Thursday 27 December 2012

KALIMAH ALLAH: UNDANG-UNDANG SEKAT GUAN ENG



Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH supaya dibenarkan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu Isnin lalu.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Menurutnya, sehubungan itu 10 buah negeri telah pun menggubal undang-undang yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.

“Oleh sebab itu PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut. PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.

“Bagi negeri Pulau Pinang pula, PPMM difahamkan bahawa suatu fatwa telah digazetkan  oleh Kerajaan Negeri sendiri tentang pengharaman penggunaan kalimah tersebut,” katanya semalam.

Menurutnya lagi, mahkamah belum mendengar rayuan dari pihak kerajaan berhubung perkara ini, maka penganut Kristian tetap dilarang dari menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk pada Tuhan di dalam agama Kristian di dalam sebarang bentuk penerbitan.

“Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Herald dalam kes tersebut namun perintah tersebut telah digantung sementara menunggu rayuan pihak Kerajaan dan Majlis Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Dalam erti kata lain, kedudukan hal ini masih bersifat ‘status quo’.

“Kenyataan itu juga ternyata bersifat simplistik serta sebenarnya percubaan berterusan sebuah parti politik memperjuang prinsip sekular seperti DAP untuk menyemarakkan nilai-nilai faham sekular di dalam sebuah negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama negara,” 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...