Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Friday, 29 March 2013

HOT NEWS! Kerajaan Negeri Selangor Catat Sejarah Baru Pentadbiran


Belum pernah terjadi keadaan di mana sesebuah kerajaan negeri menghalang kerja – kerja penambahbaikan perkhidmatan yang sangat penting dan bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat di bawah naungannya. Kerajaan Negeri Selangor saat ini sedang mencatat sejarah sebagai ‘kerajaan yang paling prihatin dalam dunia’. Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dengan meluluskan program – program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat, bukan hanya ghairah mempolitikan apa sahaja.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan Kerajaan Negeri menghalang program – program naiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek – projek baru system agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS adalah tidak wajar dan sangat kejam.

Selain itu, kerajaan bertindak dengan bangganya menghalang kenaikan tariff, tetapi pada masa yang sama melemparkan tuduhan SYABAS tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menaik taraf system bekalan air sedangkan apa yang berlaku ialah Kerajaan Negeri sendiri menghalang program naik taraf dan menangguhkan kenaikan tariff.

Di samping itu, ketika pihak – pihak tertentu hanya berminat untuk menunding jari dan menyalahkan SYABAS tanpa apa – apa tindakan diambil untuk menyelesaikan isu ini, SYABAS telah pun memajukan cadangan dan mendapatkan kelulusan untuk membuat satu paip pintasan (bypass) untuk membawa air ke kawasan yang terganggu bekalannya di Kuala Lumpur. Kerja – kerja pintasan ini telah dilaksanakan mengikut kaedah ‘fast track’ dan telah siap serta mula beroperasi satu hari lebih awal dari jadual asal.

Seterusnya, bekalan air telah mula disalurkan melalui pintasan tersebut ke kawasan – kawasan AU3 dan kawasan – kawasan di sekitar lembah kelang yang terjejas. Pintasan ini sebenarnya tidak perlu dibuat sekiranya projek Langat 2 dilaksanakan mengikut jadual ataupun rumah pam tambahan yang dipersetujui sendiri oleh Kerajaan Negeri  untuk dibangunkan pada bulan Mac 2012, dilaksanakan dengan lebih cepat dan bukan sekadar pada peringkat rekabentuk sahaja selepas 9 bulan berlalu.

Sebagai langkah jangkamasa sederhana, sementara menunggu rumah pam tambahan siap dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS juga bercadang untuk melakukan kerja – kerja menaiktaraf di rumah pam sedia ada di Wangsa Maju. Kertas cadangan untuk kerja ini telah pun dihantar kepada pihak SPAN untuk kelulusan.

SYABAS juga berharap Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang – undang untuk membantu menyelesaikan masalah – masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini. Perlu ditegaskan disini bahawa SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat – syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Suara Generasi Baru
-

Wednesday, 27 March 2013

Adeeh! DUN Selangor Bubar Awal Sebab Takut Kalah weh!


Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.
Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.
Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.
Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.
Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

Suara Generasi Baru
-

HOT ! Selangor Bubar DUN 22 April!


Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut mengambil tindakan serupa seperti Selangor.

“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak,” kata Abdul Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat. - Bernama
-

Friday, 22 March 2013

TU DIA! Khalid Ibrahim Di Saman RM5 Billion


Mahkamah Tinggi menetapkan 5 April bagi pengurusan kes saman oleh dua pemilik tanah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut ganti rugi RM5 bilion berhubung pengambilalihan tanah di Mukim Ijok.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di depannya.

Peguam B.Thangaraj dan Azad Bashir mewakili pemilik tanah LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd manakala pegawai penasihat undang-undang negeri Selangor Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid dan defendan lain.

Azad memberitahu media mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Abdul Khalid dan defendan menfailkan pembelaan.

Selain Abdul Khalid, pengarah tanah dan galian Selangor, pendaftar hak milik negeri itu, pentadbir tanah Kuala Selangor serta kerajaan negeri Selangor dinamakan sebagai defendan.

Kedua-dua pemilik, yang juga sebuah syarikat pembangunan tanah, mendakwa defendan tanpa alasan kukuh meneruskan polisi "land grab" bagi mengambil alih tanah yang diberi milikan kepada mereka.

