Monday 18 March 2013

HANGAT! PM Tempelak Harun Taib dan Tian Chua! Sandiwara Anwar La Tu!Adeeh!!


Teman pun pelik la! Apakah agenda PAS memperkecil-kecilkan pengorbanan wira-wira negara yang terkorban di insiden Lahad Datu. Jika sebelum ini Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan insiden Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan telah menafikan kenyataan tersebut, namun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tak henti-henti mempertikaikan pengorbanan anggota keselamatan negara.

Terbaru, Harun Taib telah dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa anggota keselamatan hanya meninggal dunia sebagai wira 'syahid dunia'.  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengecam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung ucapannya yang memperkecil-kecilkan pengorbanan pasukan keselamatan melawan pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu.

Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa 10 anggota polis dan tentera yang terbunuh dalam pertempuran meninggal dunia sebagai 'syahid akhirat'.

Teman  tak hairan, apa juga melibatkan kes kematian, pastinya akan dipolitikkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, mahupun dari PAS, PKR atau DAP. Semacam tiada modal lagi untuk berpolitik. Kesian..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...