Showing posts with label Alexa. Show all posts
Showing posts with label Alexa. Show all posts

Friday, 15 March 2013

BREAKING NEWS : Polis Periksa Tempat Penyimpanan Senjata Pengganas


Sepasukan polis hari ini memeriksa kawasanTanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan pada 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas.

"Hasil pemeriksaan kita, polis tidak menemui sebarang senjata api. Saya harap penduduk tidak panik, kerana ia merupakan pemeriksaan biasa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpul bukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas.

Sementara itu, seorang penduduk Jurikun Borneo, 54, berkata ketika beliau sedang membuka kedai runcitnya pada 6.30 pagi beliau melihat sepasukan polis sedang memeriksa tanah perkuburan dengan menggunakan beberapa alat pengesansenjata.

"Saya nampak sekejap sahaja, tapi ramai anggota polis memeriksa tanah perkuburan itu," katanya. - BERNAMA
-

Thursday, 28 February 2013

Manifesto Rakyat Yang Ditakuti? Piirahh!


Manifesto Pakatan Rakyat bak kata orang tua-tua, pagar membawa rebah. Jika rakyat termakan janji-janji palsu Pakatan Rakyat maka rakyat yang akan rugi. Macai-macai PR tengah sibuk mempromosikan manifesto penipu tersebut demi sesuap nasi bagi mengaburi mata rakyat.

Teman yakin rakyat tidak mudah tertipu dengan dakyah-dakyah macai-macai ni. Banyak lagi janji-janji PR pada PRU 2008 tak tertunai. Mana mungkin untuk melaksanakan janji yang baru. Bak kata Khalid Ibrahim, Manigesto Bukanlah Satu Janji. Jadi Pakatan Rakyat hanya mahu undi dan manifesto hanyalah umpan untuk mendapat sokongan rakyat semata-mata..
-

Thursday, 7 February 2013

PAS Bercerai Talak Satu, Rujuk Cina Buta Dengan DAP


Adeehh! Teman tak nak kata apa sangat pun. Cuma nak gelak kuat-kuat. Cerita PAS cerai talak berapa ntah dengan Ustaz Nasha. Bak kata Tun Mahathir, "Saya ingat PAS tak berani keluar kerana dia bergantung kepada DAP. Dia keluar dia kalahlah, dia akan kekal dengan DAP pasal dia cukup sayang kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). "Dia (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sambut harijadi pun dengan Karpal Singh, jadi tak kan nak bercerai, dengan Nasha (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) dah bercerai," Kahkahkah..

Lawak la..Kalau tak silap teman la, cara Nik Ajis nak rujuk dengan DAP ni senang aje. Kalau dah bercerai la. Bagi je sebijik kek lepas tu buat Cina Buta, confirm PAS kena bantai bontot dengan DAP..hahahaha..
-

Tempoh Sah Tebus Rebat RM200 Pakej Komunikasi Dilanjutkan 3 Bulan



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula Rabu.

"Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.

"Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.

Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.

Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.

Sumber
-

Maka Berakhirlah Riwayat Ustaz Nasha Dalam Majlis Syura


Sabar aje la Ustaz. Surat dah terima. Maka gugurlah jawatan duniawi tu! Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akhirnya menerima surat penggugurannya daripada Majlis syura Ulama parti itu iaitu kira-kira 24 hari selepas beliau dipecat. Tapi tak bagi alasan khusus di atas pemecatan tersebut. Adeeh! Macam-macam la PAS ni nak menghalalkan tindakan memalukan tu..

Teman harap Ustaz Nasha akan meruskan usaha memartabat Islam dan penyatuan ummah. Teman rasa tanpa jawatan pun Ustaz Nasha masih boleh mengembeling tenaga bagi tujuan itu. Teman nak ucapkan syabas di atas semangat Ustaz Nasha yang tidak berganjak dengan prinsip penyatuan ummah walaupun kehilangan jawatan..Teman rasa ramai puak-pua dalam yang masih menyokong usaha Ustaz Nasha. Kita tunggu dan lihat..
-

Wednesday, 6 February 2013

Guan Eng Is Cocky Arrogant Tokong but Mansor Went Down


Cocky Arrogant Tokong, gelaran yang disebut oleh Mansor  Osman Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Apa nak kata, dah terlepas cakap kan.kan. Guan Eng sememangnya marah tak terhingga.

