Friday 29 March 2013

HOT NEWS : Fitnah Malaysiakini Terhadap Polis Pulak!


Sekarang ini, di merata-rata media Internet, para pecacai PAS sedang menyerang dan menyalahkan pihak polis kerana bertindak MENGANIAYAI dan MENZALIMI mereka. Kononnya PDRM bertindak kerana terlalu takut UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pada PRU13. Mereka juga membuat cerita kononnya, rombongan penceramah PAS yang menggunakan trak dan treler telah menakutkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PDRM telah dikerah untuk menahan, menyekat dan menyita kenderaan-kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian pagi tadi, lebih kurang 30 orang anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menahan treler Negara Berkebajikan PAS di Taman Pinji Perdana setelah rombongan tukang kempen PAS itu keluar dari lebuhraya PLUS menuju ke Pangkalan Pegoh.

Para pecacai PAS cuba mengaitkan tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut sebagai cubaan untuk menggagalkan kempen dan ceramah PAS. Malah paling menarik apabila mereka mendakwa, sekatan tersebut turut membabitkan anggota-anggota Cawangan Khas. Pecacai PAS turut mewuar-uwarkan kononnya anggota-anggota penguatkuasaan tersebut tidak tahu mengapa mereka diarahkan menahan konvoi tersebut, sebaliknya memberikan arahan kononnya mereka sekadar menjalankan tugas setelah arahan dikeluarkan.

Sebenarnya, kenderaan-kenderaan tersebut menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia. Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disebabkan itulah, kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).

Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ. Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD. Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.

PDRM pula boleh mengenakan kompaun kerana kesalahan mengiklan di bawah Kaedah 12 (4), berhenti di tempat larangan di bawah Kaedah 16 (1) halangan, 49 (2) (a) iaitu menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lian, 49 (2) (f) iaitu penggunaan di bawah pembuatan dan penggunaan dalam Kaedah Lalulinta Jalan 1959 (LN 166/1959), melanggar syarat-syarat dalam Permit yang dikeluarkan oleh OCPD mengikut Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman dan Kesalahan Akta Pilihanraya.

Mengapa agaknya para pecacai Pakatan langsung tidak menyatakan kesalahan-kesalahan yang telah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan tersebut? Sebaliknya cuba menunjukkan kononnya PDRM dan JPJ cuba menganiayai mereka?

Belum pun berkuasa, Pakatan Rakyat sudah menunjukkan yang mereka langsung tidak menghormati undang-undang di negara ini. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja, dan kemudian menyalahkan pihak berkuasa apabila mereka ditangkap melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

Kejadian di Taman Pinji Perdana sudah cukup untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya bukanlah pihak yang tahu menghormati undang-undang walaupun pada masa yang sama, mereka seringkali mendesak agar mereka dihormati!!!

Sumber: Sel13.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...