Syarikat itu mendakwa defendan mempunyai pengetahuan penuh bahawa tanah itu telah diberi milik kepada mereka bagi pembangunan bersepadu di kawasan Revolusi Hijau Bukit Cerakah di mukim itu dan juga pembangunan lain seperti bangunan perniagaan termasuk perubatan, rekreasi, sekolah dan asrama. Syarikat itu memohon, antara lain, deklarasi bahawa keputusan defendan untuk mengambil alih tanah berkenaan pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Keseluruhannya, plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion bagi kehilangan tanah itu, faedah serta kos. -BERNAMA
-

Thursday, 21 March 2013

Dah Kantoi Nak Janji Lagi Ker? Bingung!


Walaupun gagal untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat ketika kempen pilihanraya yang lalu, pakatan pembangkang kembali untuk menaburkan janji-janji baru bagi membodohkan rakyat khususnya di Selangor. Terbaru kerajaan pakatan di Selangor kembali menaburkan umpan lama dengan BERJANJI untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal sekiranya terus dipilih menerajui kepimpinan negeri.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Walaupun secara zahirnya tawaran BARU yang diberikan itu sungguh manis, namun sekiranya diteliti semula semua janji-janji yang pernah diberikan ketika kempen pilihanraya 2008, nyata semua yang dikatakan itu adalah dusta dan pembohongan semata-mata.

Lebih mengecewakan, Rodziah sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu saman yang dikemukan oleh ibu-ibu tunggal Selangor mengatakan kumpulan tersebut hanya berlakon.

Ketika mengulas lanjut, dia turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan mereka sebagai hipokrit dan bermuka-muka kerana ingin memancing simpati untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Pada 22 November tahun lalu, Persatuan Ibu Tunggal Selangor, telah mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto ‘Barisan Alternatif’ 2008. Persatuan yang mewakili 2,020 ibu tunggal selaku plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua.

Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun elaun sebanyak RM100 sebulan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. Namun apabila pakatan membentuk kerajaan negeri di Selangor, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji.

Manakala pada 12 Disember lalu, seramai 3,011 ibu tunggal, turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid dengan menuntut tunggakan elaun ibu tunggal kira-kira RM16.26 juta.

Kerajaan negeri sebelum ini juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukan itu dengan alasan ‘MANIFESTO PAKATAN BUKAN JANJI’ namun telah ditolak oleh mahkamah.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam ketika membuat keputusan mengatakan sama ada janji atau manifesto, ia boleh dikuat kuasa sebagai satu kontrak dan mahkamah berpendapat isu tersebut melibatkan keperluan keterangan dan tafsiran undang-undang.

Mahkamah turut memutuskan janji-janji tersebut masih wujud dan berterusan untuk diterjemahkan sebagai polisi oleh pihak terpilih berdasarkan janji-janji tersebut yang mendorong dan memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada pengundinya bagi bertindak ke atasnya.

Suara Generasi Baru
-

Friday, 15 March 2013

Rakyat Selangor Digesa Guna Kuasa Undi Martabatkan Kedudukan Melayu, Islam


Penduduk Selangor perlu menggunakan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang untuk mengembalikan martabat orang Melayu dan agama Islam di negeri itu yang semakin terancam, kata Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata usaha ini perlu dilakukan kerana kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang tidak boleh diharap untuk mengubah keadaan itu.

Dalam kenyataan pada Khamis Hasan mendakwa tindakan memencil dan menafikan hak Melayu dapat dilihat apabila banyak syarikat milik Melayu di Selangor sukar memajukan perniagaan mereka berbanding kaum lain.

Beliau juga berkata penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang asalnya bertujuan membantu Bumiputera, telah diberi fokus baharu oleh kerajaan pakatan pembangkang untuk merebut peluang mengaut keuntungan dengan kelulusan projek hartanah di kawasan Melayu.

Hasan juga berkata usaha mengurangkan arak, judi, rumah urut serta hotel murah yang menjadi sarang maksiat semasa beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, bukan sahaja tidak mendapat sokongan tetapi turut ditentang. -BERNAMA
-

Monday, 11 March 2013

BREAKING NEWS! Khalid Ibrahim Semakin Panas Menggelegak!


Apa dah jadi! Mula-mula kata nak bubar ikut persekutuan, lepas tu ubah fikiran la pulak. suka-suka hati je. Nampak gayanya Khalid Ibrahim dah panas punggung. Kena jolok bontot oleh Bang Nuar. Rabak weh! Cuba la kome bayangkan..Adeeh! Nak termuntah la..Adeehh!!!

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.

