yang salah. DAP memusuhi UMNO.  Dalam masa yang sama DAP ni memusuhi Islam.  Musuh depan mata pun kome tak nampak.  Weh! PAS yang bersengkongkol dengan DAP tu kome tak kata apa pun.  Patutnya PAS nasihat la Guan Eng tu.  Jangan main sedap cakap je. Itu lah pencacai PR, bila terkena muka sendiri, mula la nak salahkan orang lain. Cilakak bodoh biul!
-

PANAS: PAS TERIMA SYIAH, APA NAK JADI



Umno secara tegas dan terang-terangan menolak Syiah sedangkan Pas didakwa berdolak-dalik dengan menerima golongan itu di dalam parti mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas secara jelas dilihat tidak istiqamah dan celaru dalam mengeluarkan kenyataan yang suatu ketika dahulu sekitar  90-an Presidennya, Datuk Seri

Abdul Hadi Awang secara terang menyatakan Pas tidak menerima Syiah.

“Kemudian baru-baru ini Abdul Hadi menyebut secara terang juga dalam kenyataannya bahawa Syiah dibenarkan masuk Pas. Ini  bermakna Pas membuka ruang kepada Syiah. Bahkan dia kata secara terang kalau khawarij nak masuk Pas masuk dan pernah memuji Presiden Syiria, Bashar al-assad secara terbuka.

“Ini jelas menunjukkan kecelaruan dalam kenyataan mereka (Pas) dan sering bertembung dengan kenyataan yang dikeluarkan. Sekejap tolak sekejap terima,” katanya semalam.

Beliau turut mendesak pimpinan tertinggi Pas membersihkan terlebih dahulu keahlian Pas sebelum mempersoal keanggotaan Umno.

“Sebelum Nik Aziz beri hukuman, fatwa bahawa sertai Umno itu haram, adakah sertai Pas itu boleh? Adakah Pas bawa kebenaran secara keseluruhannya dalam parti mereka sedangkan isu Syiah pun mereka masih tidak berterus terang.

“Sebelum hukum orang lain mungkar, bicara dulu siapa di dalam Pas. Keluarkan dulu fatwa orang Melayu yang masuk DAP dan PKR,” katanya.

Fathul turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput Abdul Hadi bermuzakarah untuk membentangkan kewajaran sama ada amanat beliau itu perlu diteruskan atau ditarik balik.

"Amanat Hadi ini memberi implikasi besar dan ianya negatif sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam. Hasil dan kesan amanat  ini menonjolkan perbuatan kafir mengkafirkan sesama umat Islam.

"Sebagai contoh wujud situasi di mana pernikahan dengan orang Umno tidak sah. Makan daging sembelihan orang Umno haram, solat berimamkan orang Umno tidak sah  serta ziarah jenazah orang Umno tidak sah. Malah pimpinan Pas tahu hal ini," katanya.

-

Wednesday, 26 December 2012

PANAS: GUAN ENG HINA YANG DIPERTUAN AGONG


Baru la PAS tau, betapa DAP adalah parti kafir totok atau PAS sekadar main main wayang tak berani nak sentuh parti DAP yang didakwa PAS boleh menerima Islam, boleh menerima Undang-Undang Islam.  Dalam diam, rupanya DAP ada agenda lain bagi mengelirukan umat Islam.  Laporan Berita Harian memetik Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi menyebut, 

PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. 

Perlu dihairankan, DAP semenangnya tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan juga orang Melayu.  Dap hanya ingin mengguna-gunakan orang Melayu sebagai umpan untuk mencapai cita-cita DAP. Teman rasa PAS tahu bahawa DAP iniadalah sebuah parti kafir totok yang tak akan menerima Islam walaupun bagaimana sekalipun.  Walau dikerat sepuluh pun, DAP tetap dengan Kristianitinya. Cuma, demi ingin mencapai cita-cita menawan Putrajaya, PAS menggadaikan Islam.  Pada PAS, Islam digunakan untuk kepentingan parti semata-mata, bila perlu baru digunakan bagi menarik sokongan orangan Melayu. Parti sebeginikah harus kome pilih untuk memimpin negara.  Sanggup mengadaikan maruah agama dan bangsa demi mencapai cita-cita.  cissss!!!

-

Thursday, 20 December 2012

BONGKAR: SURAT KEPUTUSAN JEMAAH ULAMA' KELANTAN MENGENAI MASALAH KAFIR MENGKAFIR



Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)

2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang 
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
orang Pas.

8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - 
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
Iman Besat Masjid Muhammadi.

8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan 
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

-

BONGKAR: Ulama UMNO diupah oleh PAS


Teman seronok baca artikel seorang kolumnis dalam Haramkah Daily.  Ini mungkin berkaitan dengan entri teman sebelum ini (KLIK SINI) . Suka-suka mak bapak dia je kutuk ulama UMNO sebagai ulama upahan.  Teman faham kat siapa yang dituju khas oleh kolumnis "upahan" ni.  Teman ingin memetik tulisan kolumnis upahan ni menyebut,

Menjelang PRU Ke-13 bermunculan pelbagai isu yang terbit dari pelbagai kenyataan bukan saja dari para pemimpin politik, tokoh masyarakat bahkan juga dari kalangan yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’.

Seingat saya, Malaysialah adalah negara yang begitu mudah orang ‘bergelar ulama’ atau ‘digelar ulama’ - baik dari kalangan muda mahupun tua. 

Oleh itu orang jadi keliru bahawa kretaria yang bagaimana mahu dipakai untuk digelar ulama, sedangkan ulama ialah sebuah entiti yang sangat mulia di sisi Islam, pewaris nabi, golongan yang paling takut akan Allah dan pelbagai kemuliaan yang mereka miliki kerana ilmu dan ketakwaan mereka.

Di tengah-tengah simpang siurnya gelar ‘ulama’, keluarlah pelbagai fatwa, pandangan, malah kenyataan yang berbaur politk parti dan  sebagainya. 

Teman setuju sangat dengan kolumnis upahan PAS ini.  100000 peratus setuju.  Bayangkan PAS telah banyak menyumbang kepada mengeluarkan produk-produk "halal" bergelar ulama, ustaz dan ustazah waima nabi sekalipun  Bagaimana artis-artis yang didakwa "berhijrah" masuk Islam PAS dan terus diiktiraf sebagai ustaz dan ustazah.  Pengiktirafan produk PAS ini mempunyai keistimewaan untuk berceramah di merata tempat dengan bermodalkan "masuk Islam PAS' maka mampu untuk menggunakan Al-Quran dan Hadis untuk mentarbiah dan "mengislamkan" penonton dengan drama yang hebat.  Lebih mengejutkan mampu mengeluarkan fatwa sendiri dan menghukum orang lain diluar parti PAS sebagai sesat.  Lebih dasyat lagi Ustaz dan ustazah ini mampu menghukum parti lawan sebagai sesat dan zalim.  Upahnya duit yang diperah di "Tin Milo" yang dikutip dari kalangan penonton.  Siapa yang jadi upahan?

-

Wednesday, 19 December 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...