Pasal tak sebut nama pun nak gaduh-gaduh ke? Pelik la..Apasal pulak Alyah ni terlupa nak sebut nama komposer lagu yang dia nyanyi pulak! ish.ish. Lagu tu la yang buat dia dapat penghargaan tu. Menurut laporan mStar Online Penyanyi Alyah memohon maaf kepada komposer lagu Kisah Hati iaitu Adi (6ixth Sense) kerana tidak menyebut namanya ketika memberi ucapan penghargaan apabila meraih anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) di Singapura, Sabtu lalu.
Sebelum ni kecoh pasal Alyah tak pakai pakaianyang ditaja. Pada Ahad lalu, Hatta dan Rizman menerusi Twitter mereka telah menempelak Alyah kerana penyanyi itu dikatakan tidak memakai pakaian yang ditaja mereka untuk APM2012.
Macam-macam la! Tak sebut nama la. Tak pakai baju la.oppss..heeee..Nasib baik dah minta maaf..
"Apa-apa pun, maafkan saya sekali lagi andai kata Adi terasa. Jujurnya saya tidak pernah melupakan jasanya yang mencipta lagu yang sangat menakjubkan itu sehingga menerima penghargaan seperti ini,"
Ye le Alyah ooi! Lain kali jangan buat lagi, jangan lupa sebut nama dan jangan lupa pakai baju. Malu la..heee..
No comments:
Post a Comment