Showing posts with label Psy Gangnam Style. Show all posts
Showing posts with label Psy Gangnam Style. Show all posts

Monday, 18 February 2013

Tu Dia! SMS Ugutan PSy Gangnam Style!


Hah! Ini dia SMS ugutan kepada Psy Gangnam Style supaya tidak membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini. Siapa la punya kerja ni! Kenapa dengki sangat.

Sebelum itu, facebook Psy jugak dihujani desakan yang didakwa sebagai peminat Psy untuk tujuan yang sama. Kesian jugak la pencacai-pencacai ni meroyan kat facebook Psy tu! Psy buat tak peduli je. Akhirnya Psy datang jugak membuat persembahan. Apa lagi, bara la weh deme ni. Sebab tu la hantar SMS ugutan pulak. Dengki khianat sungguh deme ni! Kome fikir-fikirkan lah apa jenis manusia deme ni. cessss...
-

Saturday, 16 February 2013

VIDEO BONGKAR! PAS ANJUR MAJLIS TARIAN SEPARUH BOGEL



Adeeh! ini apa cerita pulak. Aduhai PAS, orang sibuk-sibuk gangnam style, PAS pun nak buat jugak ke? Dah jenuh kutuk Kerajaan BN buat CNY di Pulau Pinang jemput Psy gangnam Style, PAS pulak buat. Itu la. Kutuk orang lagi, dah kena muka sendiri. Kesian..teringin jugak rupanya.heee 




-

Psy Gangnam Style BN CNY Ditaja Oleh Samsung?


Punya susah payah Pakatan Rakyat nak spin cerita penajaan Psy gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tempohari. Cai-cai PR jenuh spin macam-macam cerita bagi nak cari kesalahan BN dalam Majlis tersebut. Guan Eng pun jadi pening kerana kemeriahan CNY anjuran BN tersebut mendapat sambutan hebat dari rakyat Pulau Pinang. Guan Eng naik malu kerana kehadiran pengunjung CNY anjuran BN yang melebihi 80,000 orang telah mengatasi kehadiran CNY di 32 lokasi anjuran DAP hanya sekitar 2,000 orang  setiap tempat. Patut la!

Menurut sumber, syarikat gergasi dari Korea Selatan Samsung didakwa menjadi penaja kehadiran psy ke Malaysia. Difahamkan syarikat gergasi elektronik ini tidak mahu mendedahkan penajaan tersebut, mungkin dengan alasan-alasan tertentu. Pengurus Artis Korea tersebut, Scooter Braun Projects juga telah membuat kenyataan Kerajaan Malaysia tidak terlibat dengan pembayaran artis tersebut. Adeehh! Lagi Kantoi la Guan Eng..heee
-

PANAS! Gangnam Style Ala Gaza



Dalam usaha membendung kesedihan akibat ditindas tentera Yahudi, sekumpulan  pemuda  Gaza menari ala Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea, Psy dan merakamnya menerusi telefon berkamera.

Memetik laporan sebuah blog, Hidayatullah.com tarian itu diberi nama  'Gangnam Gaza Style' tetapi  ia bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya  kumpulan pemuda berkenaan telah menyelitkan tarian itu dengan mesej kesedihan penduduk Palestin yang berterusan ditindas rejim Zionis.

“Mesejnya adalah mengenai penderitaan kami, tahanan, pengangguran dan semua masalah  kami,” kata salah seorang anggota kumpulannya, Walid Afghani.

Semua kesulitan warga Palestin digambarkan melalui tarian itu.  Misalnya, ada satu keadaan  di mana mereka sedang menolak sebuah kereta kerana kehabisan minyak.  Sambil meniru pergerakan Gangnam Style, setibanya di stesen minyak,  ternyata bahan bakar tidak ada.

Satu lagi pergerakan mereka  beramai-ramai menuju mesin ATM, tapi  pada mesin wang itu tidak ada wang. Begitulah antara gambaran kehidupan penduduk Palestin yang mereka adaptasikan mengikut pergerakan tarian Gangnam Style.

Secara menyeluruh, mesej itu bermaksud apapun tekanan hidup di bawah penjajahan Zionis Yahudi tidak selamanya harus dihadapi dengan tangisan oleh penduduk Palestin.

Dalam perkembangan lain, dua pemuda Palestin, luka parah  akibat tembakan tentera Zionis di timur Bethenun, sebelah utara Semenanjung Gaza.

Berdasarkan laporan Pusat Informasi Palestin, jurucakap jabatan kesihatan Palestin di Gaza, Asyraf Al-Qudrah memberitahu, salah seorangnya telah ditembak di dada dan kini diberi rawatan rapi di hospital  Al-Syifa,  Gaza kerana keadaannya yang kritikal.  Sementara seorang lagi mangsa diberi rawatan di hospital Bethanun.

Tentera Zionis turut melancarkan serangan ke atas petani di beberapa ladang termasuk tepi pagar sempadan dan tindakan mereka itu mencabul perjanjian gencatan senjata yang dibuat November tahun lalu.

