Wednesday 27 March 2013

HOT NEWS : 'Kesultanan Sulu' Dapat Bantuan, Sokongan Pihak Tidak Dikenal Pasti


Siasatan dalaman oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat 'bantuan dan sokongan' daripada pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Pengerusinya Muslimin Sema berkata kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.

"Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).

"Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada 'pihak' tertentu," katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina pada Rabu.

Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang 'nama atau wajah'. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...