Monday, 17 December 2012

Perasan Diri Bagus Sangat, Boleh Blah!



Teman penah cerita pasal artis yang perasan bagus sangat-sangat mengalah artis-artis Hollywood. Baru berlakon sikit, ada single sebijik, dah angkat diri sendiri macam bagus sangat, perasan tak tentu tempat.  Kadang-kadang harap muka je, tapi perangai macam hampeh!  Sebab nak popular, cerita seluar dalam koyak pun nak cerita. Ruangan Soseh Soseh sependapat dengan teman jugak.  Mungkin kita tidak bercakap pada orang yang sama, tapi nadanya tetap sama.

SS kadang-kadang tidak faham artis-artis yang cetek pemikiran atau perasan diri mereka macam bagus sangat. Contoh ini dapat dilihat dalam satu rakaman temu bual yang dibuat bagi meraikan kejayaan seorang tokoh yang cukup terkenal, baru-baru ini.

Berbanding dengan semua orang yang diwawancara dalam rakaman video itu yang nyata begitu mengagumi sumbangan tokoh itu kepada bangsa dan negara, artis yang seorang ini nampaknya bercakap dalam nada biasa-biasa saja dan berkata, tokoh itu ‘agak’ dia pandang tinggi. 

Ini membuatkan ramai tetamu yang menonton rakaman video itu tertanya-tanya apakah motif dia mengulas sebegitu macam seolah-olah sumbangan tokoh itu ‘atas sedikit’ saja daripada sumbangannya terhadap negara. 

Bagi SS, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana nampak macam dia rasa bagus sangat sedangkan SS tengok filem lakonannya pun banyak yang sendu dan syok sendiri. Itupun belum dia sedar lagi.

SS faham, memang itu komen peribadinya terhadap seseorang dan kita tidak boleh memaksa orang bercakap atau memuji. Namun kalau hendak komen itu biar komen yang cerdik kerana ia mencerminkan diri kita sendiri.

SS tidak tahulah. Mungkin satu hari nanti kalau dia sudah menang anugerah dunia macam Golden Globe atau Oscar, tentulah prinsip dirinya akan lebih dahsyat lagi. Ketika itu mungkin semua orang yang hebat-hebat dalam dunia ini ‘agak’ lebih baik berbanding dirinya. ‘Please’ lah! 

SS: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi, bukan badan berisi penuh penyakit!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...