Tuesday 18 December 2012

WAJIB BACA: JASA DAP DI PULAU PINANG



Inilah jasa-jasa DAP di Pulau Pinang.  Tempat perjudian dan lesen perjudian berlambak dan bertebaran di seluruh Pulau Pinang.  Murah betul DAP bagi lesen-lesen ni.  Ada pulak yang kebal dan tak boleh ditahan, tak boleh diusik.  Syabas buat PDRM kerana berani buat serbuan.  Jangan pedulikan amaran-amaran orang-orang tertentu.  Teruskan.  Kalau sesiapa nak banyak lagi tempat perjudian dan rumah urut bercambah, undilah DAP lagi!..

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan 82 'kaki judi' termasuk 23 wanita dalam beberapa serbuan di sekitar negeri itu sejak 10 Disember hingga awal hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah, berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM36,278 serta pelbagai peralatan berjudi.

“Mereka yang berusia antara 20 dan 50 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000 jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media, di sini. 

Katanya, operasi yang diadakan hampir setiap hari itu dilakukan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri . 

Beliau berkata, operasi itu berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian terbuka di Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Seberang Jaya, Kubang Semang dan kawasan sekitar Daerah Timur Laut. 

Pada perkembangan lain, Mazlan berkata, indeks jenayah di Pulau Pinang mencatatkan penurunan 15.2 peratus bagi tempoh Januari hingga 15 Disember lalu berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Beliau berkata, sebanyak 7,936 kes jenayah dilaporkan sepanjang tempoh itu berbanding 9,357 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu. 
"Penurunan ini berlaku kerana peningkatan kehadiran polis di zon yang kerap berlaku jenayah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...