Tuesday 2 April 2013

PANAS! SPR Bersekongkol Dengan Pakatan Rakyat ?


Seperti yang diketahui, lidah rasmi Pas iaitu Harakah selalu mengeluarkan tuduhan yang pelbagai kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tentang kononya wujud pelbagai kepincangan dalam system pilihanraya di Malaysia. Tuduhan tersebut merangkumi semua aspek daripada daftar pemilih sehinggalah proses pilihanraya.

Antara tuduhan yang menarik minat penulis ialah tuduhan mereka kononya ada pemegang kad pengenalan bersatus pemastautin sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR.

Akhbar Harakah pada keluaran 15 hingga 18 Oktober 2012 telah menyiarkan kenyataan Naib Presiden Keadilan, Y.B Fuziah Salleh bahawa terdapat pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR. Sehubungan dengan itu, pihak SPR telah menegaskan bahawa berdasarkan semakan yang dilakukan oleh SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan nombor kad pengenalan Hasmidah binti Surahbil, adalah disahkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Malaysia dan dengan itu, beliau layak untuk didaftarkan sebagai pemilih.

Pendaftaran beliau sebagai seorang pemilih telah dibuat oleh SPR berdasarkan kepada kad pengenalan beliau yang sah dan selepas melalui proses semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Hasil semakan itu juga mendapati bahawa Hasmidah binti Surahbil telah memohon mendapatkan status warganegara pada tahun 2002. Permohonannya telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau sejak itu telah diberikan MyKad yang sah.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah, berdasarkan semakan SPR terhadap borang pendafaran pemilih Hasmidah binti Surahbil pula, SPR mendapati pendaftaran beliau telah dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada kategori Wakil Parti Politik, iaitu daripada Pakatan Rakyat. Dalam konteks ini, adakah pihak – pihak tertentu bersedia untuk mendakwa bahawa SPR bersekongkol dengan PPP daripada Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan bukan warganegara sebagai pemilih?.

Oleh itu, jika perkara seperti ini pun harakah boleh buat tuduhan yang melulu, tidak mustahil kesemua tuduhan – tuduhan lain juga dibuat tanpa usul periksa terlebih dahulu. Lidah rasmi yang bercabang mungkin sesuai digelar kepada pihak yang terbabit. Penulis juga dapati semenjak pihak SPR memecahkan tembelang pihak pembangkang tentang isu ini, nama – nama pengundi yang hampir setiap hari dijaja kononya pengundi tidak sah dan sebagainya sudah tidak kedengaran lagi.

Apa yang pasti, penulis langsung tidak menolak kemungkinan bahawa isu – isu seperti ini dimainkan hanya semata – mata untuk menanam dalam minda rakyat bahawa SPR tidak telus, tidak adil, hanya mahu menangkan sebelah pihak sahaja dan sebagainya. Ini supaya jika pihak pembangkang tidak dapat menawan Negara  pada PRU13 nanti, SPR lah akan dituduh menjadi punca kekalahan mereke walaupun mereka menang sebahagian besar negeri – negeri dalam Malaysia.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...