Showing posts with label Himpunan Rakyat 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Rakyat 1 Malaysia. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

FOTO:Sekitar Program Himpunan Rakyat 1 Malaysia Pulau Pinang


Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru telah berjalan dengan jayanya malam ini. Dianggarkan lebih 20 ribu orang telah berkumpul menyambut kunjungan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke program tersebut.

Disamping itu berbagai-bagai acara dijalankan termasuk persembahan kebudayaan dan artis jemputan Suki menghiburkan hadirin yang hadir. Dari pengamatan teman sambutan rakyat Pulau Pinang dari pelbagai kaum dalam program tersebut menunjukkan sokongan rakyat kepada BN meningkat. Teman yakin sokongan ini akan berterusan hingga ke PRU 13 nanti. Mudah-mudahan harapan Timbalan Perdana Menteri untuk BN merampas semula Pulau Pinang akan membuahkan kejayaan.







-

Pulau Pinang Sebagai Hub Pelancongan, Muhyiddin Yassin


Kemajuan negara harus dihargai. Dasar transformasi nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri telah memacu negara ke arah negara maju. Peluang-peluang pekerjaan yang melimpah-limpah hingga terpaksa menggunakan khidmat pekerja asing.

Semua dasar kerajaan telah mencapai 100 peratus dalam semua bidang. Suatu pencapaian luarbiasa. Tiada kerajaan dalam dunia yang memberi subsidi kepada rakyat, hanya di Malaysia. Apa lagi yang kita mahu?


Kerajaan BN akan memastikan Negeri Pulau Pinang sebagai satu hub pelancongan terbaik. Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat Pulau Pinang hingga Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina mahu disabotaj. Semua rakyat ada hak untuk menyambut perayaan masing-masing, petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin di Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih Perai, Pulau Pinang.

Teman harap rakyat Pulau Pinang sedar dengan sikap hipokrit Kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberi janji palsu semsta-mata.
-

Wow! Ramainya Lautan Biru Himpunan Rakyat 1 Malaysia


Sambutan hebat rakyat Pulau Pinang menyambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru di Padang Sekolah Taman Inderawasih Perai.


Hampir 20 ribu rakyat telah turun ke program ini. Acara sedang berjalan dengan beberapa acara brass band dan kebudayaan.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...