Showing posts with label Politik PKR Lajim Ukin Sabah. Show all posts
Showing posts with label Politik PKR Lajim Ukin Sabah. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

GEMPAR: ANWAR IBRAHIM HINA RAKYAT SABAH


Belum apa-apa dah berebut kerusi. Belum lagi memerintah, dah kecoh-kecoh! Anwar China Doll nak guna kuasa Power Ranger untuk arahkan Parti Maju Sabah (SAPP) lebih realistik dalam soal pembahagian kerusi yang akan ditanding pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Anwar China Doll dah pening kepala sebab nak agih kerusi di Sabah. Nampak gayanya, PKR nak monopoli kerusi-kerusi Sabah. Anwar China Doll ingat orang Sabah boleh tengok macam tu aje ke? Kalau setakat Lajim Ukin boleh le Anwar China Doll beli.

"Kita dapat maklumat bahawa SAPP minta kerusi yang terlalu banyak. Hampir 50 peratus atau lebih daripada kerusi (yang dipertandingkan). "Kalau lebih 50 peratus, maka ketiga-tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP merasakan sukar untuk memberikan laluan kepada parti yang tidak terlalu besar tapi minta lebih daripada setengah jumlah kerusi.

Ewah!ewah! Begitu hinanya rakyat sabah diperkotak-katikkan oleh Anwar China Doll ni. Itu lah sikap Anwar China Doll suka memperkecil-kecilkan keupayaan parti sekutu sendiri. "I'm The BOSS'. Lawak la mike! Parti PKR dah kira besar ke? Teman nak tanya, berapa keahlian parti PKR? Mike ingat orang Sabah nak bagi undi kat mike ke? Jangan harap lah! Belum jadi Perdana Menteri lagi dah arah-arah parti di Sabah untuk akur kehendak dan kepetingan peribadi Anwar China Doll ni. Pemimpin macam ni ke kome nak pilih?
-

Monday, 31 December 2012

HOT:LAJIM UKIN KENA TIBAI DENGAN RAKYAT SABAH



MUNGKIN Lajim ada sumbangan pada suku sakatnya di kawasannya; tetapi bukan kepada keseluruhan rakyat di kawasan yang diwakilinya 26 tahun lalu.

Di kawasannyapun beliau tidak mempunyai sumbangan yang ketara, apatah lagi di kawasan-kawasan lain.

Lajim pernah menjadi menteri kabinet negeri pada beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian dan perumahan. Cuba tanya rakyat apa sumbangan Lajim?

Semasa ditampuk kuasapun tidak mampu memberi sumbangan, kini pula menyenaraikan perjuangannya melalui PPS dengan menggariskan berbagai janji. Rupanya beliau baru terbangun dari tidur yang amat lena sepanjang lebih 26 tahun sebagai wakil rakyat.

Padan muka Anwar, kerana kerja pembohongannya kepada rakyat kini berbalas dan terpaksa menerima lakonan Lajim; kononnya MP Beaufort itu mampu menggalas sokongan rakyat Sabah merealisasikan impiannya ke Putrajaya.

Anwar lupa, bahawa Lajim sudah mula ditolak oleh sebahagian besar pengundi yang diwakilinya, atas sebab itu semasa Lajim dalam barisan nasional, bukan cerita rahsia lagi di kalangan pengundi, bahawa beliau bukan winnable candidate bagi Bn; atas sebab Lajim mahu juga memaksa menjadi calon, maka beliau tiada pilihan, melainkan keluar daripada Bn.

Pada Sabtu malam, Anwar mengumumkan bahawa calon pembangkang bagi parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Lajim akhirnya jadi calon juga pada PRU-13, tidak kiralah menang atau kalah, janji jadi calon.

Nafsu besar Lajim, biasalah dalam permainan politik bohong, kalaupun cacat tetap mengaku sihat, kalaupun tiada kemampuan, tetap mengaku berkemampuan, kerana dalam politik bohong, yang berbicara adalah isi bakul sendiri dan kemudian angkat sendiri.

Dalam paparan Lajim melalui PPS yang dilancarkan semalam, ketara sangat, bahawa apa yang dicakapnya sungguh mengarut. Beliau fikir, zaman ini zaman kuda gigit besi lagi, beliau lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT dan zaman kebijaksanaan.

Penulis malas nak ulas janji-janji Lajim memlalui PPSnya, kerana tiada unsur ilmupun, tiada unsur ekonomik dan tiada pengajaran yang mampu diperolehi.

Hanya mereka yang buta hati, buta akal, buta mata dan tiada pelajaran yang boleh tertarik apa yang dicakap Lajim. Selagi rakyat bukan tergolong dalam kategori ini, adalah pasti mentertawakan apa yang Lajim katakan.

Sebenarnya para pemimpin dalam pembangkang mengetahui kedalaman ilmu dan kemampuan Lajim, apakan daya, tiada manusia lagi menjadi pilihan sestandard Lajim. Jadi, tanya diri sendiri bagaimana kualiti para pemimpin pembangkang.

-

GEMPAR: HABIS LA SABAH LEPAS NI!


Lajim oh Lajim. betul-betul buat orang kamjat aje. Kalau nak mengampu pun biar lah bertempat. Mike main sapu aje ikut sedap mulut. Bila baca kenyataan Lajim Ukin di Haramkah Daily, teman rasa teruja jugak betapa hebatnya Lajim Ukin boleh pengaruhi seluruh pengundi di Sabah. Seingat teman la, Lajim Ukin menang di Beaufort dulu pun atas tiket BN bukannya atas tiket PKR pun.

