Showing posts with label Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

PANAS! Majis Syura Minta Maaf Pada Ustaz Nasharuddin


Apa la cerita Majlis Syura PAS ni. Dah pecat Ustaz Nasha, baru nak panggil bincang. Adeeh!! Pening-pening..patutnya panggil bincang dulu, baru la buat keputusan. Tak beri peluang langsung Ustaz Nasha untuk membela diri.

Persoalannya kenapa sekarang? Bila dah mendapat tentangan daripada ahli PAS, baru la nak menggelabah nak cari jalan putar balik ke belakang. Apa barang! Heee..
-

Thursday, 7 February 2013

Sudah Tukar ka?


Adeehh! Sudah tukar ka! Apa cerita aih! Harun Taib marah-marah apa pasal..

PAS masih boleh bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) selagi parti komponen PR setia pada janji yang telah dibuat sebelum ini, kata Harun Taib la. Jadi la kome kuda tunggangan DAP tu sampai mati. 

Sebelum ini Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak supaya PAS keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Teman rasanya biar la PAS jadi bodoh. Buta-buta dah kena jadi keldai DAP. Kalimah Allah pun deme jual..lepas ni PAS jual pulak syurga la kot. Adesss..
-

Maka Berakhirlah Riwayat Ustaz Nasha Dalam Majlis Syura


Sabar aje la Ustaz. Surat dah terima. Maka gugurlah jawatan duniawi tu! Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akhirnya menerima surat penggugurannya daripada Majlis syura Ulama parti itu iaitu kira-kira 24 hari selepas beliau dipecat. Tapi tak bagi alasan khusus di atas pemecatan tersebut. Adeeh! Macam-macam la PAS ni nak menghalalkan tindakan memalukan tu..

Teman harap Ustaz Nasha akan meruskan usaha memartabat Islam dan penyatuan ummah. Teman rasa tanpa jawatan pun Ustaz Nasha masih boleh mengembeling tenaga bagi tujuan itu. Teman nak ucapkan syabas di atas semangat Ustaz Nasha yang tidak berganjak dengan prinsip penyatuan ummah walaupun kehilangan jawatan..Teman rasa ramai puak-pua dalam yang masih menyokong usaha Ustaz Nasha. Kita tunggu dan lihat..
-

Wednesday, 30 January 2013

Ada Bran?



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.

Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.

"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.

"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.

Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. - Bernama
-

Pecat Nasharudin Bukti PAS Amal Kuku Besi


Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz.

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam.

-

Monday, 28 January 2013

Tu Dia! Komen PM Mengenai Pemecatan Ustaz Nasha


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.

Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.

"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.

"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya. (Sinar Harian)
-

Sunday, 27 January 2013

Ustaz Nasha Ditendang Keluar Atas Arahan Anwar dan Guan Eng


Akhirnya, Majlis Syura menendang keluar bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura. Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu. Keputusan itu dibuat kerana Ustaz Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

Adeehh! Peraturan berjemaah! Apa tu? Peraturan apa ni? Macam-macam la alasan deme nak tendang Ustaz Nasha ni. Tapi kenapa tak dipecat dari anggota parti PAS. Tak berani ke apa? PAS memang panas badan bila Ustaz Nasha sering kelihatan dan bersama Perdana Menteri, DS Najib Razak terutamanya ketika bersama Perdana Menteri menunaikan Haji dan terbaru kunjungan ke Gaza. Apa lagi, DAP dan PKR punya desak suruh tendang Ustaz Nasha ni. Tak senang duduk Anwar China Doll dan Guan Eng tengok Ustaz Nasha berbaik-baik dengan DS Najib. Mana tak bara! Kerana takutkan Anwar China Doll dan Guan Eng, maka cari alasan mengarut untuk menendang Ustaz Nasha keluar, maka diciptalah peraturan berjemaah yang tak masuk akal tu! Jadi la! Nak puashati tokeh je.kan.kan..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...