Tuesday 25 December 2012

HANGAT: VETERAN UMNO BERI PELURU PADA UMNO



Cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara digesa menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengaruh anggota veteran parti itu bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.

"Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami 'veteran pemangkin kepimpinan Umno'.

"Kami tidak mempunyai cita-cita untuk kembali aktif di mana-mana peringkat atau bertanding memegang sebarang jawatan. Kami cuma mahu Umno dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, menerusi slogan 'Keluargaku Pengundi BN', kelab itu akan memastikan setiap undi keluarga veteran Umno tidak akan tercicir dan pasti keluar untuk mengundi memilih BN.

"Dengan kekuatan lebih 700,000 anggota di seluruh negara, kami akan kerah semua anggota kami untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti," tegasnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...