Nampaknya kisah penderitaan di Palestin tidak berkesudahan. Satu demi satu ditimbulkan puak penjajah itu. Sampai bilakah ia akan berakhir? Hakikatnya, Israel tidak pernah mahu berhenti daripada melakukan kerakusan. Dan sanggupkah kita di sini sekadar memerhati segala tindakan zalim mereka itu?

Sumber
-

Friday, 15 February 2013

HOT! Rafizi Jambu Kantoi Menipu


Apa la nak gelar pada si Rafizi Jambu ni. Kalau pembunuh, boleh jugak digelar pembunuh bersiri. Tapi pada Rafizi Jambu ni elok digelar "Pemfitnah Bersiri". Kan elok. Suka sangat nak fitnah-fitnah Kerajaan BN yang dia sendiri tak tau punca apa yang dia tabur fitnah tu! Janji boleh bagi puashati pada Bos dia la kot. Kasi ampu sana, kasi ampu sini. heee

Rafizi Jambu pun tak ada apa-apa bukti yang boleh mendakwa bahawa BN menggunakan duit rakyat dalam membawa PSY gangnam Style ke Malaysia. Cakap aje semua orang boleh der! Lain kali cakap pandang-pandang der! Memang Rafizi Jambu ni kaki FITNAH! ptuii!
-

Thursday, 14 February 2013

Video Gangnam Style Yang Buat Pencacai PR Kantoi!


Biasalah cai-cai Pakatan Rakyat. Kalau tak tabur fitnah, bukanlah namanya cai dan macai. Isu laungan DS Najib untuk pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang baru-baru ini jad mainan cai dan macai ni.  Ini versi sebenar untuk dinilai bersama. Sebenarnya yang jerit No tu ada beberapa kerat je sebenarnya.


Projek Sooter Braun yang menguruskan Psy telah menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia menaja persembahan Psy di majlis tersebut. Saje suka nak buat fitnah. Nasib la dah kantoi! Tapi selalunya kantoi pun cai-ai Pakatan Rakyat ni..Adeehh!!
-

Tuesday, 12 February 2013

NO Bermaksud YES Dalam Bahasa Korea #CNY 1 Malaysia


Adeeh! Meroyan jugak la pencacai PR pasal sambutan hangat rakyat di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1 Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Kata pencacai PR ni menerusi video tu rakyat Penang kata "NO" bagi menjawab soalan Najib sama ada rakyat Penang bersedia untuk BN. Punya pulun la pencacai spin cerita rakyat Pulau Pinang tolak BN. Adeehh!!

Rupanya "NO' dalam bahasa korea bermaksud "YES". Itu Nik Ajis sendiri yang cakap ek! Kome tengok facebook Nik Ajis.. Maknanya rakyat Pulau Pinang terima BN der! Adeeh! pencacai PR kena lagi weh! Psy sendiri menerima beliau melontarkan pujian terhadap Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri dengan lontaran ayat dalam twitternya berbunyi " U were hotter than weather hotter than ever !! One Malaysia !! "

Kemuncaknya Psy Gangnam ketika di pentas persembahan melaungkan " 1Malaysia " dan di sahut oleh puluhan ribu manusia yang hadir. Gema laungan 1Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa Psy Gangnam menyokong usaha kerajaan yang BN memerintah dalam mengekalkan keharmonian antara kaum. 

-

Monday, 11 February 2013

HOT! Habislah BN Kali ini #Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang


Teman dah agak. Mesti ada cai-cai PR yang spin cerita. Sebab dah tak ada modal biasa la. Semua Kerajaaan BN buat semua tak betul. Anwar China Doll sorang yang betul waima Anwar China Doll sondol bontot cai ni pun, dah kira betul sangat. Adeehh!

Ada dua tiga orang malaun datang ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pagi memakai baju Bersih 3.0 dan Anti Lynas. Cuma ada 3 orang je. Itu pun duduk jauh-jauh sebab tak berani nak duk dekat dengan pengunjung yang ramai tu. Takut kena belasah la tu. Teman pun perasan tadi. Saje je teman tak nak ambik gambar deme sebab teman tau cai-cai akan tolong ambilkan gambar tuh. Buang memory teman je..Kome tengok perbezaan gambar-gambar yang teman kutip dari cai-cai PR ni.
Tengok ni. Orang sama kat gambar kat bawah..

Tengok belakang nampak lain tapi masih orang yang sama
Dia jugak! Adehh!
Gambar yang diambil hanya orang sama. Kalau tangkap banyak kali, memang nampak ramai la tapi orang yang sama jugak. Adehh! Teman ingat ramai sangat ke apa orang pakai baju bersih macam HKR 112 yang deme kecoh-kecoh tu! Rupanya hanya dua tiga orang, lantak dia la. Kalau ikutkan matematik cai ni,  50,000 orang hadir kat Rumah Terbuka tu! Walaupun yang hadir sebenarnya kira-kira 100,000. Kira ok gak, dia punya matematik, lebih kurang sama ramai HKR 112. Tak gitu! Apa barang setakat dua tiga orang pakai baju Bersih. Tak jejas langsung kalau banding dengan 50,000. Ada jejas apa-apa tak! Tak ade le weh!. Adeeh! Kalu nak spin tu, berpada-pada la. Kan dah kantoi diri sendiri.
Tengok gambar ni dan bandingkan dengan yang bawah
Adeeh! Orang yang sama jugak! Anak dia pun tak berani nak pakai baju bersih. Takut kawan-kawan dia kutuk! Adehh!!

