Thursday 28 March 2013

PKR Parti Anak Beranak! Menantu, Tok Nenek Tak Bawak Bertanding Ke?


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Khamis membayangkan kemungkinan akan bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.

"Saya memang layak untuk bertanding di DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan tidak formal," katanya kepada pemberita, di sini.

Dr Wan Azizah yang ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu, ditanya mengenai desas-desus beliau akan bertanding di DUN pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ketika ditanya mengenai perkara itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon Barisan Nasional Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Sementara itu pada sidang media berasingan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau menangguhkan pembubaran DUN Selangor Februari lepas kerana ditentang beberapa anggota exco dan pemimpin parti.

Sebaliknya kata beliau perkara itu merupakan strategi parti.

"Kita ada strategi A, B atau C, seperti juga yang berlaku di DUN Negeri Sembilan yang dibiarkan terbubar dengan sendirinya, ia sangat mengelirukan," katanya selepas merasmikan Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Abdul Khalid pada Selasa lepas mengumumkan DUN Selangor akan dibubarkan pada 22 April depan.

Beliau sebelum ini pernah mengumumkan untuk membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Cap Goh Mei pada Februari lepas, - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...