Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

KENYATAAN MEDIA INSIDEN PENCEROBOHAN OLEH KUMPULAN BERSENJATA DI SABAH



Teman harap jangan ada sesiapa membuat spekulasi yang kurang baik bagi insiden ini. Berikan kerjasama dan ruang kepada Polis untuk menyelesaikan denga cara yang terbaik.



-

Tuesday, 29 January 2013

Nyala Lilin Lagi! PKR Ambil Kesempatan atas Orang Mati


Inilah jenis manusia yang dah tak ada modal. Bila ada orang mati je mula nak salahkan UMNO/BN.  Orang mati pun nak dipolitikkan. Nak ambil kesempatan dapat faedah politik. Sebab rakyat dah meluat perangai sekor-sekor ni. Adeeh! Dah tak ada modal ke apa? Cari salah orang. Berlagak jadi hero. Sekor-sekor jadi beruk sarkas. Semua penguatkuasa yang menjaga keamanan negara dituduh kejam dan zalim. Tuduh Polis bunuh orang sesuka hati.

PKR merancang untuk mengusung keranda ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendesak kerajaan bersetuju bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat C Sugumaran dan kematiannya disiasat sebagai kes bunuh.

Naib Presiden PKR, N Surendran (tengah) berkata ia sebagai susulan kepada rancangan mereka untuk mengadakan nyalaan lilin di ibu pejabat polis Kajang jam 8 malam esok.

Secara terang-terangan PKR ni nak mengangkat penjenayah jadi hero sebab deme pun penjenayah jugak. Pernah masuk jel. Tak gitu! Orang macam ni kome nak pilih! Menyesal la kome nanti..
-

Sultan Johor Selar Manusia Berlidah Biawak

Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Siapa terasa macam biawak lidah bercabang mengelupur la macam kena panggang..heee

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai.

Titah baginda tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal dan sangat melampau.

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum,"

Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan,"

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...