Pakatan Rakyat Sabah yakin dapat menawan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya berkeyakinan pada PRU13 nanti kita (Pakatan Rakyat) dapat memenangi 32 hingga 35 kerusi Dun dari 60 kerusi yang dipertandingkan dan membolehkan kita mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

"Selain itu juga 15 kerusi parlimen akan turut kita perolehi bagi membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya,"

Ye la Lajim. Bila Anwar China Doll angkat mike, mike punya la ampu dan merapu. Anwar  China Doll pun dah umum calon pembangkang bagi parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Mula la Lajim merapu badak kata boleh sapu kerusi DUN Sabah dan siap kerusi Parlimen lagi.eh!eh! Cita-cita nak jadi calon dah tercapai, tak kira menang kalah. Dapat dua kerusi sekaligus. Yang penting jadi calon, betul tak Lajim! Pengundi Beaufort pun dah tolak mike, macamana nak menang banyak kerusi ni?ada akai ka?..heeee

-

Sunday, 30 December 2012

PANAS;LAJIM UKIN DAH SESAK NAFAS


Lajim oh Lajim! Sesak nafas mike ni! Perangai un dah jadi macam Anwar China Doll. Tabur janji merata-rata tempat. Terbaru Lajim Ukin berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah. Hah! Baik jugak mike ye! Lajim Ukin dilapor oleh Haramkah Daily,  langkah pertama berhubung dana tersebut adalah dengan menghantar 300 orang umat Islam menunaikan haji ke Mekah setiap tahun dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. 

Tapi kenapa 300 orang sahaja, kenapa tak bagi semua je rakyat Sabah Pakatan Rakyat janji bagi dana haji. Kalau boleh satu Malaysia mike bagi dana haji, kan bagus. Tak pun bagi dana haji tu kat Guan Eng atau Karpal Singh, mana la tau kan..terbuka pulak hati kafir-kafir tu nak masuk Islam.

Seingat teman la, dan sepanjang pengetahuan teman, Pakatan Rakyat ada kata "manifesto bukan janji. Tapi janji untuk undi Pilihanraya. tak gitu ke Lajim! Mike pun ada cita-cita nak jadi Ketua Menteri Sabah maka mike pun janji le macam-macam. Rakyat Sabah dah tolak mike. Mike nak tagih apa lagi? Boleh blah!
-

Friday, 28 December 2012

HANGAT: LAJIM UKIM KENA BUANG DENGAN ANWAR



Teman dah lama tak dengar cerita mengenai Lajim Ukim ni. Sejak Lajim Ukin membuat Akuan Bersumpah (SD) dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, senyap je.  Apa dah jadi?  Mula-mula berdegar-degar macam bom nak meletup, rupanya bom tak boleh nak meletup.

Teman rasa Anwar China Doll pun dah tinggalkan Lajim ni sebab tak dapat impak pada pengundi Sabah.  Senario politik Sabah adalah cukup berbeza.  Lajim Ukin hanya ingin mengejar jawatan tak kira siapa pun yang menawarkan kepadanya. Lajim sanggup melompat macam katak puru asalkan mendapat apa yang dicita-citakan.  Rakyat Sabah mengetahui taktik buruk pemimpin seperti Lajim Ukin ini dan semestinya Lajim Ukin tidak akan dapat undi dari rakyat Sabah.

Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berkata maklum balas penduduk di kawasan itu menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat.

Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini, kata Azizah yang juga Exco Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kampung Kukut di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk sentiasa bekerjasama dan bersatu padu memberi sokongan kepada BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. BERNAMA
-

WAJIB BACA: BUKTI LAJIM UKIM DAH TAK LAKU



RAMAI yang tidak lupa, bagaimana Lajim mengamok kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sebaliknya, Datuk Baharom AB Titingan, meskipun mantan ADUN Balung itu, tewas pada PRN Sabah semasa Sabah diperintah Parti Bersatu Sabah.

Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.

Lajim tidak mampu menilai dirinya sendiri apakah mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir.

Lajim mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut. 

Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri, kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku. Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan. 

Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya. Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi. Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.

Lajim lupa, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang ALLAH reda. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini.

Credit Sumber : Borneo Bullet dan Suara Rakyat
-

Tuesday, 11 December 2012

MELETUP PECAH BERITA: LAJIM UKIN KENA BOM BUATAN SENDIRI


Teman nak pegi jauh sikit, ke Sabah!  Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah. Si Lajim ni dakwa pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.  Lajim Ukin buat keyataan kat Haramkah Daily.  Headline lagi..Biasa la tu nama pun Haramkah Daily..

Lawak betul mike ye Lajim.  Orang Sabah pun dah tak terima mike.  Buat kenyataan bukan-bukan la pulak.  Tapi yang best kome baca yang ini,

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.





Weh! Apa nama akaun bersumpah ni? Teman tak pernah dengor pun.  Ada ke kalau kita mengesyaki satu-satu benda, kita pergi buat akaun bersumpah?  Bertambah pelik.  Kalau setakat nak syak je, semua orang boleh buat.  Bagi la bukti..Kalau la teman buat akaun bersumpah mengesyaki mike pulak, macamamana? Rasa-rasanya bunyinye macam gini, 

"Saya mengesyaki mike dijanjikan oleh Anwar Ibrahim jawatan Ketua Menteri Sabah sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Sabah".

"Saya juga mengesyaki mike telah mengambil wang bernilai RM2 Juta daripada Anwar Ibrahim sebagai dorongan keluar daripada UMNO"

Best tak teman punya akaun bersumpah!  Apa la punya akai!  Inilah akibatnya menuntut ilmu songsang denga Anwar China Doll.cisss..


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...