Friday 28 December 2012

LAGI AHLI PAS TINGGALKAN PARTI SEBAB DAH MELUAT



Ahli PAS elok tinggal parti.  Buat apa duduk dalam parti sesat tu lagi.  Syiah pun dah masuk, apatah lagi golongan-golongan Khawarij.  Nampak Golongan Syiah dan Khawarij menguasai PAS.  Ahli-ahli PAS tak larat nak betulkan keadaan lagi dah. Golongan-golongan ni dah jadi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.  Tak boleh buat apa-apa.  Deme dah menguasai.  Tambah pulak Amanat Hj Hadi memang dah menyeleweng.  Kristian pun deme bagi guna Kalimah Allah. Sesat kome. Bukan syurga kome dapat, tapi neraka.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota PAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya.

Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, Jumaat.

Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota PAS supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya,golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...