Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Pilih Kerajaan Pertahan Hak Rakyat, Kedaulatan Negara


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampumelaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.

"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.

"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata, Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkataprestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhipengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.

"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.

Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepadasemua.

Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.

"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yangsanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kitaharus menghargai keamanan ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA
-

Saturday, 23 March 2013

HOT! Empat Pesanan Kepada Pemimpin & Penyokong BN #rempuh243 #jomsokongbn


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi empat pesanan penting kepada pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) demi untuk meneruskan prinsip perjuangan parti selepas 56 tahun memerintah.

Pesanan itu ialah setiap anggota BN perlu memberi penekanan kepada soal perpaduan dalam parti, tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan dan berjumpa pengundi yang menjadi penentu kepada nasib BN untuk lima tahun lagi.

"Jangan timbulkan perpecahan dan keretakan sesama kita, setakat hari ini saya tak dengar lagi, saya harap tidak ada cerita soal perbalahan. Sampai masanya untuk kita ketepikan permasalahan kerana ia akan memberi kesan kepada kita untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru di Rhu Rendang, Marang di sini, Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat pasti akan menolak mana-mana parti atau calon yang bermasalah kerana mereka perlukan parti dan pemimpin yang kuat untuk membela nasib mereka.

"Kalau rakyat tahu parti ada masalah, mereka akan kata "kamu sendiri tidak dapat selesaikan isu sesama kamu bagaimana kamu (nak) menolong kami".

Muhyiddin juga berkata calon yang dipilih pucuk pimpinan parti dari peringkat bahagian, negeri dan pusat seharusnya diberikan sokongan penuh daripada seluruh anggota BN di kawasan tersebut. "Soalnya pihak pimpinan telah membuat penilaian (calon) dan penilaian ini mengambil masa yang panjang," katanya.

Muhyiddin menjelaskan rundingan antara parti komponen BN bagi pemilihan calon dibuat secara terbuka dan telus di peringkat bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan calon bukan setakat boleh menang, tetapi menang dengan cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN juga diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah disaat-saat penting dalam menghadapi PRU-13 kali ini. "Jangan buat masalah, jangan buat masalah baharu di ambang pilihan raya tidak lama lagi...isu kena diketepikan dan tunjukkan perpaduan kita," katanya.

Muhyiddin berkata semua anggota BN tidak kira pemimpin ataupun anggota biasaseharusnya turun padang untuk berjumpa rakyat dan pengundi kerana pengundi adalah 'raja' ketika musim pilihan raya.

"Bagi saya pengundi adalah 'raja', bila jumpa pengundi kita bagi salam, tanya khabar dan dengar cerita (masalah) mereka sebaiknya supaya mereka berasa kita memberi perhatian kepada mereka," katanya.

Mengulas tentang program Gelombang Biru yang dihadiri lebih 10,000 penduduk sekitar Marang, Muhyiddin berkata beliau dapat merasakan sokongan rakyat kepada BN khasnya di Terengganu semakin kuat.

Katanya segolongan orang Melayu, Cina dan India yang sebelum ini menyokong pembangkang kini sudah kembali menyokong BN begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Apa yang berlaku hari ini adalah satu manifestasi baharu kesedaran rakyat termasuk di beberapa negeri yang dikuasai pembangkang," katanya. -BERNAMA
-