Tindakan Mansor tu telah membuat hubungan antara DAP dan PKR renggang. Guan Eng didakwa telah bertemu dengan Anwar China Doll supaya mengambil tindakan terhadap Mansor. Hasilnya, Mansor telah dipindahkan ke kerusi Parlimen Nibong Tebal. Apa yang menarik, tujuan meletakkan Mansor dikerusi tersebut seperti membunuh kerjaya politik Mansor.

Dari sumber teman terima, sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat di Parlimen Nibong Tebal telah menurun dengan ketara sekali. Kemarahan pengundi terhadap pusat khidmat PKR yang hampir tidak berfungsi dan juga ADUN Sg Bakap Hj Makhtar Shafie yang gagal memenuhi janji-janji Pilihanraya 2008.

Kemarahan pengundi akan dibuktikan di kertas undi nanti. Penerimaan pengundi-pengundi terhadap calon Melayu PKR khususnya pengundi di DUN Jawi adalah negatif. Deme ni menganggap calon Melayu PKR lebih sukar dipercayai sedangkan calon PKR yang berbangsa Cina sebelum ini pun, Tan Tee Beng melompat parti. Maka, dengan meletakkan Mansor di Parlimen Nibong Tebal sebagai balasan Anwar China Doll bagi membunuh terus kerjaya politik Mansor. Selamat tinggal Mansor....heeee


-

Phee Boon Poh Dapat Pemastautin Tetap New Zealand


Ini lagi satu berita yang teman dapat. Betul ke tak teman pun tak pasti. Tapi mengikut maklumat terkini, ADUN Sg Puyu, Phee Boon Poh didakwa telah mendapat status Pemastautin Tetap  (Permanent Resident - PR) Negara New Zealand. Aih! Biar betul!

Dari sumber, Guan Eng juga dikatakan telah menggugurkan nama Phee Boon Poh sebagai calon PRU 13 ekoran tindakan ADUN Sg Puyu tersebut di atas beberapa tindakan beliau yang dianggap tidak setia termasuk mendapatkan status PR tersebut. Sebagai ganti, adik kepada ADUN Sg Puyu, Phee Boon Chee akan diletakkan di kerusi DUN Bagan Jermal. Phee Boon Chee baru sahaja memenangi kerusi Pengerusi DAP Bahagian Bagan mengalahkan Lim Hock Seng ADUN Bagan Jermal dalan pemilihan baru-baru ini. Wah! Adik beradik jugak..adeehh! Kroni tak habis-habis dalam DAP ni. Apa cerita?

Guan Eng kena jawab dakwaan ni jugak..ada bran?
-

Mahfuz Kantoi Dengan Deepak Penjual Karpet

Hahaha..Teman nak gelak besar. Mana tak nya. Seorang yang mengaku pemimpin politik yang hebat da berpengalaman boleh kantoi. Cerita Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar boleh percaya kepada seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan. Adeehh! Malu la..

Oleh kerana bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya, maklumat sampah pun kome boleh ambik. Adeeh!! Sebab dah tak ada modal, main kutip je merata selagi ada isu yang boleh di putar belitkan. Termasuklah dari seorang penjual karpet yang tiba-tiba muncul dalam arena politik tanahair untuk mengambil kesempatan demi keuntungan wang ringgit.

Tuduhan dan dakwaan boleh direka-reka waima melibatkan Perdana Menteri sekali pun. atau sesiapa pemimpin tertinggi negara sekali pun. Mahfuz tak sedar, rencah guna-guna yang dibuat oleh Anwar China Doll menggunakan Deepak si penjual karpet ini yang begitu terdesak kerana hutang yang melambak. Ingin mencari peluang kewangan semata-mata.

