Sunday 16 December 2012

PANAS BEB! ARTIS PADAM GAMBAR KAMERA JURUGAMBAR



Teman memang suka yang ini.  Perangai artis yang tak sedor diri lagi.  teman setuju dengan Diva kalau Diva nak hempuk kamera tu kat muka artis tak sedor diri tu!  teman sokong 10000000 peratus.  Bior padan muka dia.  memang biadap mak bapak tak ajar.  Udah le gambar ekslusif, sian tangok jurukamera tu.  Tapi kalau teman, teman hentak kepala artis tu kat dinding.  bagi dia rasa langit tu tinggi ke rendah ke.heee. peace..

Sebelum tu teman nak P/S kat Diva, artis ni memang datang dari Pulau Jerjak kot.  Penah la kot kena sakit sawan babi!...heeee..

PERANGAI artis yang suka padamkan gambar pada kamera jurukamera yang dirasakan tidak berkenan di hatinya memang selalu berlaku. Paling ketara, jika sesi fotografi itu dilakukan secara eksklusif. Perangai buruk laku boleh disifatkan sebagai biadap, kurang ajar, berani tapi bangang serta tidak hormat kerja orang.

Diva yang setakat pegang kamera cap ayam pun akan rasa marah kalau gambar yang ditangkap elok-elok tiba-tiba terpadam oleh tangan-tangan yang gatal, ini pula jurukamera yang kerjanya memang tangkap gambar. Bukan tangkap sahaja, tapi jenuh fikir sudut dan pencahayaan, alih-alih artis nak tengok hasil kerjanya, dipadamkan pula sesuka hati.

Kalau Divalah, Diva hempuk sahaja sahaja kamera itu ke muka artis berkenaan, tak kira dia artis antarabangsa atau baru datang dari Pulau Jerjak. Tangkaplah gambar sendiri, kalau dah pandai sangat.

Kata sumber cerita menyakitkan hati ini kepada Diva, artis terbaharu yang tunjuk perangai buruk laku itu bukan setakat minta beberapa gambar yang dirakamkan seorang jurufoto itu dipadamkan. Dia bahkan ambil kamera dari tangan jurufoto bertugas dan mula kenal pasti gambar mana layak diproses dan gambar mana yang layak dipadamkan oleh jari runcing yang siap berwarna kukunya itu. Banyak cantik!

Diva: Selamat maju jaya delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik di Macau, China!

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...