Saturday 9 March 2013

GEMPAR! PAS Permatang Pauh Boikot Anwar Dan PKR


Permatang Pauh sekarang ini panas..Panas bukan dek terik matahari tapi panas dek PAS Permatang Pauh tidak mahu bersekongkol dengan PKR.

Kemelut PAS Permatang Pauh dan PKR Cabang Permatang Pauh bukannya baru,sejak sekian lama semenjak PRU 12 makin bernanah.

Terkini di Kubang Semang satu majlis solat hajat Perdana sempena PRU13 diadakan.Pihak PKR Permatang Pauh menganjurkan majlis solat hajat tersebut di Madrasah Pusat Pengajian An-Nadhoh Kubang Semang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang menariknya ,program ini diumumkan awal,sebaran melalui risalah dan banner diseluruh Parlimen Permatang Pauh memwarwarkan akan kehadiran Anwar.

Kehadiran hanya lebih kurang 200,kesemuanya ahli PKR ,turut menyemakkan majlis dengan kehadiran Hj Halim Speaker Dun Pulau Pinang,ketua AMK Amir Ghazali,Suhami Pengerusi JKKN Kubang Semang.

Pisau lihat solat hajat yang diimankan oleh Hj Mutalib YDP Pusat Pengajian An Nadhoh yang kemudiannya disusuli dengan majlis bacaan yassin. Tujuan majlis tahlil dan solat hajat diadakan adalah untuk menolak fitnah terhadap Anwar dan juga memohon kemenangan PR pada PRU 13 nanti.

Majlis solat hajat perdana ini diadakan kali pertama pada tahun ini di Pusat Pengajian An Nadhoh,ia melibatkan para pelajar tahfiz,pemimpin dan tokoh dari PKR peringkat cabag cabang dalam kawasan Seberang Perai.

Selesai saja majlis mudir Madrasah telah menjemput Anwar untuk menyampailan ucapan. Walau bagaimana pun Anwar menolak untuk berucap.Wajahnya ketika itu cukup mengambarkan perasaan kurang gembira dan tidak ceria.

Puncanya dek kerana kehadiran pada majlis ini cukup buruk,Pisau mendapatkan gambaran sebenar kenapa kehadiran yang cukup teruk walaupun Anwar sendiri hadir. Keluh salah seorang rakan AMK katanya program ini diboikot sepenuhnya oleh PAS Permatang Pauh.

Pada kebiasaanny majlis seperti ini sudah pasti akan mengundang hadirin yang cukup ramai dari penyokong pakatan khususnya dari PAS. Apatah lagi ia diadakan di Madrasah An Nadhoh yang menjadi pusat kegiatan PAS Kawasan Permatang Pauh.

Pisau hubungi rakan didalam PAS Permatang Pauh ,katanya Penyokong dan ahli PAS Permatang Pauh tidak mahu melibatkan diri dalam apa apa aktiviti yang dibuat oleh PKR Permatang Pauh apatah lagi jika Anwar yang hadir.Sedikit pun tidak mengejutkan Pisau kerana sudah beberapa kali melaporkan perpecahan diantar pakatan di Permatang Pauh terutama yang PAS Kawasan yang sudah hilang sabar dek tuntutan untuk dapatkan kembali kerusi Penanti dan Parlimen Permatang Paun yang sekarang ini disandang oleh PKR.

Sekitar majlis tersebut,Pisau lihat 90% adalah pelajar tahfiz,selebihnya adalah pemimpin pemimpin PKR peringkat Cabang dalam daerah Seberang Perai.

Pisau kata ” PAS Permatang Pauh cukup kenal siapa Anwar!!!”

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...