Menurut Haramkah Daily, PAS akan menyokong surat permohonan Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan untuk mendapatkan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi bagi membolehkannya membuat beberapa pendedahan penting. Ye le tu! Dokumen yang ditunjukkan oleh penjual karpet ni belum tentu sahih lagi. Semua orang boleh reka zaman sekarang ni. Kome terus percaya. Sila kan. Teman nak tengok jugak dokumen yang nak disiarkan tu. Tapi teman tertanya-tanya jugak, kenapa Haramkah Daily dan Meloyakini tak nak siarkan dokumen tu? Jika alasan media arus perdana tida mahu menerima pendedahan penjual karpet ni, mengapa tidak di Haramkah Daily dan Meloyakini? Musykil..Musykil...
-

Anwar Is Engineer of Destructions - Tun Mahathir



1. In Australia it is reported that Anwar promised to engineer an Arab Spring in Malaysia.

2. He will duplicate Cairo’s Tahrir Square in Kuala Lumpur and he will organise demonstrations involving hundreds of thousands of people in order to bring down the Government if he loses the election.

3. He claims that the election victories of the BN in the past were due to cheating, and to dirty tactics. That is why he organised the “Bersih” demonstrations with a quarter of a million people. Bersih means Clean. The people he claims want to ensure Clean Elections. If they don’t get a clean election this time they will force a new election to be held through massive daily demonstration on a scale never seen in Malaysia before. The election would be deemed dirty if Anwar’s Pakatan loses.

4. When Anwar was dismissed from his post as Deputy Prime Minister and then expelled from UMNO, he organised demonstrations every Saturday. Business in Kuala Lumpur came to a standstill as people avoided going into the city the whole of Saturday.

5. If he organises huge demos everyday in Kuala Lumpur the disruption will not only affect businesses but it will deter investors and tourists from coming to Malaysia.

6. Bersih organisers have shown that they are capable of holding simultaneous demos not only in Malaysian towns but in foreign countries as well.

7. Malaysia has developed well because of its stability and peaceful environment. Anwar knows the damage he can cause Malaysia’s economy with his massive demonstrations. Malaysians may be persuaded to vote for his party in order to avoid suffering economically from the demonstrations.

8. It would be a sad day indeed for Malaysia if this kind of threats are made to win elections.

9. Malaysia’s elections have been generally clean. This is evidenced by the fact that in every election the opposition won not only in many constituencies but had actually captured many states. In the 2008 Elections the Opposition actually won in five states one Federal Territory and prevented the BN from getting a two-thirds majority in Parliament.

10. In several instances the BN lost by less than 200 votes. Surely if the BN cheated it could have easily changed the results. But there has never been real evidence of the BN doing so.

11. The claim that the elections in Malaysia are not clean and the holding of Bersih demonstrations are obviously preparation for accusing the BN Government of dirty election should the opposition lose. Demonstrations to condemn the elected Government would then be justified. And with the kind of demonstrations seen in Arab countries the Opposition may be able to force a new election. Even if the BN Government refuses to hold new elections, the opposition can expect condemnation of the BN throughout the world.

12. Anwar’s warning of Arab Spring type of demonstrations in Malaysia must be taken seriously because he has in the past shown himself a master of this form of agitation.
13. What is more dangerous is the disregard for police authority. Real attacks had been mounted against the police, just as we now see in Cairo.

14. The police are now quite helpless. Not only have the ISA and the Public Order and Crime Prevention Ordinance (also known as the Emergency Ordinance) been abolished but police have been told not to use force against the demonstrators. This will be difficult as the demonstrators are capable of attacking and using force against the police. We saw this happen in previous demos.

15. Laws are no good unless enforced. When the police are not allowed to enforce laws, then a lawless society would be the result. The public will lose police protection and the consequences would be loss of security for the people. They may have to arm themselves or organise vigilantes. This will not be good for them or for the country. I speak from experience. During the period between the Japanese surrender and the return of the British, I joined a vigilante group. Fortunately nothing serious happened. I remember being afraid of having to act against law-breakers. I was quite useless.

16. From his utterances it is quite obvious that Anwar would like to have an Arab Spring here in Malaysia. I am not an alarmist but I know Anwar’s capacity for disruptions. The moment I became Minister of Education 1974, he organised a student’s demonstration claiming that starvation had caused the death of a boy in Baling.

