Sunday, 13 January 2013

Akibat Kalimah Allah Digunakan Oleh Kristian

Inikah Yang Kome Mahu?


Teman nak berkongsi pengalaman seorang sahabat yang pernah tinggal dan belajar di Indonesia. Sahabat ini ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan Kalimah Allah yang digunakan oleh agama Kristian di Indonesia. Baca dengan berlapang dada.

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

MOHON SEBARKAN DAN SHARE

1 comment:

  1. Saya sokong 200%rencana yang dituliskan ini kerana saya juga mempunyai sekurang-kurang satu pengalaman yang saumpamnaya,,, dulunya ( 1995 hingga 2011 )saya mempunyai seorang isteri bangsa jawa di Pemalang Jawa Timur,, pertama kali saya meinjakkan kaki kerumah isteri saya itu saya diceritakan bahawa adik ipar ( Perempuan ) saya telah kawin dengan lelaki cina kristian dan tinggal di Kota Jakarta,, dia selalu pulang ke Pemalang terutamanya pada hari lebaran,, saya tanya isteri dan saudara-saudara ipar saya macam mana boleh jadi begitu,, kata mereka mau bikin gimana ya kan mereka udah kawin,, astrafirullah saya kata kalau begitu kamu semua biarkan dia terus berzina dengan cina kristian itu ya,, mereka terdiam,, saya kata adik itu boleh kahwin apa sahaja bangsa yang di cintai akan tetapi wajib berkahwin dengan cara islam,,, dari saat itu saya mula mainkan peranan dakwah melalui isteri saya untuk adik nya sehingga bapa mertua saya meninggal,, saya katakan jika mau bapa hidup aman di alam sana,, adik wajib meninggalkan rumah yang dibina atas dasar yang diharamkan islam itu,, maka selepas itu pada tahun 2018 adik ipar saya itu telah lari meninggal kan suami palsu itu untuk kembali kejalan yang benar,,, kenyataan bahawa penggunaan kalimah allah oleh agama lain memang akan mempermudahkan agama lain menyesat kan umat islam amatlah benar dan nyata....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...