Tuesday, 25 December 2012

ANWAR KENA TEMPIAS LAGI! NASIB LA..


Teman sakit hati sangat bila Pakatan Rakyat asyik nak menghuru harakan negara.  Dari reformasi hinggalah ke berbagai-bagai himpunan macam-macam warna.  Colourful sesangat.  Hijau ada, kuning ada, oren pun ada.  Lepaih ni teman rasa warna purple le pulak.  Kalau tak merusuh tu, bukanlah namanya Pakatan Rakyat.  Kalau nak bergaduh tu, bukanlah namanya PKR, Kalau nak keluarkan fatwa songsang tu bukanlah namanya PAS dan DAP yang rasis dan cauvanist.

Maka, tak hairanlah bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersungguh-sungguh mengajak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini untuk terus mempertahankan dan menyemarakkan keharmonian serta keamanan yang dikecapi selama ini.  Menurut laporan Bernama, Muhyiddin berkata kejayaan negara menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan.

"Kita bersyukur kerana di Malaysia, rakyat berbilang kaum dan agama dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni," 

Kebimbangan Muhyiddin ada asasnya dimana seringkali  isu perkauman sering dimainkan Pakatan Rakyat bagi meraih undi dan mencemarkan keharmonian negara.  Orang yang sebeginikah yang mahu kome pilih?  Asyik nak merosakkan negara..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...