Sunday 31 March 2013

BREAKING NEWS : Dakwat Kekal Helah Pakatan Rakyat Dibongkar


Hari pengundian sudah semakin hampir, sekarang ini seluruh parti politik di Malaysia sedang sibuk membuat persediaan akhir sebelum pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Untuk menang pilihanraya, sudah tentu setiap parti politik mempunyai strategi masing-masing  yang menjadi rahsia sulit. Namun tidak bagi Pakatan Pembangkang (PR) di mana segala perancangan, rahsia serta alat 'sulit' pemimpinnya kini sudah menjadi rahsia terbuka bagi lawannya.

Sejak beberapa hari ini, kecoh di laman sosial dan blog-blog bercerita tentang taktik kotor Pakatan Pembangkang yang telah didedahkan oleh orang dalam parti itu sendiri. Jika diteliti setiap butiran perancangan yang dibuat pasti kita menggeleng kepala kerana memikirkan  bertapa jahat dan terdesaknya puak ini untuk menang PRU13.

Penulis tertarik dengan satu pendedahan yang dibuat berkenaan taktik kotor Pembangkang menggunakan nama-nama  NGO masuk ke kawasan taman perumahan dan ceruk-ceruk kampung kononya untuk mengajar kaum-kaum ibu bagaimana cara calitan dakwat kekal dilakukan.

Bagi mereka yang kurang terdedah dengan maklumat semasa sudah tentu menganggap calitan dakwat kekal tersebut sebagai perkara biasa yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Penulis sendiri pun tidak pernah terfikir pihak Pembangkang akan menggunakan taktik kotor sebegini.

Menurut maklumat yang penulis terima memberitahu bahawa dakwat kekal yang telah dicalit akan hilang sendiri dalam tempoh masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak golongan yang terpedaya ini akan dihalang dari mengundi kerana jari mereka sudah ada kesan dakwat kekal.

Kesudahnya, kedaan kecoh yang diharapkan Pakatan Pembangkang menjadi kenyataan apabila timbul rasa tidak puas hati di kalangan pengundi terhadap SPR. Apabila keadaan tidak terkawal pihak Pembangkang akan gunakan alasan tersebut untuk memberontak dan mempertikai keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetusnya rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya dipilih secara kotor.

Sekiranya benar maklumat yang tersebar ini, pihak SPR wajar memandang serius dan mengambil tindakan pantas sebelum apa yang dirancang oleh Pakatan Pembangkang ini betul-betul menjadi kenyataan. Harus diingat juga, Pakatan Pembangkang tidak pernah menandatangani piagam pilihanraya iaitu berikrar menjalankan pilihanraya secara bersih dan mengikut undang-undang serta peraturan.

Mereka ini juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan taktik kotor demi untuk mendapatkan kuasa. Mungkin sebeb ini lah pemimpin Pakatan Pembangkang tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut.

Semoga dengan pendedahan ini dapat dijadikan peringatan kepada kita semua agar tidak terjerat dengan tipu daya Pakatan Pembangkang yang pada akhirnya kita sendiri rugi kerana terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk mengundi.

Minta tolong juga agar maklumat ini disampaikan kepada ibubapa kita, saudara mara di kampung atau jiran tetangga yang tinggal di sebelah rumah supaya berwaspada dengan helah kotor ejen-ejen yang dihantar Pakatan Pembangkang ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...