"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh)pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di sini, Isnin.

Pada Februari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat (PR)untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal (dari pembubaran Parlimen).

Namun baginda meminta agar kerajaan negeri mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan serta cara yang tertib dan teratur.

Mandat DUN Selangor akan tamat pada 22 April ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina projek kondominium mewah sama seperti projek Datum Jelatek di sembilan kawasan di sekitar Selangor, Abdul Khalid berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh PKNS.

Tambahnya, pihaknya tidak akan membantah sekiranya PKNS mahu melaksanakan projek-projek perumahan mewah itu kerana ia boleh memberi pulangan pelaburan yang besar kepada Selangor.

"Saya tidak tahu mengenainya...tetapi apa yang saya boleh katakan jika projek seperti itu (kondominium mewah) dilaksanakan, sememangnya ia akan memberikan pulangan pelaburan yang besar kepada negeri ini," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kalangan rakyat Selangor mendesak projek kondominium mewah Datum Jelatek yang akan dibangunkan di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, dibatalkan.

Mereka menggesa kerajaan negeri menggantikan projek mewah itu dengan perumahan mampu milik dan kawasan berkenaan dikekalkan sebagai penempatan Melayu. BERNAMA
-

Saturday, 9 March 2013

Kesian! Mana Khalid Ibrahim Nak Cekau RM9.65 Billion


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyambut baik tawaran pengambilalihan empat buah syarikat konsesi air di Selangor berjumlah RM9.65 bilion oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata tawaran yang dibuat oleh KDEB pada 20 Februari merupakan satu tawaran komersil biasa yang dibuat melalui persetujuan bersama pembeli dan penjual dan menghormati perjanjian konsesi air dan semua perundangan dan peraturan yang berkaitan.

"Walaupun Kerajaan Persekutuan mengalu-alukan usaha KDEB ini, tindakan KDEB yang tidak berbincang terlebih dahulu dengan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum mengaitkan PAAB dalam tawaran ini adalah tidak munasabah.

"Sewajarnya KDEB mendapatkan persetujuan PAAB dahulu supaya tawaran yang dikeluarkan dapat menyelesaikan semua liabiliti industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor," katanya di dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Satu tawaran telah dibuat oleh KDEB untuk mengambil alih empat buah syarikat konsesi air di negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS).

KDEB telah memberikan tempoh sehingga 6 Mac 2013 untuk empat buah syarikat konsesi air tersebut memberikan maklum balas.

Chin meminta semua pihak memberikan ruang dan peluang kepada kesemua syarikat yang terlibat berunding dan mempertimbangkan tawaran tersebut tanpa sebarang campur tangan.

"Saya ingin menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan sekali lagi bahawa keperluan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah sangat mendesak dan tidak boleh dikompromikan."

"Tanpa loji ini, Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berdepan dengan krisis air menjelang awal 2017," katanya.

Katanya langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hanya akan dapat menampung keperluan bekalan air sehingga 2016.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Selangor diminta untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ini dengan tidak menghalang pihak-pihak berkuasa tempatan berkaitan mengeluarkan Arahan Pembangunan dan kelulusan-kelulusan berkaitan, katanya. BERNAMA
-

Wednesday, 27 February 2013

Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Bukan Janji



Seramai 1,001 warga emas memfailkan saman menuntut caruman takaful RM2.5 juta yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lima tahun lalu.

Saman difailkan oleh peguam.

Kamarudin Ahmad menerusi Tetuan Kamarudin & Partners di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.40 pagi tadi.

Akhirudin Abd Rashid, 63, menamakan Kerajaan Selangor sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku defendan kedua.

Beliau mewakili penduduk warga emas kawasan Shah Alam, Ampang, Gombak, Tanjung Karang, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Kamarudin ketika ditemui berkata, saman ini difailkan atas kegagalan Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka untuk memberi caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang kepada warga emas.

"Tindakan Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka itu telah menghampakan harapan semua warga emas yang hampir lima tahun menunggu janji yang diberikan oleh mereka," katanya. SINAR
-

Deretan Kegagalan Pentadbiran Kerajaan Selangor



SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.

Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: “Manifesto itu bukan janji.”

Membangkitkan isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.

“Jangan cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang kerajaan PKR memerintah Selangor.

“Mereka ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti,” kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Sohaimi, 44, menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.

1. ISU PASIR

- Kerajaan PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

* Janji sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009 Menteri Besar.