-

Psy Gangnam Style VS Shila Amzah di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang


Memang Gangnam Style! Perghh! Hebat sungguh! Psy Gangnam Style dengan Shila Amzah berkongsi pentas membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang. Dua-dua artis ni mantap. Shila Amzah memulakan persembahan dengan sebuah lagu mandarin yang teman sendiri tak faham tapi memang hebat lah! Setaraf dengan Psy. Lagu terakhir Shila Amzah yang teman rasa sedih sikit, sebab lagu sedih! Adeess! Lagu "Patah Hati". macam ada makna jer..

Teman kongsi gambar-gambar yang sempat teman snap tadi untuk tatapan peminat-peminat Shila Amzah dan Psy! Tapi bersesak-sesak tak ada ruang langsung nak tangkap gambar. Ini yang terbaik yang teman dapat. Psy nyanyi 1 lagu jer tapi 2 kali..adeehh!  Tapi hebat dan puashati. Teman nak kongsi jugak gambar-gambar ni. Lantak la! pencacai-pencacai nak spin, lantak la. Deme ni memang jenis tak puas hati apa sahaja Kerajaan BN buat! Teman nampak tadi banyak blogger-blogger PR menyibuk kat situ tadi. Lantak deme la..









-

Psy Gangnam Style Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang

Sekitar gambar-gambar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang sebentar tadi. Ribuan pengunjung telah hadir memeriahkan majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, DS Najib dan pemimpin BN Negeri Pulau Pinang. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh Penyanyi Shila Amzah dan Psy Gangnam Style. Gambar aksi penyanyi tersebut? Tunggu!!



-

LIVE! Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang


Sesak la weh! Tersepit teman tengah orang ramai nih! Amboi mak! Ramainya orang di Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang Pulau Pinang. Penangan Gangnam Style. Buat masa ini orang ramai tengah bersesak-sesak sambil dihiburkan persembahan kebudayaan..


-

Klip Video: Saya Mahu Buat Kelainan Pada Tahun Ini, Kata Najib



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penglibatannya dalam penghasilan klip video sambutan Tahun Baharu Cina bertujuan mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.

Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini, oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.

“Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.

“Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India… kita juga harus menghormati budaya Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada majlis Malam Media Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Hotel G di sini.

Dalam klip video berdurasi kurang satu minit itu, Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina.

Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.

“Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati,” katanya.

Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.

Terdahulu, ketibaan perdana menteri disambut ketua biro dari 16 agensi media, antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Kumpulan News Strait Times Press, Utusan Malaysia, The Star, Guang Ming Daily, Sin Chew Jit Poh dan China Press.

Najib yang diiringi Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memulakan majlis dengan menggaul yee sang bersama wakil media.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan barisan pemimpin BN.

Perdana menteri yang dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang, sebelum itu menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, sebelum beredar ke kedai Nasi Kandar Beratur bagi menikmati nasi kandar popular di Pulau Pinang yang terletak bersebelah masjid berkenaan.

Pada Isnin, beliau dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, disusuli dengan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 orang.

Pelbagai acara diatur sepanjang majlis itu berlangsung termasuk persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea Psy.

-

PM Jumpa Pemimpin Masyarakat Tionghua Di Pulau Pinang



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program lawatan dua hari ke Pulau Pinang hari ini dengan menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin komuniti kaum Cina.

Ketibaan Najib di hotel tempat majlis berlangsung pada 5.15 petang disambut sorakan sekumpulan remaja yang melaungkan 'Hidup Perdana Menteri', '1Malaysia' dan 'Barisan Nasional' (BN).

Najib yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berjumpa dengan pemimpin masyarakat Tionghua kira-kira sejam.

Malam ini, perdana menteri dijadual menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina bersama media di G Hotel, Persiaran Gurney, disusuli majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling.

Beliau akan turut menikmati nasi kandar popular Pulau Pinang di kedai Nasi Kandar Beratur, yang terletak bersebelahan masjid berkenaan. BERNAMA
-

Sekitar Kehadiran DS Najib Di Pulau Pinang malam Tadi #ubahpenang #oppapenangstyle

Ini beberapa gambar yang sempat teman snap malam tadi sekitar walkout Perdana Menteri DS Najib di Pulau Pinang malam tadi. Esok pagi DS Najib akan menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Pulau Pinang. 

Seterusnya gambar-gambar yang teman kutip dari Blogger Anak Seberang dan Penggempur Mutiara. DS Najib sempat menghadiri satu program Sambutan Maulidurrasul di perkarangan Masjid Kapitan Keling yang dianjurkan oleh Liga Muslim Pulau Pinang.


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...