Friday 28 December 2012

HANGAT: LAJIM UKIM KENA BUANG DENGAN ANWAR



Teman dah lama tak dengar cerita mengenai Lajim Ukim ni. Sejak Lajim Ukin membuat Akuan Bersumpah (SD) dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, senyap je.  Apa dah jadi?  Mula-mula berdegar-degar macam bom nak meletup, rupanya bom tak boleh nak meletup.

Teman rasa Anwar China Doll pun dah tinggalkan Lajim ni sebab tak dapat impak pada pengundi Sabah.  Senario politik Sabah adalah cukup berbeza.  Lajim Ukin hanya ingin mengejar jawatan tak kira siapa pun yang menawarkan kepadanya. Lajim sanggup melompat macam katak puru asalkan mendapat apa yang dicita-citakan.  Rakyat Sabah mengetahui taktik buruk pemimpin seperti Lajim Ukin ini dan semestinya Lajim Ukin tidak akan dapat undi dari rakyat Sabah.

Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berkata maklum balas penduduk di kawasan itu menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat.

Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini, kata Azizah yang juga Exco Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kampung Kukut di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk sentiasa bekerjasama dan bersatu padu memberi sokongan kepada BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...