Hahaha..Teman nak gelak besar. Mana tak nya. Seorang yang mengaku pemimpin politik yang hebat da berpengalaman boleh kantoi. Cerita Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar boleh percaya kepada seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan. Adeehh! Malu la..
Oleh kerana bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya, maklumat sampah pun kome boleh ambik. Adeeh!! Sebab dah tak ada modal, main kutip je merata selagi ada isu yang boleh di putar belitkan. Termasuklah dari seorang penjual karpet yang tiba-tiba muncul dalam arena politik tanahair untuk mengambil kesempatan demi keuntungan wang ringgit.
Tuduhan dan dakwaan boleh direka-reka waima melibatkan Perdana Menteri sekali pun. atau sesiapa pemimpin tertinggi negara sekali pun. Mahfuz tak sedar, rencah guna-guna yang dibuat oleh Anwar China Doll menggunakan Deepak si penjual karpet ini yang begitu terdesak kerana hutang yang melambak. Ingin mencari peluang kewangan semata-mata.
Menurut Haramkah Daily, PAS akan menyokong surat permohonan Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan untuk mendapatkan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi bagi membolehkannya membuat beberapa pendedahan penting. Ye le tu! Dokumen yang ditunjukkan oleh penjual karpet ni belum tentu sahih lagi. Semua orang boleh reka zaman sekarang ni. Kome terus percaya. Sila kan. Teman nak tengok jugak dokumen yang nak disiarkan tu. Tapi teman tertanya-tanya jugak, kenapa Haramkah Daily dan Meloyakini tak nak siarkan dokumen tu? Jika alasan media arus perdana tida mahu menerima pendedahan penjual karpet ni, mengapa tidak di Haramkah Daily dan Meloyakini? Musykil..Musykil...
No comments:
Post a Comment