Showing posts with label Deepak Jaikishan. Show all posts
Showing posts with label Deepak Jaikishan. Show all posts

Friday, 1 March 2013

Pembangkang Guna Khidmat 2 Ekor 'Ular Hitam' Untuk Menipu Rakyat


Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.

Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.

Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.

Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.

Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.

Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.

Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.

Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.

Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala  disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4. 

PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.

Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran. 

PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya.

Sumber
-

Monday, 25 February 2013

Peluru Terakhir Anwar Ibrahim, P. Bala Jatuh Bala..kahkah


Gempar weh! Habis la BN kali ni...P Bala dah kembali. Misi untuk menabur fitnah keserata dunia. Gegar WEH!! Goyang satu Malaya! Adeehh! Apa la bodoh punya Anwar China Doll. Sekor yang tak boleh pakai pun dia guna jugak. Dah puas guna penjual karpet Deepak yang tak laku tu, Nak jaja fitnah nampaknya tak jalan walaupun diterbitkan macam-macam buku hasil tulisan si penjual karpet. Pandai jugak penjual karpet ni menulis ek! Ye la! nak menulis fitnah, semua orang boleh kan..kan.., Maka recycle balik modal lama. Panggil semula P Bala paria ni! Malu der! 

Raja Petra dah mengaku semua adalah fitnah terhadap Najib Razak. Apa lagi mau tipu tambi!! Ayo ma!!!!
-

Wednesday, 20 February 2013

PANAS: Raja Ropeah Bongkar Rahsia Besar Deepak



Akhirnya Raja Ropeah bersuara setelah sekian lama beliau berdiam diri, setelah sekian lama Deepak menyerang dengan segala macam fitnah samada khas ditujukan pada beliau ataupun DS Rosmah Mansor maupun pemimpin BN.

Kisahnya bermula dari Raja Ropeah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor dikatakan terlibat dalam urusniaga bersama Deepak membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiah,

Projek tersebut adalah penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Entah di mana silapnya tiba-tiba Deepak mula menyerang Raja Ropeah dan juga mengaitkan nama isteri Perdana Menteri bersama dalam isu ini. Malah ada sumber mengatakan bukan Deepak yang kaitkan tapi ada "suara bisikan ghaib" yang menokok tambah agar nama DS Rosmah diselitkan sekali dalam cerita perbalahan antara Deepak dan Raja Ropeah.

Cerita rekaan yang mengaitkan nama DS Rosmah ini timbul kerana tukang provokasi nampak ianya amat mudah untuk kenakan DS Rosmah kerana DS Rosmah mempunyai hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan negeri.

Kini, Raja Ropeah mula membuka mulut bercerita bahawa beliau mempunyai rahsia besar mengenai Deepak. Rahsia yang berkait dengan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Deepak. Rahsia perjanjian perniagaan dan usahasama mereka selama ini.

Raja Ropeah bakal dedahkan perkara sebenar yang Deepak sengaja sembunyikan agar menampakkan beliau, Deepak teraniaya.

Dengan sinis Raja Ropeah bagitahu bahawa beliau akan dedahkan rahsia Deepak dalam masa terdekat.

Sumber
-

Tuesday, 19 February 2013

Deepak Seorang Pengamal Homoseksual?


Adakah pakatan haram sebenarnya parti homoseksual yang Anwar Bin Ibrahim tubuhkan sempena  kerakusan nafsu beliau tehadap jantan? Maka dengan itu, ramai mereka yang sealiran citarasa seks dengan Anwar Bin ibrahim begitu taksub dan senang mematuhi kehendak dan arahan beliau. Mari kita sama-sama fikirkan adakah Deepak Jaikishan juga merupakan seorang bercitarasa  homoseksual.
 
Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, , Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.  Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Sebenarnya strategi pakatan haram bersama  Deepak untuk  mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri. Dasar penipu, Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.

Persoalan yang amat ketara sekarang ini adalah Deepak sedang menyambung tugas yang gagal dilaksanakan oleh SUARAM iaitu menyusahkan DS Najib dan DS Rosmah. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.

Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.
Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.

Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.

 

Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang. Secara logik Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.Ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.

Mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual. Pakatan haram juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pakatan haram kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang.

Secara logiknya, seorang manusia yang bercitarasa seks normal, apabila dewasa umurnya dan cukup hartanya untuk menanggung seorang wanita , maka beliau tidak akan berlengah-lengah lagi mencari suri hidupnya. Sekiranya dia tidak mampu untuk mencari sendiri maka bantuan ibubapa akan diminta untuk mendapatkan jodohnya.  Maka keanehan dalam kehidupan Deepak Jaikishan ini seolah-olah memberitahu kita bahawa beliau mengamalkan seks luar tabii.

-

Thursday, 14 February 2013

BONGKAR! Deepak Akui Berbohong!



Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang ‘selebriti’ apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung.

Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai ‘orang tengah’ dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM.

Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala.

Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju.

Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa? Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat ‘pelaburan’ pada ‘kerajaan baru’.

Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya.

Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan DPM?

Kisah kes pembunuhan ini mula ‘dihangatkan’ oleh Pembangkang. Versi mereka ‘menceritakan’ bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan ‘bukti-bukti kukuh’ (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.

Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian. Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang.

Selain itu, terdapat gambar yang di’super-imposed’ bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai ‘bukti’. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.

Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya.

Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas DPM.

Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini.

Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur.

Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak.

SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal.

Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.

Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkefli Nordin’s, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato’ Zulkefli Nordin pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut.

Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.

Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut!

Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?

Sumber Beruang Biru
-

Wednesday, 13 February 2013

Penjual Karpet pun Pakatan Rakyat Sapu Jadi Modal


Hah! Lawak la! Nampak sangat la Pakatan Rakyat dah tak ada modal dan isu nak dispin. Jadi penjual karpet pun deme ni sapu jadi tukang lalak. Kesian..nampaknya terdesak dengan modal.

Terbaru, Deepak si penjual karpet deme  jaja tabur fitnah.adeehh! Boleh percaya ke? Kalau setakat nak reka cerita, teman pun boleh weh! Tak payah la panggil penjual karpet 2. Apa la bingung!


-

Wednesday, 6 February 2013

Mahfuz Kantoi Dengan Deepak Penjual Karpet

Hahaha..Teman nak gelak besar. Mana tak nya. Seorang yang mengaku pemimpin politik yang hebat da berpengalaman boleh kantoi. Cerita Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar boleh percaya kepada seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan. Adeehh! Malu la..

Oleh kerana bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya, maklumat sampah pun kome boleh ambik. Adeeh!! Sebab dah tak ada modal, main kutip je merata selagi ada isu yang boleh di putar belitkan. Termasuklah dari seorang penjual karpet yang tiba-tiba muncul dalam arena politik tanahair untuk mengambil kesempatan demi keuntungan wang ringgit.

Tuduhan dan dakwaan boleh direka-reka waima melibatkan Perdana Menteri sekali pun. atau sesiapa pemimpin tertinggi negara sekali pun. Mahfuz tak sedar, rencah guna-guna yang dibuat oleh Anwar China Doll menggunakan Deepak si penjual karpet ini yang begitu terdesak kerana hutang yang melambak. Ingin mencari peluang kewangan semata-mata.

Menurut Haramkah Daily, PAS akan menyokong surat permohonan Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan untuk mendapatkan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi bagi membolehkannya membuat beberapa pendedahan penting. Ye le tu! Dokumen yang ditunjukkan oleh penjual karpet ni belum tentu sahih lagi. Semua orang boleh reka zaman sekarang ni. Kome terus percaya. Sila kan. Teman nak tengok jugak dokumen yang nak disiarkan tu. Tapi teman tertanya-tanya jugak, kenapa Haramkah Daily dan Meloyakini tak nak siarkan dokumen tu? Jika alasan media arus perdana tida mahu menerima pendedahan penjual karpet ni, mengapa tidak di Haramkah Daily dan Meloyakini? Musykil..Musykil...
-

Saturday, 19 January 2013

Deepak Akan Jual Karpet Pada Mahfuz ! Uikkss


Ini cerita karpet. Sekarang ni karpet banyak tak laku. Jadi terpaksa la lobi sana sini nak jual karpet. murah-murah aje. Lelong pun boleh la. Jual borong dan jualan penghabisan stok. Itulah Deepak si Penjual Karpet menjaja karpetnya merata-rata sebab tak ada orang nak beli.

Terbaru dalam Haramkah Daily, Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersedia bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berhubung permohonannya mendapatkan jaminan imuniti dari Pakatan Rakyat. Dalam email yang dihantar kepada media sebaik sahaja media menyiarkan kenyataan Mahfuz, Deepak berkata, dia menyambut baik jemputan itu.

"Saya menyambut baik jemputan oleh Datuk Mahfuz untuk bertemunya berkaitan dengan permohonan imuniti kepada Pakatan dan berharap dapat bertemu beliau esok di Pejabat Agung PAS," 

Imuniti apa yang Deepak nak cari ni, entah la. Macam la Pakatan Rakyat boleh menang Pilihanraya yang akan datang ni. Mohon imuniti le pulak. Percaya la kat Deepak jual karpet murah-murah tu! Kena tipu aje sebab dia memang kuat penipu, sebab itu la karpetnya tak laku..

Pakatan Rakyat ni pun berlagak macam dah perintah Malaysia. ish..ish. Angan-angan Mat Jenin, akhirnya terjatuh dari pokok kelapa. eh!silap..Pokok nyior..hahahaha..

p/s : Teringat kat kawan teman, dia pakar kopek nyior..heeee..jangan mare der!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...