Thursday 21 March 2013

HOT NEWS! Kerajaan Pas Kedah Diambang Kehancuran


Ibarat cuba menutup bangkai gajah dengan pelepah kelapa, krisis pergolakan yang melanda Pas Kedah telah membuatkan kepimpinan Pas Pusat semakin pening kepala dalam mencari kaedah terbaik untuk mendamaikan kelompok pimpinan yang rakus untuk berkuasa.

Lebih membingungkan tindakan mereka telah menyebabkan jentera parti di negeri Kedah berada dalam keadaan yang paling lemah bagi menghadapi gelombang BN yang semakin kuat dan yakin untuk merampas kembali negeri Jelapang padi itu.

Ekoran pergeseran yang melanda di antara enyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi itu, ramai merasakan ia sebagai pemulaan runtuhnya kerajaan Pas Kedah yang sering dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Selain saling menyalahkan antara satu sama lain, mereka turut mengunakan pendekatan menjaja dan mengadu domba pelbagai cerita yang langsung tidak mengambarkan sebagai pemimpin yang kononnya mewakili parti Islam.

Pertikaian Azizan-Phahrolrazi semakin panas susulan wujudnya ura-ura bahawa orang nombor dua PAS Kedah itu dikatakan tidak dinamakan untuk mempertahankan kerusi yang disandang, sebaliknya diletakkan di Parlimen Jerlun untuk menentang anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Pas di Kedah itu, Azizan pernah menempelak kumpulan-kumpulan penentangnya sebagai musuh dalaman yang ingin mewujudkan huru-hara.

Momentum penentangan terhadap Azizan bertambah kuat apabila ahli-ahli Pas di Jerlun dan Jerai termasuk penyokong-penyokong kuat Azizan di Sungai Limau secara terbuka mendesak Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Limau itu meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

Menurut salah seorang ahli Pas seumur hidup Mohd Salleh Abu, menegaskan kesombongan dan keangkuhan Azizan semakin ketara apabila dipilih sebagai Menteri Besar Kedah.

“Saya pernah berkhidmat dengan beliau selama empat penggal, malah menatang dia seperti minyak penuh dan dilakukan seperti keldainya. Tetapi dia hina saya sebagai orang gila” katanya.

Walaupun ramai di kalangan penyokong Pas melihat, pepecahan itu bakal merugikan Pas tambahan pula di saat negara akan berdepan dengan PRU13, namun Timbalan Presiden Pas Pusat, mat Sabu masih cuba berlagak ‘macho’ untuk menutup kelemahan itu.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu hanya mengatakan ia adalah merupakan satu perkara biasa dan langsung tidak akan menjejaskan peluang Pas Kedah untuk terus mempertahankan kerajaan negeri yang telah dipimpin selama 5 tahun itu.

Kesimpulannya, episod perebutan kuasa ini merupakan satu rahmat buat rakyat Kedah, untuk melihat sendiri kerakusan kuasa pemimpin Pas yang selama ini sering mengunakan Islam sebagai modal meraih undi. Sedangkan pada hakikatnya mereka hanya bertopengkan Islam demi untuk menghalalkan semua salah laku yang dilakukan. Cukuplah dengan penderitaan yang ditanggung rakyat selama 5 tahun berada di pimpinan negeri yang hanya sibuk bergaduh untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...