Saturday, 22 December 2012

Bintang Bollywood, Saif Ali Khan didakwa di mahkamah



Polis India kelmarin memfailkan pendakwaan terhadap bintang Bollywood, Saif Ali Khan atas tuduhan melakukan serangan sehingga menyebabkan hidung seorang ahli perniagaan Afrika Selatan patah di sebuah hotel mewah awal tahun ini.

Timbalan Komisioner Polis, Ravindra Shishwe berkata, Saif berdepan pertuduhan itu selepas ahli perniagaan terbabit, Iqbal Sharma membawa kes berkenaan ke mahkamah dengan mendakwa dia ditolak dan ditumbuk di bahagian muka oleh pelakon Hindustan tersebut di restoran Hotel Wasabi Japanese di Istana Taj Mahal pada Februari lalu.

“Polis Colaba memfailkan kes itu di mahkamah terhadap Saif kelmarin," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...