Monday 18 March 2013

BREAKING NEWS! Agbimuddin Kiram Sah Mati Kojol!


Teman pun pelik, kenapa Jamalul Kiram masih bermain-main dengan propaganda tentang adiknya Agbimuddin Kiram. Mengikut sumber Portal Philstar, tiada tanda-tanda bahawa Agbimuddin Kiram, abang kepada Jamalul Kiram III, telah kembali ke Filipina.

Sumber memberitahu percaya Agbimuddin tidak pulang ke ke kampung halamannya dan tiada petunjuk Agbimuddin telah kembali ke Filipina. sumber tentera itu menyebut, Agbimuddin tidak akan menderhaka dan akan akur dengan perintah Jamalul Kiram untuk terus tinggal di Sabah. Beliau akan pulang jika diarahkan oleh "Sultan Sulu". Teman masih yakin Agbimuddin ini sudah kojol terkena bedilan serangan tentera Malaysia cuma mayatnya masih lagi tidak dijumpai.

Sebelum ini sekurang-kurangnya 38 penyokong "Sultan Sulu" telah kembali ke negara asal dan telah dipintas oleh pihak berkuasa Filipina. Sumber percaya matlamat pencerobohan tersebut bukanlah mahu memenangi konflik terhadap Malaysia tetapi untuk mendapat perhatian antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...