Saturday 22 December 2012

HOT: Pakatan Rakyat Kehabisan Modal Spin Isu Calon



Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita akan merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.

Mengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri berkata apa jua perubahan yang dilakukan terhadap senarai calon itu nanti bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir. "Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan. "(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya.

Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, "Soalan lain... satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus." -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...