* Namun ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.

* Ini hanya 3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

2. ISU HUTANG TALAM

- Kerajaan Selangor tidak beretika kerana ‘membeli’ hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/’duit rakyat’ untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama”

* Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat”.

3. YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

- Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor

* Abdul Khalid menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.

* Akibat penolakan itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.

* Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.

* Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.

* Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.

4. ISU AGAMA

i) Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.

* Abdul Khalid ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

* Kata beliau di persidangan DUN: “Semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana dimasuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan..negeri Selangor.”

* Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.

* Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

ii) Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

* Dalam persidangan DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya – “Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita share sikitlah”.

* Ini menunjukkan ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

5. ISU EKONOMI /KEWANGAN

a. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta

* Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

b. Kerajaan negeri wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir

* Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

* KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

* Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

c. ‘Industri Babi’ Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor

* Baharu sahaja berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.

l Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk rakyat.

6. ISU SAMPAH

1. Bukti jelas kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri ‘Darul Sampah’.

2. Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti Pakatan di Selangor sangat besar.

7. ISU PERIBADI

* Exco Selangor Tidak Bermoral?

* Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, Elizabeth Wong di internet.

• Walaup telah menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya – hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.

• Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.

8. ISU RUMAH URUT DAN HIBURAN

Pusat Hiburan Semakin Bertambah

l Dr. Halimah Ali (Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.

* Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.

* Sedangkan sewaktu BN – lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.

Suara Generasi Baru
-

Sunday, 24 February 2013

Kerajaan Selangor Lebih Utamakan Kuasa Berbanding Kebajikan Rakyat



Kerajaan Selangor dibidas kerana lebih mengutamakan kuasa berbanding kebajikan rakyat apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di negeri itu hanya kerana keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata tindakan kerajaan pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu jelas menunjukkan mereka tidak berniat membawa kesenangan kepada penduduk yang memberi mandat untuk mereka memerintah.

"Mereka ini mahu menunjukkan kuasa. Apa sahaja projek yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak akan teruskan sedangkan ia membawa kebaikan kepada rakyat.

"Sebab itu mereka ini dikenali sebagai pembangkang, kerana apa sahaja yang dilakukan BN, mereka akan bangkang tanpa melihat sama ada perkara itu baik atau tidak.

"Contohnya projek jalan raya, rakyat perlu lihat tindakan mereka ini menyebabkan kereta mudah rosak disebabkan keadaan jalan yang teruk," katanya kepada Bernama selepas merasmikan kempen pendermaan organ dan program ibu tunggal di sini, Sabtu.

Maglin berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

Mahkamah Tinggi pada Khamis, memutuskan MPS tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Terdahulu dalam ucapannya, Maglin menggesa ibu tunggal di negara ini untuk tampil dan berjumpa dengan agensi sewajarnya bagi membolehkan mereka mendapat pembelaan dan bantuan sepatutnya.

Katanya ramai ibu tunggal mendiamkan diri menyebabkan mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup seorang diri sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang amat prihatin dengan golongan itu.

"Saya berharap mereka yang memerlukan bantuan, contohnya bagi memulakan perniagaan dapat menghubungi agensi kerajaan seperti TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional) bagi mendapatkan pinjaman perniagaan," katanya.

Maglin juga berharap rakyat Malaysia menjadi penderma organ secara sukarela kerana terdapat ramai pesakit yang berdaftar sebagai penerima organ masih menunggu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik.

Kempen pendermaan organ itu dianjurkan bersama Syarikat Viar Ventures Sdn Bhd dan Pusat Sumber Transplan Negara dan turut dihadiri Ketua Pengurus Klinikal pusat itu, Datin Dr Lela Yasmin Mansur. -BERNAMA
-

Henti Projek Pusat, Satu Lagi Alasan Menolak PR



KEPUTUSAN kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghentikan semua projek-projek persekutuan di negeri tersebut setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk mencabut tiang kamera AES di kawasan pentadbirannya, memberi satu lagi sebab kepada rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya untuk menolak parti ini dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita bukan cakap tentang AES, kita cakap tentang politik balas dendam dan keengganan menerima keputusan Mahkamah, terutama yang tidak memihak kepada mereka.

Selagi rakyat menaruh kepercayaan kepada puak-puak ini untuk memerintah negeri, selagi itulah masalah seumpama ini kita akan lihat berterusan.