17. After he joined the Government there was no serious demonstration for 16 years. Once he was out of the Government there were weekly demonstrations.

18. His obsession with becoming Prime Minister will drive him to create an “Arab Spring” so that his ambition would become a reality. To him, it does not matter if the country is destabilised and regresses economically as long as he gets to be Prime Minister.
-

YB Lydia Ong Digugurkan Dari DUN Berapit


Weh! Apa cerita nih! Kesian dia. YB Lydia Ong akan digugurkan dari menjadi calon PRU 13. Adehh! Guan Eng dah main kayu tiga la nampaknya . Dengar ura-ura Lydia Ong akan dipaksa melepaskan kerusi DUN Berapit untuk memberi laluan kepada Koay Teng Hai ADUN Pulau Tikus untuk bertanding di situ.

Pengundi Pulau Tikus dah tak terima dia, cuba nak lari ke tempat selamat. Lydia Ong nak pergi mana le pulak. Gugur terus kot jadi calon..adeehh..pedihnya..

Apasal pulak..kesian Lydia..Sebab Guan Eng terhutang budi dengan sepupu Koay Teng Hai, Dato Loh Geok Beng, Lydia Ong jadi mangsa keadaan..adeeh!! Guan Eng punya kerja weh! Teman rasa kalau Lydia nak kekalkan kerusi DUN Berapit kena la bagi derma RM500 ribu kat Guan Eng..heee..
-

Ahli PAS Usul Undi Tidak Percaya Kepada Hadi Awang


Biar betul! Usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Hadi Awang. Aih! Adeeh!..Kenapa teman cakap macam tu! Sebab ada sekor beruk yang dah kena buang dari UMNO melalak tak tentu tempat. Main suka suka mak bapak dia je. Mulut tak ada insuran..ptuii!!!

Ini sekor bekas Ketua Pemuda UMNO yang dah kena buang cakap pakai kepala lutut. Kome tengok apa dia cakap,


Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini.



Patutnya kome buat usul undi tidak percaya pada Hadi Awang tu sebab jual Kalimah Allah pada DAP. Baru betul! Betul tak!
-

Gangnam Style Ala Mat Sabun


Adeehh! Mat Sabun weh! Gangnam Style ala Mat Sabun. Tak berani la pulak nak komen lebih-lebih ek! Pasal Psy Gangnam Style datang Pulau Pinang. Komen la lagi. Kenapa sikit sangat komen nye weh! Kutuk la lagi  Seronok la teman nak tengok.

Mat Sabun kata BN terdesak sampai nak panggil Psy Gangnam Style. Adeeh! Tak faham-faham la mike ni. Majlis tu Sambutan Tahun Baru Cina. Apa nak heran. Kalau kome tak suka tak payah pegi la. Dulu pun DAP buat Sambutan Tahun Baru Cina panggil penyanyi Hong Kong dan Taiwan kome tak kecoh pun. Kome tak tanya pun dari mana datang duit bayar artis tu. Ada berani komen..
-

Habis Madu Sepah Dibuang, PAS PIS PUS

Teman cuba berfikir, sikap pemimpin PAS yamg berlagak seperti ulama ulung yang beranggapan deme le yang paling hebat. Semua yang deme buat semuanya betul belaka. Semacam tiada dosa langsung mengalahkan nabi.

Teman telah menerjah satu artikel di Utusan Malaysia tulisan Dr Abu Uzma Abdul Rahman, seorang pemerhati politik yang mengulas beberapa persoalan yang timbul dalam parti PAS sejak akhir-akhir ini. Intipati yang menarik perhatian teman antaranya bagaimana Datuk Hasan Ali yang begitu dipuja-puja pada mula penyertaannya kedalam PAS. Hasan Ali disambut bagai wira ulung PAS malah beliau dinaikkan ke jawatan Naib Presiden Pas dalam sekelip mata, menyingkirkan Naib Presiden lain yang lebih senior seperti Almarhum Ustaz Hassan Syukri. Hal ini dilakukan bagi memberi wajah profesional baru terhadap Pas yang ketika itu hanyalah berimej lebai kampung. Setiap kali nama Hassan diungkapkan, akan disambut dengan laungan Allahu Akbar daripada pengikut yang taksub. Ustaz Nasharudin Mat Isa juga begitu dijulang hingga dikatakan beliau adalah bayangan kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Akhirnya?Habis madu sepah dibuang. Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa ditendang keluar dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal dan munasabah.Deme ni telah dianggap liabiliti parti kerana memperjuangkan perpaduan ummah melebihi politik melampau PAS.

