Saturday 30 March 2013

HOT NEWS! Pakatan Rakyat Confirm Tak Puashati Bila Baca Nih!


Berdasarkan senario Pilihan Raya 2008, Barisan Nasional (BN) hanya kurang lapan kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga majoriti Parlimen, dan harapan untuk parti yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenangi semula dua pertiga majoriti itu sangat tinggi.

Hal ini kerana, dengan perkembangan ekonomi negara dalam keadaan ekonomi dunia yang suram, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya telah berjaya membantu meningkatkan ekonomi negara sekaligus memperbaiki taraf hidup rakyat.

Kepercayaan pelabur dan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam menguruskan ekonomi domestik negara turut diperakui Dana Kewangan Dunia atau lebih dikenali sebagai IMF yang mana berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia “melepasi jangkaan.”

Perkara itu turut dilaporkan akhbar perniagaan The Financial Times, ketika temubual dengan perdana menteri baru-baru ini.

Financial Times melaporkan Datuk Seri Najib mempunyai kelebihan berbanding Anwar Ibrahim apabila beliau berjaya memacu prestasi ekonomi Malaysia tahun lalu sehingga mampu berkembang mencecah 5.6 peratus, dengan dipacu permintaan dalam negara yang tinggi dan eksport komoditi seperti gas dan minyak.

Lebih membanggakan, apabila laporan tahunan GTP dan ETP yang dibentangkan, menunjukkan banyak kejayaan yang telah berjaya dikecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah merupakan hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.

Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP itu bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP itu juga rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.

Malah, pelabur asing juga turut menyatakan keyakinan terhadap transformasi yang dilaksanakan Datuk Seri Najib yang menyaksikan pegangan asing dalam bon kerajaan Malaysia mencecah 550 peratus atau RM215 bilion sejak 2009.

Akhbar antarabangsa itu juga berkata pakatan pembangkang sebaliknya akan membelanjakan lebih banyak duit kerajaan berbanding kerajaan BN sekarang sekiranya berjaya ke Putrajaya dengan janji pembangkang memberikan pendidikan percuma, harga bahan api yang murah dan memansuhkan tol, harga kereta murah, dan banyak lagi janji-janji yang semuanya percuma.

Jika kadar simpanan dan pendapatan negara habis dibelanjakan untuk beri barang percuma, bagaimana negara akan berdaya saing?

Itu sebabnya, dengan mandat rakyat dan majoriti dua pertiga Parlimen yang diperolehi BN untuk Pilihan Raya 2013 kali ini, rakyat akan semakin menikmati keselesaan hidup yang jauh lebih baik berbanding kehidupan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Jika dikira pelaksanaan GTP, ETP, dan banyak lagi pembaharuan kerajaan BN, ia masih dikira “baru” dan pelaksanaannya belum menyeluruh, tapi rakyat sudah merasa nikmatnya, bayangkan jika peluang BN besar dalam PRU13 nanti, dan dasar – dasar itu boleh dilaksanakan secara menyeluruh, sudah pasti habuan yang cukup besar akan dinikmati rakyat.

Atas faktor itu unjuran Datuk Seri Najib ketika ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno yang lalu, mengenai keyakinan BN akan berupaya mendapat mandat rakyat dan majoriti dua pertiga Parlimen itu seakan pasti! Insyallah.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...