Showing posts with label Lawatan Ke Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Ke Pulau Pinang. Show all posts

Monday, 11 February 2013

Sekitar Kehadiran DS Najib Di Pulau Pinang malam Tadi #ubahpenang #oppapenangstyle

Ini beberapa gambar yang sempat teman snap malam tadi sekitar walkout Perdana Menteri DS Najib di Pulau Pinang malam tadi. Esok pagi DS Najib akan menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Pulau Pinang. 

Seterusnya gambar-gambar yang teman kutip dari Blogger Anak Seberang dan Penggempur Mutiara. DS Najib sempat menghadiri satu program Sambutan Maulidurrasul di perkarangan Masjid Kapitan Keling yang dianjurkan oleh Liga Muslim Pulau Pinang.


-

Tuesday, 5 February 2013

Hari Ini Mesti Guan Eng Gegar Lutut..heee..


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 8.55 pagi disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow dan pemimpin parti komponen BN.

Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yeng yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Timbalan Perdana Menteri memulakan atur cara lawatan dengan mendengar taklimat jentera pilihan raya BN Pulau Pinang dan perjumpaan dengan ketua-ketua pusat daerah mengundi di sebuah hotel di sini.

Selepas itu, Muhyiddin akan menyertai majlis jamuan tengah hari bersama BN negeri sebelum bertolak ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berjumpa kumpulan profesional dan iktisas Pulau Pinang.

Beliau kemudian dijadual menghadiri Majlis Sepetang Bersama Penduduk Taman Desa Green di Jelutong sebelum meneruskan program Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indrawasih Prai pada pukul 8 malam.

Timbalan Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 10.30 malam dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...