Tuesday, 19 March 2013

Penulis Berperanan Corak Keperibadian Dan Ketamadunan Masyarakat


Penulis memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak serta membentuk keperibadian dan ketamadunan sesebuah masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, setiap hasil penulisan mempunyai idealisme serta magisnya yang tersendiri, dan ia tentunya turut menonjolkan daya intelek penulis.
"Kita sedia maklum bahawa pada kebanyakan masa, pemikiran masyarakat dipengaruhi oleh bahan-bahan bacaan dan penulisan tanpa mengira genre.
"Saya percaya golongan penulis sememangnya dianugerahkan dengan ketajaman pemikiran, justeru pepatah 'mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang' masih lagi relevan pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sepuluh buku penulis wanita terbitan terkini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sempena lawatan kerja ke Kedai Buku 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata wanita kini juga mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan membantu membentuk minda masyarakat sungguhpundengan hanya bekerja dari rumah, melalui bidang penulisan.
Katanya, walaupun pada awal kemunculan kesusasteraan di negara ini, penglibatanpengarang wanita tidak begitu ketara, namun keadaan telah berubah.
Beliau berkata, sifat semula jadi wanita yang menjadikan mereka lebih tekun apabila berkarya adalah realiti yang tidak dapat dinafikan sekali gus membuktikan keupayaan perjuangan sastera wanita yang selama ini didominasi penulis lelaki.
"...dan telah terbukti, penulis wanita kini juga menjadi sebahagian daripada khazanah kesusasteraan tanah air. Malahan dalam beberapa aspek, penulis wanita dilihat lebih dominan berbanding penulis lelaki," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa memberi sokongan di atas segala usaha yng dilakukan menerusi pelbagai dasar, program, prasarana dan dana yang bersesuaian bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif demi pembangunan bidang kesusasteraan, penulisan dan penerbitan tanah air.
Katanya, adalah wajar golongan penulis diberi sokongan dan platform yang tepat bagi membangunkan bidang penulisan seperti penganjuran Bengkel Penulisan dan Penerbitan di enam zon di seluruh negara pada tahun lepas oleh ITBM dan Pena.
"Saya yakin kerjasama sebegini mampu merangsang penulis untuk lebih giat berkarya dan menghasilkan penulisan lebih berkualiti dalam usaha membentuk bangsa Malaysia yang cemerlang minda dan cerdas akal," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata kemunculan Kedai Buku 1Malaysia adalah tepat kerana dilihat mampu membantu memastikan karya penulis tempatan disebarluaskan kepada masyarakat.
Katanya, melalui Kedai Buku 1Malaysia juga, golongan penulis dan penerbit buku diberi peluang mempromosi dan meluaskan jaringan pemasaran buku yang diterbitkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar.
"Harapan saya agar semua penulis dapat memanfaatkan sebaik-baiknya ruang yang disediakan agar usaha ini dapat membantu memupuk dan menyuburkan budaya membacadalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Pada majlis pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri melancarkan karya terkini 10 penulis wanita tempatan yang membuktikan kaum wanita di Malaysia berketrampilandalam bidang penulisan dan kesusasteraan.
Buku yang dilancarkan melibatkan genre novel, kumpulan cerpen, puisi dan karya umum merangkumi aspek keagamaan, kemanusiaan, kebudayaan, alam semula jadidan kekuatan wanita menghadapi cabaran selain memberi manfaat serta menambah nilai moral kepada pembaca.
Sepuluh penulis wanita tempatan itu ialah Dayangku Mastura, Hamiza Hamzah (Nilamsuri), Rebecca Ilham, Rositah Ibrahim, Siti Zaleha Hashim, KathirinaSusanna Tati, Kamariah Kamaruddin, Faridah Abdul Hamid, Sasya Zainal dan Siti Zainon Ismail.
Kesemua buku itu boleh didapati di Kedai Buku 1Malaysia atau rangkaian kedai buku utama di seluruh negara selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman E-Beli-belah ITBM di ecommerce.itnm.com.my. - BERNAMA
-

Pasar Raja Bot Di Chow Kit Bakal Lalui Pembangunan

Pasar Raja Bot yang begitu dikenali di Chow Kit di sini akan melalui pembangunan semula dengan peruntukan sejumlah RM200 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Muhyiddin berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodenkan pasar sedia ada, yang diwujudkan pada tahun 1955, kepada ikon mercu tanda.
“Projek ini akan melibatkan 48,000 hekyat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di kawasan berkenaan,” katanya yang berucap pada majlis pelancaran projek itu di sini.
Beliau berkata, pasar baru itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2017 akan bercirikan seni bina Melayu, dengan menempatkan 1,527 peniaga sedia ada.
“Gerai-gerai yang lain akan ditawarkan kepada usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan,” katanya, sambil menambah bahawa bangunan bertingkat itu akan mempunyai 800 tempat letak kereta.
Beliau berkata, kawasan sementara akan diwujudkan untuk peniaga yang terjejas ekoran projek itu, yang akan berpindah ke pasar baru secara berperingkat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

mStar
-

Sunday, 17 March 2013

Musuh Luar Cuba Gugat Keamanan Negara


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin pada Sabtu mengingatkan rakyat bahawa keamanan dan keadaan selamat yang dikecapi negara kini bukan jaminan ia akan berterusan, kerana musuh dari luar akan cuba merosakkan negara.