Alasan kolot yang budak kecik pun boleh fikir..PAS yang takut akan kebenaran. Kome bacalah lagi di artikel ini DISINI yang akan membuka minda kome semua..
-

Tuesday, 5 February 2013

FOTO:Sekitar Program Himpunan Rakyat 1 Malaysia Pulau Pinang


Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru telah berjalan dengan jayanya malam ini. Dianggarkan lebih 20 ribu orang telah berkumpul menyambut kunjungan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke program tersebut.

Disamping itu berbagai-bagai acara dijalankan termasuk persembahan kebudayaan dan artis jemputan Suki menghiburkan hadirin yang hadir. Dari pengamatan teman sambutan rakyat Pulau Pinang dari pelbagai kaum dalam program tersebut menunjukkan sokongan rakyat kepada BN meningkat. Teman yakin sokongan ini akan berterusan hingga ke PRU 13 nanti. Mudah-mudahan harapan Timbalan Perdana Menteri untuk BN merampas semula Pulau Pinang akan membuahkan kejayaan.







-

Wow! Ramainya Lautan Biru Himpunan Rakyat 1 Malaysia


Sambutan hebat rakyat Pulau Pinang menyambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru di Padang Sekolah Taman Inderawasih Perai.


Hampir 20 ribu rakyat telah turun ke program ini. Acara sedang berjalan dengan beberapa acara brass band dan kebudayaan.
-

DEDAH: Skandal Guan Eng (Part I) - Penang WaterFront

Hah! Ini kisah nak dedah cerita Guan Eng di Pulau Pinang. Kisah satu syarikat besar, IJM Land Berhad, pemaju terbesar di Pulau Pinang. IJM dilaporkan telah gagal dalam permohonan pembangunan hartanah yang dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa itu dibawah BN. Projek yang digilai oleh IJM ini ialah Penang Waterfront Project" yang menelan belanja berbilion-billion ringgit. Satu komponen utama projek ini ialah Projek Kondominium "Light Point" 56 tingkat iaitu bangunan kedua tertinggi di Pulau Pinang selepas KOMTAR yang 65 tingkat. Wow! 
Selepas Tsunami 2008, bergegas la CEO IJM ni dilaporkan berjumpa dengan Guan Eng pada April 2008. Pengarah Urusan IJM Datuk Soam Heng Choon and Dato Teh Kean Ming, membuat kunjung hormat untuk membodek Guan Eng untuk memastikan projek deme ni berjalan ikut jadual. Adeehh!!! Guan Eng! apa macam?

Sebagai balasan, IJM "membantu" untuk membangun Ibu Pejabat DAP di Pulau Pinang di Jalan Rangoon. Satu derma ikhlas dan sedekah yang difatwa oleh Nik Ajis bernilai RM 3 juta yang diminta oleh Guan Eng bagi melaksanakan projek Ibu Pejabat DAP tersebut yang dibayar kepada "DAP Penang  Building Fund" . Adeehh!!! Halal tuh! Tapi IJM hanya sedekah RM1.5 juta je. Jadi le tu! Separuh je! Adeehh! Jadi  kelulusan pembangunan hartanah IJM jadi separuh je le..kan..kan..Daripada 56 tingkat kepada 28 tingkat. Adil la tu! Bagi separuh dapat separuh..Jawapan Guan Eng mudah, ikut matematik DAP, bagi separuh dapat separuh le. Adeehh!!! gitu pulak!


