Saturday 29 December 2012

INI SALAH UMNO JUGAK KE?



Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.

Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...