Katanya pihak terbabit cemburu dan tidak senang dengan kemakmuran yang sedang dikecapi kini, lebih-lebih lagi Malaysia dikategorikan negara paling selamat oleh Indek Keamanan Global (GPI).

"Malaysia antara negara yang paling selamat dan ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian tentang soal itu, malah kita berada di antara 20 negara paling selamat mengatasi Singapura.

"Hal di Lahad Datu memaksa kita hantar polis dan lima batalion tentera untuk menjaga keamanan di sana," katanya ketika berucap di majlis 'Bersatu Benteras Jenayah' Peringkat Daerah Muar di Dewan Bola Keranjang Bakri di sini pada Sabtu.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Ayub Yaacob dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Lahad Datu ialah untuk memastikan kestabilan keamanan di negara ini sentiasa dipelihara dan tidak menjejaskan kemasukan pelabur.

"Kita tak nak orang kata Malaysia tidak aman sehingga menjejaskan pelabur yang datang di negara ini. Kita nak pastikan negara aman dan tiada masalah," katanya.

Majlis anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCPF itu dihadiri lebih 1,000 penduduk dari kawasan Bakri.

Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh berkata kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab dan sentiasa komited menjaga keamanan negara.

Pada masa sama beliau turut menyeru supaya rakyat di Lahad Datu memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dengan membantu menyalurkan maklumat.

"Ketua kampung mesti kerjasama bagi maklumat, jangan kerjasama dengan musuh dengan beri mereka guna masjid atau rumah kita," katanya. - BERNAMA
-

Friday, 22 February 2013

Tiada Halangan Penjawat Awam Sertai Politik



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak menghalang penglibatan penjawat awam dalam parti politik namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai penglibatan kakitangan awam dalam mana-mana parti politik namun mereka tidak boleh melakukannya ketika waktu bekerja.

"Sekiranya wujud dakwaan, kita perlu ada laporan secara rasmi. Pihak JPA akan menyiasat terlebih dahulu sama ada ia mempunyai asas atau tidak.

"Kita tidak boleh bertindak hanya kerana ada seseorang mengatakan individu tertentu terlibat dengan politik pembangkang," katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Perhimpunan Khas Timbalan Perdana Menteri bersama Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Beliau berkata sekiranya ada laporan rasmi diterima ia akan disiasat secara telus dan adil tanpa sebarang diskriminasi. (mStar Online)
-

Sunday, 10 February 2013

Jangan Benarkan Api Perkauman Tercetus


Rakyat Malaysia diseru untuk memelihara tradisi yang menjadi kunci kekuatan selama ini dengan tidak membenarkan mana-mana pihak mencetuskan api perkauman yang pastinya akan meruntuhkan keharmonian yang telah terbina sejak sekian lama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanpa persefahaman dan kesepakatan antara kaum, keceriaan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat dan negara kini tidak akan menjadi kenyataan.

"Mudah-mudahan kedatangan Tahun Ular akan membawa limpahan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat Cina dan juga seluruh rakyat di negara kita. "Marilah kita kekalkan perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara kita demi menjamin masa depan yang lebih maju dan makmur," katanya dalam perutusan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina esok.

Sambil mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia keturunan Tionghoa, Muhyiddin berkata perayaan Tahun Baharu Cina menjadi satu lagi bukti betapa rakyat mempunyai kebebasan untuk meraikan perayaan masing-masing dalam suasana yang meriah dan harmoni.

Beliau berkata tidak ada sekatan, jauh sekali larangan kepada kaum-kaum di negara ini termasuk kaum Tionghoa untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dan seterusnya meraikannya secara besar-besaran. "Saya percaya toleransi kaum yang menjadi teras kepada keamanan Malaysia sejak dahulu lagi akan dapat dikekalkan jika sikap saling faham memahami, hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain terus menjadi amalan.