Di satu pihak mereka meraikan keputusan-keputusan mahkamah yang memihak mereka, di satu pihak lain, mereka menunjukkan protes dengan tindakan balas dendam seumpama ini.

Tak bolehlah satu kerajaan negeri terima keputusan mahkamah yang memihak mereka sahaja, kerajaan negeri apa macam ini?

Penulis rasa Khalid Ibrahim cuba menutup kesilapannya dalam isu ini dengan membuat keputusan yang tidak wajar ini.  Maklum sahajalah, sebelum ini kita sering mendengar Khalid mendakwa dia benar, undang-undang menyebelahi dia dalam soal nak mencabut kamera AES ini, diakhirnya Mahkamah memutuskan sebaliknya.

Dengan menghentikan projek kerajaan pusat dalam negeri tersebut, yang akan rugi ialah rakyat negeri itu juga.  Kita boleh bertanya diri sendiri, jenis Menteri Besar apakah ini yang tergamak menganiaya rakyat sendiri kerana mahkamah tidak menyebelahinya?  Jenis Menteri Besar apa?

Ada 2 kamera AES sahaja dalam negeri Selangor tapi dengan menghentikan projek kerajaan pusat di negeri tersebut, rakyat di seluruh negeri yang menerima impaknya!!

Jelas disitu, Khalid dan Pakatan Rakyat hanya memikirkan aspek politik semata-mata dalam setiap keputusan yang dibuat Pakatan haram tidak berdaftar itu.  Rakyat perlu menolak politik tidak matang seumpama ini dan mengembalikan kuasa semula kepada Barisan Nasional.

Suara Generasi Baru
-

Saturday, 23 February 2013

Khalid Ibrahim Terpancut Air? Gila Siot!


Adeeh! Macamana boleh jadi gini! Tak tahan sangat la kot sampai terpnacut-pancut air. Stim giler siot! Iyeeee..Gelinya..wekwek!

Dari isu paip air sampai tiang AES pun tak pandai nak urus. Baik balik estate la weh! kat Sime Darby tu je la. Baru ada akai. Kalau dah bekukan semua projek Kerajaan BN, jadi senang la kome nak kata balik kerajaan BN tak bantu rakyat. Kome sebenarnya jahat sekat projek kerajaan BN. Sebab kome tak boleh nak buat macamana kerajaan buat untuk bantu rakyat. Kome hanya nak berpolitik tak henti-henti. Tapi kerja tak buat. Penipu je lebih..ptuii!!!
-

Friday, 22 February 2013

Bekalan Air: Khalid Ibrahim Punca Malapetaka?


Saya amat terkejut apabila sumber memberitahu tentang satu malapetaka besar berhubung masalah air bakal menimpa hampir 1.6 juta rakyat di Selangor dan sekitar Lembah Klang pada bila-bila masa dari sekarang.

Sumber itu memberitahu bahawa keadaan bumbung di sebuah kolam takungan air di Loji Rawatan Air Sungai Langat sedang berada di dalam keadaan kritikal sedang menunggu masa untuk roboh dan rebah ke bumi.

Sekiranya ini berlaku, dijangka insiden gangguan bekalan air akan berulang di Selangor sekali lagi dan kali ini ia dikatakan akan berlarutan selama berbulan-bulan lamanya. Bayangkan sebuah loji takungan air yang runtuh menyembah bumi, apa yang jadi?

Kenyataan sumber itu juga telah disahkan melalui tinjauan media ke kolam takungan air berkenaan dan secara mata kasar, keadaan fizikalnya dilihat sangat menyedihkan dan mampu membuat rakyat resah gelisah.

Pun begitu, masih ada lagi pihak yang prihatin yang datang memohon pada Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap”, untuk membaikpulih bumbung yang sudah uzur ditelan dek zaman itu…

Bukan sekali syarikat itu memohon, malah sebanyak tiga kali permohonan dibuat. Malah lebih menarik, syarikat itu menawarkan khidmat baikpulih bumbung itu secara PERCUMA tanpa satu sen pun sumbangan dari pihak Kerajaan Pakatan Haram Selangor…

Namun mungkin kerana “bodoh sombong”, degil, berlagak bijak, nak tunjuk kuasa dan bebal semacam, Menteri Besar Selangor itu dengan bongkak menolak permohonan itu, seolah-olah dia mampu jadi “superman” yang bisa menahan bumbung itu dari roboh!

