Saturday, 22 December 2012

HOT: Majlis Peguam Akan Selamatkan Mahasiswa Bingung



Sekumpulan mahasiswa bingung berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang bagi menuntut keadilan ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang lagi mahasiswa yang bodoh biul Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.  Kumpulan samseng itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam tadi.

Teman nak pesan pada mahasiswa yang bingung-bingung ni, keputusan mahkamah berasaskan pendakwaan dan pembelaan.  Jika pendakwaan mempunyai bukti kukuh dan pegumbela gagal membuktikan pesalah tidak bersalah, maka hukuman yang setimpal akan dijatuhkan kepada pesalah.  Mudah sangat.  Kalau Majlis Peguam yang kata hebat tu, kenapa tak bantu berhujah di mahkamah bantu pesalah ni.  Ini tidak, Majlis Peguam nak provokasi je.  Kalau nak  minta tolong kat deme, minta maaf le.  No money no talks.  Deme gelakkan mahasiswa jadi bingung terutamanya mahasiswa Melayu.  

Itulah guna undang-undang.  Undang-undang digunakan untuk memastikan setiap warganegara mematuhi norma-norma kehidupan sejagat.  Jika tiada undang-undang, akan huru haralah sesebuah negara.  Kepada mahasiswa yang bingung yang berlagak pandai kome baca yang ini untuk pengetahuan, supaya jangan jadi bingung lagi.

“Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.” (wikipedia)

Udah!  Pergi la balik.  Belajar la.  mak bapak hantar pergi universiti suruh belajar, bukannya suruh berdemo.  Bingung!!!!..

3 comments:

  1. Kerajaa sila beriperhatian pada pelajar tersebut, tarik apa-apa keistimewaan yang ada, mak bapak jangan takut pada anak sendiri, anak dah kena tangkap cakap macam-macam minta maaf bagi pihak anak dan sebagainya cegah sebelum kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar deme rasa dlu..biar deme tau langit tinggi rendah..

      Delete
  2. tu bukang bingung....bangang tak bertempat kot...erk? btul pribas ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...