"Sebagai kaum kedua terbesar di negara ini, perayaan Tahun Baharu Cina menjadi lebih menyerlah dengan adanya penyertaan kaum-kaum lain yang turut memeriahkan kedatangan Tahun Ular," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berharap agar negara terus dilimpahi dengan nikmat kemakmuran dan keharmonian dengan adanya rakyat yang bersatu hati. -BERNAMA
-

Thursday, 7 February 2013

Rakyat akan Kekal Menyokong BN



Rakyat kini semakin yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini berbanding selepas pilihan raya umum (PRU) 2008, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata hasil tinjauan di seluruh negara menunjukkan keadaan terkini menyaksikan rakyat mempunyai satu perasaan lebih yakin dan mempercayai kerajaan pimpinan BN dengan agak nyata.
Katanya dalam tempoh dua tahun lepas, kerajaan telah mengambil kira apa yang disuarakan oleh rakyat dan memahami aspirasi mereka.
"Kita telah dapat isyarat pada pilihan raya lalu bahawa kita perlu buat sesuatu lebih besar, lebih berkesan untuk menangani beberapa perkara pokok yang menjadi perhatian rakyat.
"Sebab itu kita memperkenalkan program tranformasi, transformasi ekonomi dan kerajaan. Bajet yang kita buat menjurus untuk membantu setiap kelompok masyarakat.
"Atas dasar itu kita lihat satu impak yang boleh dikatakan besar atas inisiatif yang kita ambil untuk membela rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini, Khamis.BERNAMA
-

Tuesday, 5 February 2013

Pulau Pinang Sebagai Hub Pelancongan, Muhyiddin Yassin


Kemajuan negara harus dihargai. Dasar transformasi nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri telah memacu negara ke arah negara maju. Peluang-peluang pekerjaan yang melimpah-limpah hingga terpaksa menggunakan khidmat pekerja asing.

Semua dasar kerajaan telah mencapai 100 peratus dalam semua bidang. Suatu pencapaian luarbiasa. Tiada kerajaan dalam dunia yang memberi subsidi kepada rakyat, hanya di Malaysia. Apa lagi yang kita mahu?


Kerajaan BN akan memastikan Negeri Pulau Pinang sebagai satu hub pelancongan terbaik. Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat Pulau Pinang hingga Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina mahu disabotaj. Semua rakyat ada hak untuk menyambut perayaan masing-masing, petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin di Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih Perai, Pulau Pinang.

Teman harap rakyat Pulau Pinang sedar dengan sikap hipokrit Kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberi janji palsu semsta-mata.
-

BN Aka Tawan Semula Pulau Pinang


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang walaupun ianya bukan perkara mudah.
   
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perubahan sikap pengundi yang kini dilihat mula menolak kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran isu yang dibangkitkan olehnya sendiri.
   
"Ia bukannya mustahil, tetapi ia bukan mudah kerana kita menerima hakikat kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera BN Pulau Pinang, di sini hari ini.
   
Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang sememangnya tidak lagi gemar dengan kepimpinan Guan Eng yang disifatkan seperti memonopoli semua perkara termasuk penggunaan nama negeri Pulau Pinang.
   
"Hendak menggunakan nama negeri pun kini terpaksa dirujuk kepada beliau dan inilah tafsiran rakyat walau apa sekali pun alasan yang diberikan (oleh Guan Eng)," katanya.

Bagi BN, kerajaan pusat mementingkan bantuan kepada rakyat dan disebabkan itu rakyat mula membuka mata kerana ia telah memberi impak besar kepada kumpulan sasar, katanya.
   
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata inisiatif kerajaan pusat seperti program transformasi, bantuan kepada kumpulan sasar dan sentuhan nadi merupakan sesuatu yang agak digeruni pihak pembangkang.
   
Beliau berkata terdapat satu perubahan yang jelas di kalangan rakyat Pulau Pinang berbanding dahulu kerana beberapa golongan masyarakat tidak berpuas hari tentang apa yang berlaku di negeri ini dan ini ada impak daripada segi tahap sokongan yang BN dapat.
   
"Namun kita perlu beri penjelasan, penerangan tentang isu berbangkit supaya tiada pihak yang eksplotasi pemikiran rakyat sehingga mereka terkeliru.
   
