Thursday 20 December 2012

GEMPAR: Pengarah Bertanggungjawab Elemen Seksual "Kahwin 5"



Pengarah filem Nizam Zakaria bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika filem Kahwin 5 - Miang Lawan Pailang arahannya mencetuskan kontroversi apabila ditayangannya pada 27 Disember ini.

Nizam berkata, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya jika filem yang tersirat dengan elemen seksual dan 'komedi dewasa' itu mengundang perasaan kurang senang segelintir penonton kelak.

"Saya perlu berani mencetuskan polemik dan mengambil risiko dalam berkarya. Saya cuba buat karya untuk penonton dewasa yang sudah tidak banyak dihasilkan sekarang.

"Saya tidak terfikir mengenai dialog tersirat atau berbaur seksual (seperti dikatakan) ketika buat karya ini kerana hanya mahu sampaikan mesej dalam bentuk komedi.

"Kalau filem ini mengundang kontroversi saya akan bertanggungjawab sepenuhnya," katanya ketika ditemui pada previu filem terbitan Showbiz Productions itu di Cathay e@Curve di sini, malam Rabu.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah barisan pelakon antaranya Shy8 atau Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Norish Karman, Anzalna Nasir, Adrea Abdullah dan Marsha Londoh.

Mengulas lanjut, Nizam berkata, dia mengangkat kisah poligami dan rumah tangga sebagai subjek filem itu kerana mahu menawarkan kepelbagaian pada industri filem tempatan.


"Saya berasa sedih terlalu banyak filem tempatan pada hari ini untuk golongan muda sehingga meminggirkan penonton dewasa seperti ibu saya.

"Penonton dewasa tidak dekat atau faham pada dialog dan isu-isu seperti rempit dalam filem sekarang.

"Saya percaya kalau ada filem mengenai cerita orang dewasa, mungkin mereka akan datang ke pawagam," hurainya.

Nizam berkata, visual Kahwin 5 tidak terjejas atau dipotong walaupun ia diklasifikasi dengan 18SX tetapi hanya sebahagian dialog terpaksa dirakam (dubbing) semula.

Filem komedi ini mengisahkan usahawan mangkuk plastik Dr K lakonan Usop Wilcha yang hidup bahagia bersama empat isteri iaitu Saadiah(Dian P. Ramlee), Sahara (Adrea Abdullah), Monalisa (Norish Karman) dan Mimi (Marsha Londoh).

Bagaimanapun, pertemuan Dr K dengan Farra (Anzalna Nasir) membuatkan dia terperangkap dalam dilema yang memaksa dia mengahwini wanita itu.

Terbaru, Nizam yang juga pengarah filem Cinta Kura-Kura ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod Maskara untuk TV1.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...