Monday 1 April 2013

PANAS! PKR rancang kekecohan di 10 tempat pembuangan undi


Menyedari bakal berdepan dengan laluan yang sukar dan berkemungkinan besar akan kalah dalam pilihanraya umum yang bakal diadakan nanti, jentera dan para pencacai pakatan pembangkang dikatakan sedang merancang untuk melakukan kekecohan sewaktu kempen pilihanraya dan hari pembuangan undi.

Ini bertujuan untuk menyalahkan Umno dan BN yang kononnya telah bersikap ganas sehingga menganggu proses demokrasi yang akhirnya telah mengakibatkan kekalahan calon mereka.
Ia didedahkan melalui sepucuk surat yang bertarikh 15 Disember 2012 mengenai cara dan kaedah yang perlu digunakan bagi mencapai maksud yang dikatakan tadi. Surat tersebut antara lainnya memberikan garis panduan yang dipecahkan kepada 2 peringkat mengenai peranan yang perlu dilakukan.

Peringkat pertama, yang disarankan untuk dilakukan ialah mewujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya orang ramai kecewa dan kurang senang dengan kelemahan pengurusan, mewujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan dan memprotes supaya wujud rasa benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peringkat kedua pula menurut surat tersebut yang tertera lambang parti pembangkang itu melibatkan pasukan media atas talian yang akan mewujudkan twitter khas bagi memperlekeh SPR.

Malah menurut surat itu lagi, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Ia turut diakui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini telah membangkitkan perkara yang serupa, bahawa kerajaan mempunyai maklumat berhubung perancangan puak dan pencacai pembangkang yang ingin mencetuskan huru hara.

Nampaknya Anwar sedang merencana seribu satu cara bagi memastikan impiannya untuk menjadi perdana menteri tercapai.
Jadi tidak hairanlah dengan pendekatan yang mereka gunakan sebelum ini, untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila usaha itu dilihat berjaya, mereka akan menggunakan pendekatan yang sama untuk menyerang semua institusi yang berkaitan seperti SPR, PDRM, badan kehakiman dan sebagainya.

Ia sengaja dicalarkan bertujuan untuk merosakkan integriti badan dan institusi tersebut. Dengan cara ini, semua tuduhan yang telah dan bakal dilemparkan melalui serangan propaganda akan menyebabkan rakyat terpengaruh.

Dengan mewujudkan dan mencipta suasana tidak aman tersebut, mereka berkemungkinan mengharapkan agar tindakan dapat diambil. Supaya sekiranya pihak pembangkang tewas, ini dilihat membolehkan mereka menuduh bahawa PRU-13 dijalankan secara tidak adil.

Tambahan pula rakyat selama ini telah terpengaruh dengan dakyah mereka, maka tuduhan baru ini akan menyebabkan masyarakat khususnya pengundi terus diperbodohkan dengan sandiwara yang direka cipta itu. Akhirnya kumpulan Bersih akan sekali lagi tertipu untuk sekali lagi membuat hura hara.

Walaupun ia bertentangan dengan semangat demokrasi dan keadilan yang kononnya turut diperjuangan. Namun bagi Anwar, ideologi komunis ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ adalah pendekatan yang terbaik untuk digunakan.

Ini kerana Anwar sedar atas faktor umur, di tambah dengan sebab-sebab yang lain telah menyebabkan ahli parlimen pematang Pauh itu sanggup buat saja asalkan dapat  berkuasa.

Kesimpulannya kalau dah ketua namanya Anwar Ibrahim, pengikut dan pencacainya pun akan turut mewarisi perangai seperti setan!

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...