Monday, 24 December 2012

HOT: ARTIS KURANG AJAR, LAGAK TIADA ADAB

Gambar Hiasan
Teman setuju sangat.  Bila terlalu banyak artis segera wujud macam cendawan baru tumbuh lepas hujan, macam-macam perangai yang tak elok dan kurang ajar menjadi-menjadi.  Tidak hairan la jika ada artis-artis layu macam daun mati sebab tidak dapat tawaran berlakon atau menyanyi dimana-mana sahaja.  Akhirnya dituduh dianaktirikan pulak.  Teman nak berkongsi keluhan CAK terhadap isu ini.

BERTUAHNYA artis zaman sekarang, baru setahun jagung dikenali mampu hidup mewah. Kalau nak dibandingkan susah payah dilalui artis terdahulu, pasti jauh panggang daripada api.

Sayangnya, dengan kemudahan yang tersaji depan mata, mereka jadi ‘manja’ dan banyak lemak. Tidak kurang juga ada yang besar kepala hingga lupa diri. Maaf cakap, ramai artis generasi baru berlagak dan tak ada adab.

Mungkin bunyinya kasar, tetapi itulah realiti yang dapat dilihat dalam industri hiburan tanah air. Banyak kali CAK dengar keluhan teman artis yang sudah lama mencipta nama kesal melihat sikap segelintir pendatang baru.

Tidak kira penyanyi mahupun pelakon, masing-masing mahu tunjuk lagak. Paling tak dapat CAK terima bila artis senior pula kena datang bersalam dan bertegur sapa.

Bukan susah pun nak mulakan perbualan. Bukankah daripada kecil kita dididik berbaik sesama manusia dan menghormati orang lebih tua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...