Showing posts with label Al-Jazeera. Show all posts
Showing posts with label Al-Jazeera. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

Kekasih Tertembak Wartawan Malaysiakini Rupanya



Wartawan portal Malaysiakini Claudia Theophilus, 42, dipercayai mati akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, Sabtu.
Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan dilaporkan Bernama berkata menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.
“Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api,” katanya.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Jan lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang ‘bermain’ dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Claudia, 42, anak sulung daripada tiga beradik, merupakan lulusan undang-undang universiti tempatan dan memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar The Sun pada 1995 sebelum menyertai portal berita Malaysiakini pada 2005 dan beralih ke Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak dua tahun lalu.
Malaysia Instinct
-

Mayat Claudia Tiba Ditanah Air


Mayat penerbit portal Bahasa Inggeris Al-Jazeera, Claudia Theophilus tiba di tanah air pada malam Sabtu, genap seminggu selepas dia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di kawasan pergunungan Baakleen, Lubnan.

Mayat mendiang tiba dengan penerbangan EK342 Emirates Airlines pada pukul 9.40 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mayat Claudia segera di bawa pulang ke rumah keluarga mendiang di Taman Desa Kepayang di Seremban.

Adik Claudia, Dora yang tiba lebih awal dari Lubnan berkata, keluarganya sangat bersyukur dan merakamkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Lubnan, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan Al-Jazeera yang banyak membantu mereka.

Sambil membaca kenyataan yang disediakan, Dora turut menggesa pihak berkenaan menghentikan spekulasi berhubung punca kematian kakaknya kerana siasatan masih lagi dijalankan.

"Bagi mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada kakak saya boleh berbuat demikian pada tengah hari esok di rumah keluarga kami.

"Majlis pengkebumian akan diadakan pada pukul 10 pagi Isnin di Gereja Visitation di Seremban," katanya pada sidang media di sini malam Sabtu.

Dia bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh wartawan kepadanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang mengetuai misi untuk membawa pulang mayat Claudia berkata fakta yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa Lubnan menunjukkan kematian mendiang disebabkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Khairun berkata Claudia sedang memegang senapang angin ketika duduk di luar rumah keluarga kawannya yang dikenali sebagai Nabil pada kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Lubnan pada 2 Februari lalu.

"Apabila kawannya keluar dari rumah, dia cuba mengambil senapang itu dan cuba mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut. Ketika itulah satu das tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita pada sidang media di KLIA.

Khairun berkata pihak berkuasa Lubnan masih lagi menahan Nabil bagi meneruskan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan bahawa majikan mendiang, Al-Jazeera menanggung semua kos membawa pulang mayat mendiang Claudia ke tanah air, sementara biro Pemuda Umno membayar kos logistik bagi keluarga mangsa. (mStar Online)
-

Tuesday, 5 February 2013

Beri Ruang Kepada Keluarga Mendiang Claudia


Teman lahirkan rasa simpati kepada keluarga mendiang Claudia Theophilus, wartawan Malaysia yang terbunuh dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Lubnan, Sabtu lepas. Keluarga mendiang meminta media menghormati saat kesedihaan yang dilalui oleh mereka. Ye le. Buat masa ni tak usah media ganggu keluarga yang sedang bersedih. Berilah ruang..


Kenyataan di Bernama, seorang ahli keluarga mereka masih belum dapat menerima tragedi yang menimpa anak sulung mereka berusia 42 tahun itu.

"Ibu bapanya yang uzur dan kurang sihat telah 'diganggu' oleh media sejak berita kematian wartawan itu dimaklumkan. "Kami amat menghargai sekira pihak media boleh menghormati privasi kami dan berdoa untuk rohnya," 

Dilaporkan Claudia, yang berkhidmat dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakan di Beirut
-

Sunday, 3 February 2013

UPDATED: Wartawan Al-Jazeera Rakyat Malaysia Ditembak Di Lubnan


Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam.

Laporan The Star Online menyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.

Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006. Sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan Malaysiakini dan akhbar The Sun.

Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.

Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.

Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.

Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.

Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.

Malah menurut beberapa laporan, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.

Mendiang dikatakan berada di Lubnan sejak 28 Januari lalu untuk mengunjungi rakannya.

Ilango dipetik Bernama berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya.

Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.

Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan. (Sinar)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...