Teman nak gelak pun ada. Macam budak-budak pulak deme ni. Kalau kome nak tengok projek Penang Waterfront ni, kome tengok projek yang tengah berjalan dengan tepi laut sepanjang Jelutong Expressway seluas 152 ekar. Luas tu der!!! Deme tambak selagi boleh laut tu!Adeeehh!!!!
* Nota : Ulasan ini adalah diolah dari Sumber dalam Bahasa Inggeris di DAPInsider
-

Calon PRU13 DAP Pulau Pinang Bocor


Teman jenuh menyelinap setiap pelusuk alam maya mencari-cari punca. Agak tenggelam punca jugak la. Cuma nak pastikan berita yang teman dengar dan ura-ura sahih atau tidak tentang calon dan geng-geng Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang nak bubuh bertanding di PTU 13 nanti.

Teman bukan apa, nak tengok hero-hero DAP yang bertanding.Itu aje. Menang kalah nasib deme la. Rupa-rupanya ada satu blog yang khususnya mencerita perihal isu dalaman Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang, DAP Insider. Itu pun teman dapat info dari Blogger OutSyedTheBox (Adeeh! betul ke teman eja tuh! Tuan Syed! lain kali buh le nama best sikit..baru gempak!hehehe)

Teman boleh panggil macam portal gak..Tapi kalau kome tak reti orang putih baik tak payah bukak, buang masa je.heee..Tapi macam-macam ada pembongkaran, cerita gangster dalam DAP pun ada. Adeehh!! Kalau kome tak faham orang putih ni nanti teman buat ulasan satu persatu dalam entry teman seterusnya. Tak pun suruh Sis Helen Ang buat sebab ada cerita Hannah Yeoh kat situ..Dear Sis, please...
-

Hari Ini Mesti Guan Eng Gegar Lutut..heee..


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 8.55 pagi disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow dan pemimpin parti komponen BN.

Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yeng yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Timbalan Perdana Menteri memulakan atur cara lawatan dengan mendengar taklimat jentera pilihan raya BN Pulau Pinang dan perjumpaan dengan ketua-ketua pusat daerah mengundi di sebuah hotel di sini.

Selepas itu, Muhyiddin akan menyertai majlis jamuan tengah hari bersama BN negeri sebelum bertolak ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berjumpa kumpulan profesional dan iktisas Pulau Pinang.

Beliau kemudian dijadual menghadiri Majlis Sepetang Bersama Penduduk Taman Desa Green di Jelutong sebelum meneruskan program Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indrawasih Prai pada pukul 8 malam.

Timbalan Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 10.30 malam dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth. - BERNAMA
-

Guan Eng Setuju Kehadiran Psy Gangnam Style, PAS Meroyan Gila

Adeehh! Kesian..kesian..cai-cai Pakatan Rakyat beriya-iya la hentam Kerajaan BN pasal kehadiran Psy Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Macam-macam la deme kutuk habis sampai tak sedar diri. Sampai pengsan-pengsan la deme mengutuk dan menghentam. Kesian sungguh meroyan sawan..

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyokong tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengundang penyanyi popular Korea, Psy untuk menjayakan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 11 Februari nanti.

Menurutnya, beliau yakin dengan kedatangan penyanyi rap itu, ia akan membantu industri pelancongan di negeri ini serta menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan berkenaan.

Hahaha..PAS nak kata apa ek! Meroyan la kome..hempas la kepala kat dinding sampai pecah..heeee..
-

Beri Ruang Kepada Keluarga Mendiang Claudia


Teman lahirkan rasa simpati kepada keluarga mendiang Claudia Theophilus, wartawan Malaysia yang terbunuh dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Lubnan, Sabtu lepas. Keluarga mendiang meminta media menghormati saat kesedihaan yang dilalui oleh mereka. Ye le. Buat masa ni tak usah media ganggu keluarga yang sedang bersedih. Berilah ruang..


Kenyataan di Bernama, seorang ahli keluarga mereka masih belum dapat menerima tragedi yang menimpa anak sulung mereka berusia 42 tahun itu.

"Ibu bapanya yang uzur dan kurang sihat telah 'diganggu' oleh media sejak berita kematian wartawan itu dimaklumkan. "Kami amat menghargai sekira pihak media boleh menghormati privasi kami dan berdoa untuk rohnya," 

Dilaporkan Claudia, yang berkhidmat dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakan di Beirut
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...