Biar betul Datuk! Belum apa-apa dah letak jawatan ke? Jangan la merajuk. Dah tua-tua merajuk tak elok la Datuk. Jangan mare la Datuk, lawak je! Heee.. Tapi betul la, Datuk Devamany yang marah sangat ni pun ada sebabnya. Mana kan tak! Pakatan Rakyat kalau nak menuduh main suka-suka mak bapak dia aje. Bukti pun tak ada. Cakap angka pun semua orang boleh buat. Pakatan Rakyat tuduh 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri. Mana bukti? mana senarai nama? Yang datang demo kat Putrajaya berapa kerat aje.
Jahat betul Pakatan Rakyat ni nak timbul persepsi yang tak baik pada UMNO/BN. Deme ni berharap bior rakyat marah dan bencikan Kerajaan BN. Deme boleh dapat undi. Deme ni nak undi je walaupun terpaksa menipu dan memfitnah. Seingat teman semua tuduhan dan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ni, punya la banyak, tapi satu pun tak ada bukti. Taruk la kat ceramah segala bagai. Sampai berbuih-buih mulut deme menipu dan memfitnah Kerajaan BN. Teman pun pelik, tak pernah terjadi dalam dunia ada Parti Pembangkang fitnah Kerajaan Memerintah tanpa bukti kukuh. Kat Malaysia je terjadi nih! Taubat la kome weh!
Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja bermain dengan angka yang tidak wujud serta fakta palsu bagi mengelirukan rakyat dan menyemarakkan rasa benci mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini, Ahad.
Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas.
Beliau berkata jika pakatan pembangkang ikhlas membantu, isu itu sepatutnya dibawa ke saluran yang betul dan dibincang bersama pemimpin MIC untuk diselesaikan secara muafakat.
Devamany, yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, turut membidas kenyataan Surendran baru-baru ini bahawa 70 peratus masyarakat India berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan isi rumah purata RM700 sebulan.
Beliau melihat kenyataan itu satu tuduhan liar bermotif politik bagi meraih sokongan rakyat.
"Ia bermakna 1.4 juta masyarakat India di negara ini berada di bawah paras kemiskinan. Saya minta pemimpin pembangkang cakaplah perkara yang benar. Kita berpolitik bukan kerana hendak menang sahaja tetapi mahu membangunkan rakyat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan BN sentiasa membela kepentingan kaum India dengan melaksana pelbagai program transformasi bagi membantu melonjakkan pencapaian kaum tersebut di negara ini. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment