Sunday, 16 December 2012

APA LAGI KHALID IBRAHIM NI NAK SPIN, LETAK JAWATAN JE



KUALA SELANGOR - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan melayan desakan yang meminta beliau meletak jawatan kerana didakwa masih belum menunaikan manifesto pada pilihan raya umum lalu.

Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya memenuhi semua manifesto tersebut dan pihaknya juga membuat penilaian untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Katanya, penilaian itu dibuat memandangkan usaha tersebut melibatkan wang rakyat dan pendapatan negeri bagi memastikan ia tidak disalah gunakan dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima manfaatnya.

“Dengan cara itu, kita (Kerajaan Negeri) guna duit pembayar cukai dan hasil negeri dengan adil dan saksama. Contohnya, kita tak beri kebajikan kepada semua siswazah, sebaliknya hanya bantu siswazah yang masih lagi belum dapat pekerjaan atau mereka yang mahu tingkatkan kemahiran.

“Bagi ibu tunggal pula, mereka yang sudah terima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita tak bantu lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) supaya Adun Ijok itu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya tidak mampu melunaskan janji manifesto.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata, manifesto bukan satu perjanjian yang wajib ditunaikan.

Abdul Khalid menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) berpendirian untuk memastikan jenayah rasuah atau salah guna kuasa berlaku dalam negeri ditadbir mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid mempertahankan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan beberapa kuil di Selangor.

“Polisi dan implementasi perlu ada keseimbangan. Kita sudah setuju tiada rumah ibadat baru yang tak ikut peraturan.

“Jadi kita dah buat keputusan supaya pembangunan (rumah ibadat) sudah dilakukan sebelum 2008, yang salah dari segi undang-undang, kita buat pembetulan,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...