Friday 29 March 2013

HOT NEWS! Kerajaan Negeri Selangor Catat Sejarah Baru Pentadbiran


Belum pernah terjadi keadaan di mana sesebuah kerajaan negeri menghalang kerja – kerja penambahbaikan perkhidmatan yang sangat penting dan bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat di bawah naungannya. Kerajaan Negeri Selangor saat ini sedang mencatat sejarah sebagai ‘kerajaan yang paling prihatin dalam dunia’. Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dengan meluluskan program – program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat, bukan hanya ghairah mempolitikan apa sahaja.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan Kerajaan Negeri menghalang program – program naiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek – projek baru system agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS adalah tidak wajar dan sangat kejam.

Selain itu, kerajaan bertindak dengan bangganya menghalang kenaikan tariff, tetapi pada masa yang sama melemparkan tuduhan SYABAS tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menaik taraf system bekalan air sedangkan apa yang berlaku ialah Kerajaan Negeri sendiri menghalang program naik taraf dan menangguhkan kenaikan tariff.

Di samping itu, ketika pihak – pihak tertentu hanya berminat untuk menunding jari dan menyalahkan SYABAS tanpa apa – apa tindakan diambil untuk menyelesaikan isu ini, SYABAS telah pun memajukan cadangan dan mendapatkan kelulusan untuk membuat satu paip pintasan (bypass) untuk membawa air ke kawasan yang terganggu bekalannya di Kuala Lumpur. Kerja – kerja pintasan ini telah dilaksanakan mengikut kaedah ‘fast track’ dan telah siap serta mula beroperasi satu hari lebih awal dari jadual asal.

Seterusnya, bekalan air telah mula disalurkan melalui pintasan tersebut ke kawasan – kawasan AU3 dan kawasan – kawasan di sekitar lembah kelang yang terjejas. Pintasan ini sebenarnya tidak perlu dibuat sekiranya projek Langat 2 dilaksanakan mengikut jadual ataupun rumah pam tambahan yang dipersetujui sendiri oleh Kerajaan Negeri  untuk dibangunkan pada bulan Mac 2012, dilaksanakan dengan lebih cepat dan bukan sekadar pada peringkat rekabentuk sahaja selepas 9 bulan berlalu.

Sebagai langkah jangkamasa sederhana, sementara menunggu rumah pam tambahan siap dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS juga bercadang untuk melakukan kerja – kerja menaiktaraf di rumah pam sedia ada di Wangsa Maju. Kertas cadangan untuk kerja ini telah pun dihantar kepada pihak SPAN untuk kelulusan.

SYABAS juga berharap Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang – undang untuk membantu menyelesaikan masalah – masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini. Perlu ditegaskan disini bahawa SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat – syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...