Begitulah sikap Khalid kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang. Dia sanggup membiarkan bumbung kolam takungan air itu runtuh menghempap rakyat sendiri, asalkan kepentingan politik dan hatinya puas…

Apakah Menteri Besar itu lupa bahawa rakyat itulah yang memberikan undi pada Pakatan Haram sehingga dia berpeluang untuk duduk di kerusi empuk di Pejabat Menteri Besar Selangor itu?

Demi hatinya yang berajakan politik, Khalid sanggup menggadai kualiti kehidupan dan sanggup menafikan hak rakyat yang terancam gangguan bekalan air selama berbulan-bulan.

Ketika rakyat diancam malapetaka gangguan bekalan air itu, SYABAS datang menghulur bantuan. Niatnya baik untuk menolong dan dengan rendah diri memohon untuk membantu. Bukan SYABAS minta duit Khalid, malah syarikat itu ikhlas menolong secara percuma…

Itupun Khalid nak sekat? Itupun Khalid enggan? Itupun Khalid tak benarkan? Menteri Besar jenis apakah yang menolak pihak yang datang secara sukarela untuk membantu kehidupan rakyatnya?

Sudahlah sebelum ini Khalid menyekat permohonan modal (Capex) syarikat itu untuk menyelenggara dan menggantikan peralatan operasi saliran air di Selangor, khidmat percuma syarikat itu pun Khalid nak sekat juga?

Malah tanpa rasa malu, Khalid dan para pemimpin PKR baru-baru ini berburuk sangka terhadap SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila sumber memberitahu perincian mesyuarat parti itu baru-baru ini menuduh kerajaan BN dan syarikat konsesi air itu akan mensabotaj mereka pada PRU ke-13 nanti.

Padahal jika dirujuk dari rekod krisis air yang melanda Selangor, Kerajaan Pusat dan SYABAS sering memberi komitmen dan bertungkus lumus memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air bersih setiap hari.

Kerajaan Pusat baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada rakyat negeri itu bagi memastikan mereka terus mendapat bekalan air setelah menyedari Khalid dan kerajaan pimpinannya gagal membantu rakyat yang sedang menderita akibat masalah air.

SYABAS pula berusaha meminjam lori tangki dari negeri-negeri jiran bagi membantunya menyalurkan bekalan air ketika pam air rosak di rumah pam Wangsa Maju tempohari.

Sedangkan ketika itu Khalid dan konco-konconya sedang sebok berceramah mahu menstruktur semula industri air Selangor dan memburuk-burukkan SYABAS. Khalid tak habis-habis mencadangkan itu dan ini, kaji itu dan ini, tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah rakyat…

Dan kini, 1.6 juta rakyat Selangor dan Lembah Klang sekali lagi berdepan dengan ancaman gangguan bekalan air “berskala besar”.

Saya yakin, jika runtuh bumbung kolam takungan air di Sungai Langat itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut runtuh di Selangor dan Khalid “Gagap” sudah tentu rakyat akan menuding jari padanya sebagai punca kejatuhan rejim Anwar di Lembah Klang…

Sumber
-

Thursday, 21 February 2013

Terkini !! Khalid Ibrahim Di Gugurkan



Akibat terlalu bodoh dalam ilmu politik, terlalu nak tunjuk pandai dan terlalu bongkak kononnya cara beliau tadbir dengan gaya CEO bakal jadikan Selangor terhebat dari negeri-negeri lain akhirnya memakan diri.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terpaksa digugurkan dari senarai jawatan kuasa yang membuat dasar JANJI PRU13, jawatankuasa dasar Manifesto PRU13. Kesian Khalid, belum pun sempat panas kerusi Menteri Besar, isyarat dah sampai, isyarat untuk beliau bersara atau lepaskan jawatan dalam parti.

Menurut sumber rapat, kegagalan dan kedegilan Khalid dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti serta kerajaan pimpinan partinya amat jelas dan ketara. Malah menurut sumber, Khalid GAGAL sepenuhnya dalam menerajui negeri yang dilihat mampu membantu 'penuhkan' kantung dana parti mereka. Cara Khalid mentadbir Selangor dilihat bersifat sementara, penggal depan di PRU13 mereka bakal dipenggal.

Kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia dan Malaysia adalah bila beliau menegaskan bahawa " Manifesto bukan satu Perjanjian "

Rentetan dari kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia ini maka bermulalah episod duka bagi pakatan haramjadah. Bermula dengan rakyat bangkit menuntut janji bil air yang tertunggak, Ibu Tunggal Selangor yang dijanjikan duit bulanan dan yang bakal dituntut janjinya adalah pelajar Pra-Sekolah seperti yang tertera di atas jumlahnya.

Kerana kedangkalan inilah maka Khalid Ibrahim tidak lagi menganggotai Jawatankuasa pembuat dasar Manifesto Pakatan Haram PRU13.

Berdasarkan sumber dari Tropicana, inilah barisan baru yang dilihat oleh Anwar sebagai manusia yang mampu membelit janji dan bakal merekacipta janji baru :

1) Husam Musa Jamnapari- Pengerusi
2) Rafizi Lembu
3) Teo Nie Ching 
4) Zulkifli Ahmad 
5) Hatta Ramli
6) Salahudin Ayub
7) Liew Chin Tong
8) Dr Ong Kian Ming
9 ) Charles Santiago
10) Nurul Izzah
11) Wong Cheng
12) Sivarasa
13) Baru Bian
14) Ahmad Tamrin Jani

Dasar kali ini mewajibkan mereka merujuk secara total kandungan Buku Jingga, itulah kitab rujukan yang bakal mereka gunakan untuk merekacipta janji baru ini dan juga wajib merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Haram, seperti Kalimah Allah dan Hudud, ini wajib selari dalam janji mereka nanti.

Tambah sumber, bajet rekaan mereka 2012 dan 2013 juga dijadikan panduan merekacipta Manifesto nanti.

Apa yang menjadi Teras Utama, menurut sumber adalah :

1) Rakyat Bersaudara
2) Ekonomi Rakyat
3) Kesejahteraan Rakyat
4) Kerajaan Rakyat

Malah tema rekaan khas untuk PRU 13 sudah pun dipersetujui, "Pakatan Harapan Rakyat" dan bakal di umumkan pada  25/2/13 di SACC, Shah Alam.

Bertambah kesian Khalid bila pelancaran Manifesto ini akan dibuat di negeri pimpinannya namun beliau hanya datang sebagai pendengar dan jadi tukang tepuk tangan. Anwar seolah-olah tidak percaya langsung padanya.

MI lihat, apa yang tertera dia atas semuanya berkisar dari yang sama sejak pakatan haram mula mentadbir beberapa negeri, tiada satu pun yang baru malah ayat yang tertera di atas sekadar penyedap cuping telinga kerana ianya 'recycle' dari nyanyian mulut anwar sejak keluar penjara.

Terlalu jelas, anggota jawatankuasa yang dilantik walaupun nampak mewakili parti masing-masing, namun semua sudah tahu, mereka adalah ejen Anwar atau ANWARINAS. Malah mereka ini dikhabarkan hidup mewah hasil elaun bulanan yang mereka terima secara sulit dari Anwar untuk menjadi mata dan telinga Anwar dalam parti yang mereka wakili.

Gaya Anwar, perangai Anwar dan Gelagat Anwar sejak dari sebelum beliau bersama UMNO tetap tidak berubah, hanya satu cita-cita beliau, ingin jadi KETUA dalam apa juga sekali pun.

Sudah ramai sahabat rapat Anwar lari tinggalkan beliau, anda bila lagi ?

Sumber
-

Wednesday, 20 February 2013

TERKINI: Selangor Bubar DUN Hari Ini?



Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran DUN Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran DUN akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. (Sinar)
-

Apa Hal Pulak Khalid Ibrahim ni?



Uiks! Mula-mula cakap berdegar-degar. Macam la hero sesangat. Rupanya pengecut la jugak! Adeehh! Mula-mula Khalid gagap ni nak bubar DUN Selangor sendirian tanpa menunggu pembubaran Parlimen. Last-last lain pulak jadinya. Tergagap terus. Cakap berbelit-belit, macam ular sawa, bukan sawa lagi dah, serupa anaconda pun ada. kahkahkah,,.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu telahpun disepakati semua anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun)daripada pakatan pembangkang.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social) negeri Selangor di sini, Selasa.

Sebelum ini Khalid berkata tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang.

Mengulas isu air, Abdul Khalid berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada para pelabur di Selangor mengenai bekalan air terawat dan menegaskan bahawa jumlah pelaburan asing di negeri ini tahun lepas masih tinggi. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...