Biar betul beb! Fauziah latif dilarikan ke Lombok. ish.ish..Siapa punya kerja pulak ni? Lelakim mana pulak Fauziah Latif ini ikut ke Lombok. Menurut mStar Online Fauziah atau Jee, 42, berkata, dia membawa diri kerana mahu meneroka dan melihat sendiri budaya dan masyarakat yang menjadi kontroversi di Malaysia. OOO..gitu ke..
Jauh menung tu Kak Gee, teringat seseorang ke? |
Wah! You're there.. |
“Nama Lombok agak sinonim kepada kita kerana sikap segelintir masyarakatnya yang gemar melarikan gadis-gadis Malaysia tetapi saya tidak pernah mengetahui kehebatannya sehinggalah saya menjejakkan kaki ke pulau ini,” katanya. Fauziah latif ni nak menyiasat le. Bagus la tu. Fauziah Latif mengikuti percutian bersama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia selama tiga hari bermula Jumaat lalu. Selain rombongan pihak media, percutian yang turut ditaja Tourism Lombok itu turut disertai Pembantu Khas Kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Edd Razhe, Pengurus Komunikasi Korporat AirAsia X, Fairuz Majid dan Eksekutif Komunikasi AirAsia, Nazatul Ekma Mokhtar.
Rombongan Cik Kiah..heeeee |
Bestnye. Nape le tak ajak teman sekali. Teman teringin jugak. Elok la mike pergi bercuti ni. Tenang-tenangkan fikiran mike. Ye le, maklum la macam dugaan yang datang kan..Sabo je le yong ooi! Hidup kat dunia sementara je. Bawak le banyak beribadat agar tenang jiwa tu!heee..peace Kak G...
No comments:
Post a Comment