"Kekalahan kita dahulu bukan kerana pihak pembangkang kuat, tetapi ada isu dalaman di kawasan itu yang kini dapat diselesaikan. Ada peningkatan sokongan dan kecenderungan untuk kembali menyokong BN agak jelas sekarang berbanding dahulu," katanya.

Sementara itu, semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) negeri, Muhyiddin mengingatkan jentera PDM supaya jangan berbalah, tetapi perlu sentiasa bekerjasama bagi memperkukuhkan BN negeri.
   
"Kalau kita sama kita berbalah, musuh mudah serang dan mudah kalah, elakkan daripada timbulkan masalah. Kalau rasa ada tidak seronok atau selesa, simpan dulu dan selesaikan selepas pilihan raya," katanya kepada kira-kira 1,500 anggota dari 345 PDM di seluruh negeri yang hadir pada majlis itu.
   
Katanya jentera PDM adalah hulubalang "untuk berperang" pada pilihan raya umum nanti dan dengan itu perlu fokus bagi memastikan BN kekal sebagai sebuah kerajaan.
   
"Kita telah hantar jentera PDM untuk berkursus...Inilah masanya untuk terjemahkan kepada rakyat terutama pengundi di kawasan mereka...pengundi adalah 'raja' yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan BN.
   
"Tapi saya percaya tahap kesiapsiagaan PDM di Pulau Pinang berada pada momentum terbaik dan mereka telah lama bekerja keras demi kejayaan parti," katanya. - Bernama
-

Hari Ini Mesti Guan Eng Gegar Lutut..heee..


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 8.55 pagi disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow dan pemimpin parti komponen BN.

Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yeng yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Timbalan Perdana Menteri memulakan atur cara lawatan dengan mendengar taklimat jentera pilihan raya BN Pulau Pinang dan perjumpaan dengan ketua-ketua pusat daerah mengundi di sebuah hotel di sini.

Selepas itu, Muhyiddin akan menyertai majlis jamuan tengah hari bersama BN negeri sebelum bertolak ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berjumpa kumpulan profesional dan iktisas Pulau Pinang.

Beliau kemudian dijadual menghadiri Majlis Sepetang Bersama Penduduk Taman Desa Green di Jelutong sebelum meneruskan program Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indrawasih Prai pada pukul 8 malam.

Timbalan Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 10.30 malam dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth. - BERNAMA
-

Tuesday, 29 January 2013

Ribuan Belia Meriahkan Majlis Himpunan Dan Santai Bersama Timbalan Perdana Menteri



Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KIRC) yang biasanya sunyi pada Isnin, bertukar meriah hari ini apabila dibanjiri ribuan belia dari sekitar Kuching bagi menyertai ‘Majlis Himpunan dan Santai Bersama Belia’.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir menyaksikan kemeriahan majlis selain memberi amanat kepada belia di negeri ini.

Turut sama, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Terdahulu, ketibaan Muhyiddin dan kenamaan lain disambut oleh belia berpakaian kebudayaan suku kaum, nyanyian koir lagu IM4U, persembahan flash-mob, serta seni mempertahankan diri.

Muhyiddin dalam amanatnya mahukan gandingan kerjasama antara pemimpin dengan anak-anak muda dan belia di negeri ini sentiasa dipereratkan.

“Sebab itu saya nak mengajak belia bersama (menyokong) pimpinan di peringkat negeri dan di peringkat pusat kerana kita (kerajaan) tidak boleh buat kerja sendiri tanpa ada kerjasama yang rapat.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberikan perhatian istimewa kepada golongan belia di negara kita, kita ada dasar dan program yang ditumpu untuk bangunkan anak-anak muda, tujuan tidak lain supaya belia menjadi generasi masa depan negara yang berjaya,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau yang diiringi tetamu jemputan turut meluangkan masa melawat ke segmen-segmen aktiviti belia pada majlis berkenaan.

Antara segmen yang dilawati adalah futsal, grafiti, x-games, auto show, 3 on 3 basketball, sepak raga bulatan, serta demonstarasi masakan dan kemahiran.

Suara Generasi Baru
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...